SKY BLUE OMBRE CAKE UNTUK HARI JADI IBU

Seri Kandi Tanah Jauhar
3
ASSALAMUALAIKUM...
 

TERPUKAU rasanya bila membuka kotak kek yang Sk tempah dari Kak Azlita Aziz.
Wow!! Kak Ita memang sesuatu. Sebenarnyakan, Sk kadang rasa bersalah dengan Kak Ita sebab Sk rasa apa yang Sk dapat lebih dari apa yang Sk bayar kepada Kak Ita. Ialah, Sk pun ada juga ambil tempahan kek yang bodo-bodo biasa-biasa tupun dah mak aihhhh, penatnya. Lepas tu, Sk pulak suka mintak yang bukan-bukan dengan Kak Ita.. nak dalamnya begitulah.. beginilah... huhuhu. Ya ampunnnnn.. tobat lepas ni kalau nak tempah kek dengan Kak Ita dah tak nak lagi menyusahkan Kak Ita. Kepada Kak Ita, terima kasih banyak kerana sudi buatkan kek yang sangat cantik meletops untuk hari lahir ibu Sk. InsyaAllah, Sk tak pernah serik tempah kek dengan Kak Ita kerana hasilnya sentiasa terbaik. Marilah Sk tunjukkan gambar kek asal yang Sk minta Kak Ita buatkan. Memandangkan Sk tidak mahu membataskan kreativiti Kak Ita sebab Kak Ita ni berjiwa halus dan ideanya pulak sentiasa mencurah-curah jadi Sk bagi kebebasan pada Kak Ita untuk melahirkan apa sahaja yang terlintas di fikirannya. Cuma Sk minta Kak Ita buatkan corak potongan kek yang sebegitu rupa. Suka sangat sebab ianya lain dari yang lain. Terima kasih sekali lagi dari Sk untuk Kak Ita dan tak lupa juga untuk Puan PA Kak Ita yang amat komited dalam menjalankan tugasnya, Kak Tenda Biru yang baik hati itewwww. Cayang kakak-kakak berdua, muahhhhhhh!!
 
pesan Sk dengan Kak Ita nak kek macam kek yang sebelah kiri tu...
 
nak dalamnya macam ni ye Kak Ita... huhuhuhu


potong!!
yey!!!
agak-agak siapa yang paling banyak bedal kek???
bukan tuari kata dah insaf makan kek ke Sk oiiii?????
kami!!!
Akhir kalam... Marilah kita rakyat Malaysia bersatu hati berdoa untuk kesejahteraan krew dan penumpang MH370.... pulanglah!
 
 

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!