MALAM tadi... kiranya ini kisah yang betul-betul segarlah, hehehe.. Sk malas sungguh nak memasak. Sk kata, "jom kita makan chicken chop kat Hutan Bandar, nak??"
"Bonda belanjaaaaaa..." kata ER.
Tiba-tiba ada bantahan dari budak yang bernama Iman Fatiha, "Alaaaaaaaa... banyak kerja sekolahhhh."
Bonda dan ayahnda pandang memandang hampa, huhuhu.
Lepas tu, aiiiii.. kenapalah mulut ni gatal sangat bercakap, kannnn... "Apa kata kita masak nasi ayam??"
"Yeayyyyy!" Sorak ER. Eiiiii... rasa nak tampar mulut sendiri yang bagi cadangan. Masalahnya kita masak tu, kitaaaaa... bondalah yang kena masak, huwaaaaaaaaa.
Lepas tu ada drama lagi...
"Masak nasi ayam hainan tau," kata ER.
Sampai rumah masa sedang siap-siapkan... Iman yang keluar dari bilik air tanya, "Bonda masak nasi ayam apa?"
"Nasi ayam hainan.. laaaa... apa lagiiii"
"Uhhhhhh!" Terdengar Iman mengeluh. Bukan sekali dua dia bersuara minta dimasakkan Nasi Ayam Ipoh tapi Nasi Ayam Hainan jugak yang menang. Jadi malam tadi, Sk gabungkan kedua-dua resepi. Perghhhhh!! Bertambah-tambah dua beranak tu makan. Ayam sorang suku pulak tu. Setelah banyak kali terkena... makan nasi ayam di kedai dengan ayam yang lebih banyak tulang dari isi dan nasi yang ciput dengan beras hancur, malam tadi nampak ceria dan gembira sungguh dua beranak ni mengadap nasi ayam.
Untuk resepi kali ini Sk langsung tidak gunakan garam dan minyak kecuali minyak bijan. Untuk memasak nasi, Sk cuma gunakan air rebusan ayam dan tambah stok ayam maggi dan sos tiram. Siapa yang biasa masak Nasi Ayam Ipoh tentu tahu penggunaan sos tiram ketika menumis untuk bahan nasi. Resepi Nasi Ayam Ipoh boleh lihat di SINI. Sk tak gunakan bawang, halia dan sebagainya ketika memasak nasi kerana bahan-bahan itu dah ada semasa merebus ayam
Pada Sk, walaupun memasak nasi ayam ni nampak mudah tetapi agak renyah jugaklah sebab ada banyak aksesori, hihihi. Dan aksesori-aksesori tersebut pulak contohnya seperti sup, kicap dan sos hanya boleh disiapkan apabila kita siap merebus ayam. Penat sebenarnya tau masak nasi ayam ni, siapa kata senang. Sebab Sk di rumah biasanya masak nasi dulu, sambil tunggu nasi masak dan boleh masak lauk. Ini nak tunggu rebus ayam baru boleh masak nasi. Lepas tu terkejar-kejar siapkan salad, timun, tomatonya. Hiiiiiiiiiiii, banyak sangat alasan.. memang tak lepas saringan kalau masuk Master Chef Malaysia ni, hehehehe.
Resepi nasi ayam Sk yang lain bolehlah gali sendiri dalam blog Sk ni ya. Oh, ya! Untuk kuah kicap tu kali ini Sk cuma guna air rebusan ayam, minyak bijan dan kicap pekat serta sedikit gula. Untuk sosnya Sk dapat inspirasi dari resepi Auntie Nanie di SINI. Cuma Sk gantikan sos tomato dengan sos cili.
Jadi, untuk melengkapkan lagi kejadian dan menyempurnakan permintaan dua beranak tu, ayamnya terpaksalah Sk buat dalam dua versi iaitu Hainan dan Ipoh. Ayam yang Sk dah rebus selama dua puluh minit (pastikan air rebusan mendidih dahulu baru masukkan ayam) Sk rendam dalam air sejuk selama beberapa minit untuk mematikan proses ayam masak. Kemudian Sk toskan dan renjiskan dengan minyak bijan. Satu bahagian ayam lagi (untuk nasi ayam Ipoh) Sk perapkan juga dengan kicap manis dan minyak bijan juga lepas tu Sk goreng sekejap. Eh, tadi kata tak ada guna minyakkan... alamak!! Kantoiiiiiii....
Nasi Ayam Hainan untuk ER |
Nasi Ayam Ipoh untuk Iman |
sy suka nasik ayam, ala ipoh ni sebab suka ayam masak camtu drpd hainan style..
ReplyDeleteKakcik tak suka nasi ayam yang ayamnya tidak garing. :)
ReplyDeleteyang iman punya ayam best.. saya suka.. sedap nasi ayam hainan ni kan.. saya tak pernah buat.. tapi pernah makan je kat kedai.. hehehehe
ReplyDeletetempting. Kalau sy mana2 pu sy bedal.hehhe
ReplyDeleteNnt masakkan sayelah... Nk mkn puas2
ReplyDeletedua2 suka..janji namanya ns ayam..~ dh lama xbuat ns ayam ^__^
ReplyDeleteSaya suka...saya suka...
ReplyDeleteWah.. sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaa
ReplyDelete