ASSALAMUALAIKUM...
SK adalah antara staf yang paling awal sampai ke pejabat setiap pagi. Agaknya kalau Sk yang pegang kunci pintu pejabat, haruslah 'punch card' Sk hari-hari sebelum pukul 7. Disebabkan Sk sampai awal dan tiada kunci pejabat biasanya Sk akan naik ke bilik Sk dahulu di tingkat 4 untuk bersarapan perut dan minda (mengadap fesbuk dan blog lettewww) dahulu. Jadi catatan jam di kad ketik Sk biasanya adalah dalam 7.15 minit ke atas. Tapi.... ada yang lebih cepat sampai sebelum Sk. Siapa???? Ish, siapa lagi kalau bukan Kak Sab Cafe dan kakak-kakak kantin. Gelap-gelap dah terpacak demi mencari rezeki dan memberi rezeki kepada kami. Kalau tak kebuluranlah kami kelaparan di pagi hari, hihihihi.
Pagi ini lampu belakang tempat Kak Sab memasak tiba-tiba buat hal. Maka memasaklah Kak Sab dalam cahaya terang-terang tanah. Sudahnya macaroni goreng kegemaran Sk penuh dengan telur, hahaha.. sabar ajelah.. Sabariah.. Sabariah... Pagi ini lama Sk berborak dengan Kak Sab. Borak punya borak punya borak akhirnya terkeluar cerita mistik dari mulut Kak Sab. Alkisahnya pagi tadi ada yang 'menumpang' Kak Sab ke kolej. Kak Sab datang berdua dengan pembantunya yang duduk di hadapan dan sedang tidur. Tup-tup masa turun ke kawasan letak kereta kolej dan melalui sebuah selekoh Kak Sab terperasan ada seseorang duduk di kerusi belakang. Phewwwww.. naik bulu roma!!!
Teruslah Sk cakap... errrr.. 'hari tu kereta saya ada orang tumpang'. "Hah??! Awak pun kena ke???"
"Ya, yang saya tu budak yang tumpang?"
"Macammana ceritanya," Kak Sab ingin tahu. Eiiiii, meremang tau bulu roma Sk bila diingat-ingat... huhuhu.
Kisah ni sebenarnya berlaku dalam bulan lepas. Tengahari tu, ER meminta Sk mengambil Iman balik dari sekolah. Biasanya memang tugas ER mengambil Iman di sekolah menengah dan menghantarnya ke sekolah agama tapi hari tu ER ada hal kerja jadi Sk pulak dah tersampai agak awal. Sk tunggu Iman lebih kurang 20 langkah kot dari pagar sekolah. Dari cermin pandang belakang, Sk perasan budak-budak dah mula keluar pagar. Dalam lima minit macam tu barulah nampak Iman berjalan dengan tiga orang rakannya sambil tergelak ketawa. Entah apa yang kelakar tak tahulah. Iman terus membuka boot kereta untuk meletak beg sekolah. Lepas tutup boot, Iman masuk ke tempat duduk hadapan sambil melambai-lambai kawannya yang tiga orang tadi yang baru sahaja melepas kereta Sk dengan berjalan kaki. Kemudian Sk pun memandu pergi dari situ.....
Dan esoknya di sekolah, salah seorang dari kawan Iman tadi berbual dengan Iman.
"Eh, Iman.. awak tipu ya. Awak kata awak tak ada adik?"
"Adik??" Memanglah tak ada.. mana ada tipu."
"Habis, budak yang mak awak bawa semalam tu siapa? Bukan adik awak ke????"
"Bu.... dakkkk??? Awak biar betul. Mana ada mak saya bawa sesiapa semalam?"
"Adalah, kita nampak budak tu mula-mula duduk depan, lepas tu bila awak sampai dia pindah ke belakang mengadap awak masa awak masukkan beg dalam kereta, dia tengok jer muka awak sambil gelak-gelak. Lepas tu dia duduk belakang mak awak, peluk kerusi mak awak."
Iman : ????????
Bila Iman cerita tentang perkara ni pada Sk, terkejut jugaklah Sk. Phewwwwww.. nasib baiklah dia tak tunjuk diri dengan Sk kan. Tak tahulah dari mana Sk 'angkut dia'. Dan sebenarnya sampai sekarang kadang ada masanya trauma juga. Cuma sejak dulu setiap kali keluar rumah dan naik kenderaan Sk tak pernah lupa membaca Al-Fatihah dan Ayatul Qursi serta doa menaiki kenderaan. Sk percaya 'dia' juga makhluk Allah yang menumpang di muka bumi ini. 'Sk tak kacau awak, awak jangan kacau Sk tauuuuuuu!!'
sentiasa #doadan harapanuntukmh370
alamak...suspen baca ni! nak2 time cikgu fahmi out station...
ReplyDeletenak kawan dgn Iman kot?
Dia nak menumpang kasih tu. Seronok2 dengan akak, dengan Iman... Tapi saya seram..aduhhhh
ReplyDeletefuh... dulu2 selalu travel malam2 dari kuantan-kl. everyweek. mmg seriau. seram. lalu hiway... sunyi... tapi buat2 berani. konon2 lah...
ReplyDeleteLiza baca pun dah naik bulu roma...
ReplyDeleteEeee... kakak takutlah SK.
ReplyDeleteBetullah. kalau dia jelmakan wajah mahu tak terdaya nak drive SK..
Seram juga akak membaca entri SK ni... kalau akak mahu tak jumpa pedal minyak nak tekan.. dah takuttttt :)
ReplyDeletenasib baik 'dia' peluk kerusi.. bukan peluk awak!!
ReplyDeleteeewww..tapi ni penah gak berlaku pada SB sendiri..anak SB amik foto lam kereta pastu mmg ada xtra penumpang duduk sebelah anak SB tu..(dia amik gambar melawan cermin pandang belakang tu)..so pantulan dari cermin tu ada la budak kecik tanpa muka terpampang kat situ..hari yg sama anak SB demam panas lepas SB nampak foto tu.
ReplyDelete