Iman ketika berusia 5 tahun bersama adik sepupunya Ilham yang kini telah berusia 8 tahun |
RASA sepertinya baru semalam SK melambai-lambai tangan pada anaknda Iman yang SK tinggalkan di tadika untuk belajar membaca, mengeja dan mengira. Rasa sepertinya baru kelmarin SK meninggalkannya pula di bangku sekolah kebangsaan untuk mendaki puncak kejayaan. Semalam yang penuh kenangan. Kelmarin yang penuh cabaran dan esok satu impian mungkinkah akan terlaksana. Titik tolak dari segala apa yang anakda usahakan semoga mendapat ganjaran yang setimpal. Wang ringgit, tenaga dan masa yang ayahndamu korbankan menghantar ke kelas tuisyen ulang-alik hampir setiap malam dan hari liburan demi masa depan.
Orang kata, wahhhh! Hebat.. SK. Hantar anak tuisyen jauh-jauh, mencari guru yang terbaik. Mesti result Iman nanti beratur huruf A... aminnnnn. Itu juga satu doa, terima kasih ya. Ya, SK mula menghantar Iman tuisyen semenjak dia berusia 6 tahun. Kepandaian itu satu anugerah dari Ilahi. Ada orang tak perlu belajar 24/7 pun sudah boleh dapat result A cemerlang berdiri. Ada orang yang belajar macam nak
amin..amin..moga iman dpt menjawab soklan dgn cemerlang ye! anak akak yg bongsu pun sama upsr esok..sama2la kita mendoakn anak2 ni semua ye!
ReplyDeleteDoa kakak mengiringi sama SK moga Iman dipermudahkan menjawab semua soalan bermula esok
ReplyDeleteSiapalah kita sebagai ibu selain mendoakan yg terbaik buat anak-anak.
Kalau boleh jawabkan kita pun nak buat.
kalau mak dulu selalu amalkan berpuasa pada hari kami ambik peperiksaan kak.. mak kata nak mengaji banyak mak tak tau.. itu je amalan yang mak boleh buat..
ReplyDeleteinshaAllah yg penting ibubapa ikhlas mendoakan anak-anaknya..
saya doakan yang terbaik juga buat anak akak.. semoga urusannya dipermudahkan Allah...amin
kalau mak dulu selalu amalkan berpuasa pada hari kami ambik peperiksaan kak.. mak kata nak mengaji banyak mak tak tau.. itu je amalan yang mak boleh buat..
ReplyDeleteinshaAllah yg penting ibubapa ikhlas mendoakan anak-anaknya..
saya doakan yang terbaik juga buat anak akak.. semoga urusannya dipermudahkan Allah...amin
Insyallah kak...moga dpt Iman buat yg terbaik...
ReplyDeletemoga iman boleh buat yg terbaik.. insyaAllah..
ReplyDeleteAmiin Ya Allah. Semoga doa ibu yang redha ini dimakbulkanMu.
ReplyDeleteInshaa ALLAH...mudah2an keputusan nanti setanding dgn usahanya
ReplyDeleteGood luck Nor Iman...moga cemerlang...Insya Allah....dah usaha...tinggal tawakal kepadaNYA sekarang...apa jua keputusan, terima dengan redha..
ReplyDeleteSalam kak Sari,
ReplyDeleteAnak nak exam UPSR kak? moga dia diterangkan hati menjawab soalan exam..
Tahun depan Aziz pula, mcmnalah agaknya, tak pernah tusyen dari kecil sampai skrg. Tusyen dgn ayah pun asyik meleleh air mata je. Hujung tahun ni baru nak pecut, hantar tusyen dan suruh kurangkan aktiviti kat sekolah. Memang betul anak2 ni kita tak boleh paksa dan desak2 dia. Kalau takat tu je dia boleh setelah berusaha, terima seadanya. Namun si Aziz ni, akak kena bertegas dgn dia (anak lelaki agak degil sikit) perlu disuruh baru buat...huhu...sabor je.
ReplyDeleteamin..
ReplyDeleteIman budak bijak...boleh nampak di matanya. InsyaAllah UPSR bukan satu masalah untuk dia. :)
ReplyDelete