PERTEMUAN DI BAWAH BAYU

Seri Kandi Tanah Jauhar
4
ASSALAMUALAIKUM...




BERPURNAMA sudah SK menempah tiket untuk terbang ke negeri di bawah bayu ini bagi melengkapkan impian SK untuk menjejakkan kaki ke semua negeri di Malaysia ni. Lama kan, ya.. demi mendapatkan tambang murah kononnya.. maklumlah kita bukan orang ada-ada, jadi kalau berhajat nak apa-apa kita tengoklah setakat mana yang ada, huhuhu. Wahhhhh! Di Sabah ni ada pondok buruk, kan? Siapa lagi kalau bukan Kak Zana Fahmi, antara kawan blogger yang paling kerap SK bertegur sapa dan lama kelamaan hubungan tu menjadi rapat walaupun sekadar di alam maya.


Konon-konon tu naklah buat-buat orang tu terperanjat kan bila tiba-tiba kita muncul di bumi Sabah ni. Tapi mengenangkan sebelum ni pernah nak buat surprise, tup-tup orangnya dah terbang ke Semenanjung, maka niat tu dibatalkan. SK beritahu Kak Zana dua tiga hari sebelum bertolak kot. Dan semalam telah berlangsunglah pertemuan antara kami di negeri bawah bayu ni. Meriah, aduhlahhh.. SK dapat lagi keronsang mutiara dari Kak Zana, kali ini ada gelang lagi.. tapi gelang yang tak diterima pajak gadai laaa.... sedeyyy.. hahaha.



Siap bawakan karipap lagi, homemade tau!! Eh! SK nak pergi jalan-jalan ni, nanti sambung ya.. kita layan gambar yang ada ni dulu..

minum2!
giler comel Kak PB kita!!
menyaksikan matahari terbenam di pantai Tanjung Aru

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Salam kakak pada Zana tu SK
    Oh.. anakanda Iman dah habis exam tu yg jenjalan ye sayang. Jeles auntie tau:)

    ReplyDelete
  2. hehe...kakzakie org pertama komen. salam dah sampai ni tuan dia baca sendiri....hehe...
    Ni mesti update guna hp, besar gedabak gambarnya...
    jgn jemu dtg lagi ye....tidur rumah kita pulak.

    ReplyDelete
  3. Bila laa nk ke KK lagi.. last yr masa pegi x kenal rapat lg dgn kak pb.. kalau x sure dh gi laga2 pipi jugak..

    ReplyDelete
  4. seronoknya dpt jumpa kak zana... kecik je orgnya ye.. memang comel..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!