WORLD'S BEST MOIST CHOCOLATE CAKE

Seri Kandi Tanah Jauhar
12
ASSALAMUALAIKUM...


LAMA sungguh rasanya Seri Kandi tak berkongsi resepi kek di Alam Sari nikan. Bukan tak buat kek lagi, ada juga buat kek untuk makan sendiri tapiiii resepi berulang jadi malas nak tayang, hehehe. Haaa.. tengok tu, penyakit betulkan, M A L A S... agagaga.


Baiklah, ini adalah dua biji kek coklat yang SK buat sempena majlis perkahwinan adinda SK. SK telah tergoda dengan kata-kata pujian Kak Azie terhadap kek ini dan akhirnya terpengaruh jugalah untuk membuatnya. Wahhhhh, rasanya dalam banyak-banyak kek yang SK buat yang inilah yang paling senang. Semua bahan masuk jer sekali arung dalam mangkuk pemutar dan akhir sekali baru masukkan air panas. Rasa??? Aaaaaaa.. ini yang rasa nak nangis sebab SK tak dapat jamah langsung kek ni. Nampaknya kena ulang buat lagi, bila ya????

Kak Azie, terima kasih ya kerana berkongsi resepi kek coklat yang mudah ini. SK panjangkan pula di sini untuk rujukan kawan-kawan yang lain.

World's Best Moist Chocolate Cake
Sumber : Azie Kitchen
Resepi Asal : http://www.bestmoistchocolatecakerecipe.com/

Bahan-bahan :

2 cawan tepung gandum
2 cawan gula (SK letak 1 1/2 cawan saja)
3/4 cawan serbuk koko Hershey's
2 sk soda bikarbonat
1 sk baking powder
2 biji telur A
1 sk garam
1 cawan buttermilk
1 cawan minyak mazola
1 1/2 sk vanilla extract (SK guna esen vanilla)
1 cawan air panas mendidih (boleh letak coffee/ nescafe)

Cara Penyediaan :
  1. Panaskan oven pada suhu 150 darjah selsius (kaedah membakar perlahan)
  2. Lenser loyang 9" X 12" dengan minyak dan tabur sedikit tepung. (SK guna 9"X9")
  3. Masukkan semua bahan kecuali air mendidih ke dalam mangkuk pemutar
  4. Putar pada kelajuan sederhana selama 1 minit.
  5. Perlahankan kelajuan dan masukkan air mendidih sambil terus memutar
  6. Naikkan pada kelajuan sederhana dan terus memutar sehingga sebati.
  7. Tuangkan ke dalam loyang. Bakar selama 1 jam atau sehingga kek masak sepenuhnya (SK bakar 1 1/2 jam)
Resepi Substitute Buttermilk

1 cawan susu segar
1 sb cuka masak atau jus lemon

Campurkan keduanya dan biar selama 5 minit sebelum digunakan.

Untuk hiasan, SK gunakan chocolate filling siap yang dibeli di kedai bakeri jenama Suziwan.

Akhir kalam, terima kasih atas kunjungan... :-))))




Tags

Post a Comment

12Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. uikkkk... menerpa akak masuk sini sbb nak tgk resepi... nampak tajuk tu yg takleh tahan.. hehehe...
    rupa2nya.. samalah resepi ni dgn resepi Best Moist Chocolate Cake yang akak buat mlm tadi.. tp resepinya akak ambik dari blog Cute Oven Small Kitchen (Nadz) yang dia dah edit.. sourcenya pun sama.. tp akak pun belum rasa lagi keknya.. sbb belum tuang ganache lagi.. hehe...

    ReplyDelete
  2. Salam Sis

    Adoih sedapnya tengok gambar kek ni.. mesti sedapkan...

    ReplyDelete
  3. Salam Sis

    Adoih sedapnya tengok gambar kek ni.. mesti sedapkan...

    ReplyDelete
  4. kalau dah tak sempat rasa tu ..maknanya memang kena ulang2 dan ulang lagi bikin..sampai cikda pun dapat rasa... huwa... tgk gambar pun dah tau sedap..!!

    ReplyDelete

  5. Salam Seri,

    K ita dah cuba resepi Azie ni. Selain senang buat rasanya memang sedap! Kek buah Azie pun sedap.

    ReplyDelete
  6. Kek tu boleh ikut resepi tapi seni tangan nak menggayakan topping yg cantik memikat tak semua org boleh buat SK...

    ReplyDelete
  7. Yusa.....1 of my fav cake. Tq 4 sharing....

    ReplyDelete
  8. Pasti yang dah makan kek itu akan terkenang2. :)

    ReplyDelete
  9. sedapnyaa kakcoklat ngan strawbery pulak tu..adoii nak cikit

    ReplyDelete
  10. waaaaaaaah...strwbery tu kaya nya..nak jugak la...shda cukup failed wat kek coklat kalau kukus..nie bakar boleh la cuba

    ReplyDelete
  11. Hari tu try buka blog akak guna komputer tapi tak boleh masuk.. Tak tahu kenapa.. Sedap nampak kek ni.. Bila mood rajin nak cuba jugalah.. Yummyyy..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!