CARA ELAK TERRRRRRSEBAR FITNAH DI ALAM MAYA

Seri Kandi Tanah Jauhar
3
ASSALAMUALAIKUM...

DULUUUUUUUUUU... Sk ada tiga cita-cita... 1. Pendidik, 2. Wartawan, 3. Ahli Politik, hiks. Boleh baca SINI. Alhamdulillah, lepas tamat sekolah, Sk bekerja sambilan di sebuah kilang dan selepas tiga bulan, Sk dapatlah keputusan peperiksaan yang tidaklah berapa sangat dapat dibanggakan pun. Mula-mula Sk ingat dah terkuburlah cita-cita Sk tu tapi Alhamdulillah, berkat usaha dan tidak putus asa, Sk berjaya juga menjadi pendidik atau lebih tepat lagi tugas Sk adalah sebagai seorang instruktor sebenarnya di sebuah kolej milik kerajaan negeri di selatan tanah air. Dan dengan tidak disangka-sangka juga, Sk berpeluang menjadi wartawan sambilan selama hampir empat tahun bersama Berita Harian, Harian Metro dan Majalah Citra.

Tugas wartawan bukannya mudah. Sifat semulajadi Sk yang sebenarnya agak pemalu walaupun nampak macam peramah dan adalah beberapa perkara yang tidak begitu serasi akhirnya Sk ambil keputusan untuk berhenti selepas mendirikan rumahtangga. Pulak lagi masa tu Sk mengajar dari pagi hingga malam dan agak mustahil pula nak sambung lagi menulis di suratkhabar. Bos pula mengharapkan komitmen yang tinggi dari semua peringkat tak kiralah sama ada wartawan tetap atau sambilan. Dan mungkin rezeki Sk dalam bidang tu setakat itu sahaja, Sk redho tetapi Sk sangat bersyukur kerana berpeluang merasai pengalaman itu.

Ahli politik??? Oh, cukuplah Sk jadi ahli biasa sahaja. Dapat surat panggilan mesyuarat pukul 8 malam, 10 malam pun belum mula.. apakehelnya??? Bagi sesiapa yang mengenal Sk secara peribadi tentu tahu bahawa Sk adalah seorang yang 'punctual'. Jadi, lama-lama semangat nak menjadi ahli politik tupun turutlah terkubur lebih-lebih lagi apabila Sk berhijrah ke tempat lain.

Okey... nak cerita pasal jadi wartawan tu. Korang ingat kitorang ni sengaja ke nak terjah orang atk tentu pasal dan interview soalan yang bukan-bukan? Cubalah hormat tugas orang lain. Ini tidak, Sk tengok bukan main lagi muluttttttt (sebenarnya jari) mencerca wartawan yang menjalankan tugas. Wartawan tupun sebenarnya tak sampai hati nak tanya itu ini, begitu begini tapi apakan daya. Dalam mencari berita mesti ada 4 W dan 1 Y. Who? When? Where? Why? dan How? Setiap dari itu adalah nilai berita jadi jangan dipandang rendah dan remeh tugas wartawan kalau anda tak berada di tempat mereka.

Dan Sk tengok pun di laman maya, fb terutamanya bukan main ramai lagi yang menjadi wartawan tak bergaji. Yang menulis spekulasi panjang berjela. Ada yang betul.. banyak pulak yang bohong. Cukup-cukuplah kita berkongsi benda yang tidak benar. Kalau perkara baik tak apa, dapat jugak pahala. Kalau tak baik, alamatnya setiap kali diklik dan di'share' bertimbun-timbunlah pula balasan buruknya.. Na'uzubillah..

Mari kita tengok bagaimana perkongsian kita di alam maya supaya tidak menimbulkan fitnah. Ingat, fitnah tu ibarat kita memakan daging saudara kita sendiri.

taip status atau masukkan link

letak cursor di public maka akan keluarlah tetingkap ini

klik 'only me'

okey

klik 'Post'


Haaaaaaaa.. lepas tu bacalah sorang-sorang. Kita pun tak berdosa, orang lain pun tak kongsi dosa. Dan dosa pun tak berganda-ganda.

Alarrrrrrrrrrr... Sk tahu korang tahu nak setting benda ni kan.. sajalah tu nak kongsi nak bagi satu dunia tahu.. kan kan kannnn..
Tags

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Hati-hati kalau ada a/c FB. Kakak dah lama kuburkan FB akak.

    ReplyDelete
  2. Peranan button 'comment' dan 'share' didalam Fb boleh mengundang fitnah jika tersalah klik..satu klik boleh menjadikan kita sebahagian dari penyebar fitnah nauzubillah min zalik... hati-hati dengan jari yang menaip ..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!