SK suka tambah sambal kicap dalam lontong goreng dan tabur banyak-banyak bawang goreng :-)))) |
SETIAP hari inilah masakan Kak Sab, pengusaha cafe di kolej tempat SK mencari rezeki yang ditunggu-tunggu. Dari kakitangan hingga pelajar, kebanyakannya sangat menyukai lontong goreng Kak Sab yang payah ditemui di tempat lain. Ya, orang Johor memang terkenal dengan masakan lontongnya. Kalau dulu lontong adalah nasi impit yang dinikmati bersama kuah lodeh dan sambal kacang, kemudiannya warga Johor diperkenalkan dengan Lontong Kering. Lontong Kering lebih mewah dengan lauk pauknya berbanding Lontong (Basah). Tak silap SK, SK mula jumpa lontong kering ni masa usia SK 21 tahun. Diperkenalkan oleh kawan sekerja SK yang bapanya berniaga air di sebelah gerai ZZ Sup Tulang yang terkenal di Johor Bahru ni. Lontong kering ZZ lah yang hari-hari SK mengadap sampai naik montel, heheheh.
Sejak Kak Sab berniaga di cafe, barulah SK jumpa lontong goreng ni walaupun sebelum ini SK biasa mendengar dari orang lain dan pernah juga SK lihat resepi lontong goreng di blog-blog. SK tak pernah lagi cuba menggoreng sendiri lontong atau membelinya di tempat lain tapi pada SK lontong goreng Kak Sab sangat sedap kerana rasanya mempunyai ciri-ciri mee mamak. Rempah ratusnya ditumis lama di atas api perlahan, barulah dimasukkan kentang yang dipotong dadu dan digoreng terlebih dahulu. Kemudian, lontong yang telah dipotong dadu juga dimasukkan dan digoreng cepat-cepat menggunakan api yang besar. Menurut Kak Sab, lontong jangan dimasak terlalu lama kerana nanti ia akan menjadi lembik. Ada sesiapa yang nak cuba???
Rumah kampung kakak kalau lepas raya mesti ada resepi lontong goreng sebab baki ketupat yg tak habis...
ReplyDeleteIsk isk isk klu ler D5 terlepas ke JB bawak lah D5 mkn lontong nie ek SK terliur sgt dah nie :D...
ReplyDeleteKecurlah fulaksss..! Heee ;-)
ReplyDeleteYum Yum./...sedap lontong goreng tu....
ReplyDelete