MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Wednesday, June 12, 2013

PENANGAN ASAM PEDAS MAK NGAH

ASSALAMUALAIKUM....


SETIAP kali berjalan jauh waktu siang, Panglima Seri Kandi mesti tak mahu 'miss' singgah makan asam pedas. Destinasi asam pedas kami sama ada di Melaka, Batu Pahat atau Parit Jawa, Muar. Yang peliknya di JB ni ada juga restoran asam pedas tapi tak pulak ER suka selain dari asam pedas yang dimasak SK atau ibu SK. Biasanya destinasi pilihan itu ikut masa, lah, pukul berapa sampai. Haaa.. Asam Pedas Mak Ngah ni kami pergi sekembalinya dari majlis kenduri Alia dan Aizu tulah. Macam biasa, ER mesti nak singgah pasar basah kat Parit Jawa tu. Kononnya nak memburu udang rimau, tapi rimaunya tak ada. Yang ada udang sebesar jari hantu manis SK aje.


Kerana hari pun dah petang dan perut pun dah berdondang sayang, ER bertanyakan SK, nak tak makan asam pedas. Ehhhhh! Mestilah nak, kalau ER tak ajak, SK yang akan ajak.. hehehe. Selalunya kami akan makan di Medan Asam Pedas tapi kali ini, SK ajak ER cuba makan di Asam Pedas Mak Ngah (APMN) . Ini adalah kerana terpengaruh dengan timeline fb, abang sepupu SK yang singgah makan di situ. Selain asam pedas, di situ juga ada menjual sotong dan kerang-kerangan yang dibakar (gerai lain tapi masih dalam warung APMN. SK terlupa pula nak ambil gambar sebab bila adik tu letak jer asam pedas atas meja, SK terus lupa dunia.. haha. Jemput makan semua... eh! Dah habislahhhh....


Oh, ya.. Mamamya pun buat entry tentang APMN ni semalam tau. Banyak betul gambar Mamamya ambil ialah, Mamamya kan pergi anak-beranak jadi ada alasanlah dia ambil banyak gambar. Gelagat anak-anak beliau memang selalu mencuit hati SK tau.. suka tengok gambar-gambar yang Mamamya post, rasa macam nak pergi lagi pulak, hahahaha.


Rasa??? Pada pendapat SK yang pakar asam pedas ni, APMN ni agak pekat kuahnya berbanding AP yang selalu SK makan di Medan Asam Pedas tu. Tapi yang 'best'nya makan AP di sini ialah, ikannya masih segar dan tip top. Isinya putih melepak menandakan ia ikan yang masih baru bukannya yang telah berhari-hari duduk dalam tong air batu. Harga di sini pun berpatutan serta layanan yang bagus dan cepat. Mungkin masa SK sampai tupun dah petang (bukan waktu puncak). SK tak pasti keadaan di warung ini kalau kita datang betul-betul waktu makan tengahari, mesti penuh dan kena menunggu meja jugak rasanya tu. Jadi, apalagi.. siapa yang singgah ke Muar tu, jangan lupa ya singgah ke sini menikmati asam pedas orang Muar, asam pedas yang tak pedas pastinya Mak Ngah menggunakan lada kering yang mahal, burpppp!! ALhamdulillah syukur nikmat kepada Allah yang menurunkan rezeki dan memberi rahmat.


Tuuuuuuu.. dia orang Kedah bila jumpa asam pedas, mak mertua lalu pun tak sedaqqqqqqq!!

13 comments:

  1. asam pedas mmg terbaeekkk la..peberet liza ni...

    ReplyDelete
  2. aduh kak macam best jer..nak pergi makan tapi nun jauh di sana..huhu

    ReplyDelete
  3. ehhh...ada nama kita la (malu2 kucing ni...meoww..meoww nak ngorat zonan..hehee)

    btl kak...makan kat sini yg plg best ikannya fresh n layanannya mesra dan cepat! lia sampai masa tu btl2 waktu makan t'hari sbb kami b'tolak dr melaka pukul 11 pagi.. mmg dah prepare kosongkan perut.. hehee...

    ReplyDelete
  4. Kakak cadangkan satu lagi tempat asam pedas yg sedap SK. Kalau dari JB ke Pontian berdekatan dgn Kem tahanan reman di Pekan Nenas ada simpang traffic light kan... ada warung asam pedas madu tiga - kat sini pun sedap tau.. cubalah.

    ReplyDelete
  5. kikikikikiki..
    kak yus...masorg kedah pun suka sangattttt asam pedassssssss

    ReplyDelete
  6. asam pedas my feveret too..tengokgambar ni meliur kan

    ReplyDelete
  7. mcm kak zakie ckp kak zila pun prnah try disitu..sedap jgk..tp tekak akk mcm suka yg kt dalam angsana bawah tue..rasanya sedap..apa2pun asam pedas dh sebati dgn org johor,,tp bila tgok gaya org kedah kt atas tue makan..hamboiii..kalah org johor kan..kih kihhh

    ReplyDelete
  8. sedapnyaaa sam pedasss..sok nak wat laaa kak

    ReplyDelete
  9. hasben tun pun hantu asam pedas nihh.. pure johor laa katakan.. tun makan mmg makan, nk nk kene ada ikan goreng gak. hihi

    ReplyDelete
  10. salam dear,
    zue cekmekzue here, baru nampakyiur message in my chatbox, dahlama tak masuk blog sendiri,
    balik alor staq on sunday, four hours driving,

    ReplyDelete
  11. berselera aje nampak cik abang seri tu...mak mertua lalu depan pun pasti tak perasan tu...:)

    ReplyDelete
  12. Wah.. selera sungguh suami akak makan.. Tambah berapa pinggan tu.. ;)

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

FESKO KPYPJ 2017

Assalamualaikum... Sk ingin mengajak anda yang tinggal berhampiran Kulai atau sekitarnya untuk sama-sama memeriahkan Festival Konvokesy...