MEH CELUP-CELUP COKLAT

Seri Kandi Tanah Jauhar
3
ASSALAMUALAIKUM...


DARI sehari ke sehari Iman sibuk bertanya, bila bonda nak beli buah.. bila nak guna mangkuk celup coklat yang bonda beli tu? Dan dari sehari ke sehari, Sk doklah kata nanti... nanti... hihihi. Ni nak cerita sejarah mangkuk untuk celup-celup coklat ni, apa ke Chocolate Fondue namanyakan... Sk beli di Harris (Popular Bookshop). Phewwwww!! (lap peluh) rasa tertipu sungguh mulanya. Sebab apa? Sebab niat Sk ke Harris tu nak cari novel baru. Biasanya Sk akan hadkan bajet Sk tiap bulan supaya tak membazir ke arah yang bukan-bukan. Tetiba jer Sk terpandanglah sebuah kotak yang cantik menawan dengan mangkuk putih ni yang seolah-olah memangggil-manggil Sk. Sk belek kotak tu... 'Chocolate Fondue Gift Set'. Harga asal RM59.90 tak silap... tapi hari tu ada offer RM22.90.


nak novel keee... nak ni.... nak novel keeee... nak ni..... nak novel keeee... nak ni... urmmmm ???

ah, beli jer dua-dua.. apa salahnya....

eiiiii... tak mo.. tak mo.... pilih satu ajer

errrr... nak yang mana ek...

ala.... novel tu sampai bila-bila pun harganya sama... ni choc fondue ni murah wooo... baik ko beli sekarang...

setelah berhempas pulas berperang dengan perasaan akhirnya Sk mengambil keputusan untuk membeli chocolate fondue ni.


Sampai rumah, buka kotak.... yassalammmmmmmmm... mati-matilah ingat ada pinggan hidang (macam dalam gambar) tu sekali rupa-rupanya harap kotak jer besar gedabak, tulah diletak mangkuk tu sebiji, lilin sebiji, pencucuk buah tu dua batang... dan sebuah buku resepi yang memuatkan lebih 30 resepi tu katanya, Sk tak baca punnnn.... hanginnnnn jerkann!!!


Tapikan... bila dah dapat celup-celup coklat dalam mangkuk ni sejuk pulak hati. Lupa dah dengan reganya yang mahal tu. Sk tak boleh bayangkan perasaan mereka-mereka yang beli gift set ni pada harga asal. Harus mendidih darah agaknya, hehehe. Patutlah lebih separuh harganya turun, mesti tak laku.. kan... kan... kan...

Sk rendam dan cuci buah dulu dengan air cuka...

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!