CUKUPKAH DENGAN MENGUCAPKAN 'PRAY4MH370'

Seri Kandi Tanah Jauhar
1
ASSALAMUALAIKUM...

SUDAH hari yang ke 5 kita menanti kepulangan pesawat MH370 milik Malaysia Airlines. Jika anda tiada secebis pun rasa sedih, simpati atau duka mungkin anda tak punya rasa cinta kepada negara.
Sebetulnya, selain dari mengenang nasib MH370 dan penumpang serta krew yang terlibat, Sk terlalu amat bersimpati dengan seluruh krew penerbangan Malaysia Airlines terutama kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumupulan, Ahmad Jauhari Yahya dan juga Ketua Pengarah Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman. Ya Allah, Sk tak dapat bayangkan bagaimana kekusutan dan tekanan yang mereka berdua hadapi. Setiap hari, setiap jam mengadakan sidang akhbar, mengadap berpuluh-puluh soalan dari wartawan sehinggakan dah tak tahu nak pandang siapa. Tapi, ada satu ketika Sk sangat kagum dengan Datuk Azharuddin apabila ditanya secara personal oleh seorang wartawan(bukan dalam sidang akhbar) beliau tetap tenang dan tersenyum.

Mungkin Allah SWT belum lagi memakbulkan doa kita. Mungkin kita tidak berdoa di waktu yang mustajab. Mungkin doa kita terlindung oleh hijab. Tapi kita jangan jemu berdoa kerana doa itu adalah senjata kita sebagai orang mukmin. Sk tahu, Sk bukan siapa-siapa pun. Membaca Al-Quran pun masih merangkak-rangkak apatah lagi nak jadi ustazah. Hendak bertazkirah jauh sekali cuma Sk ingin mengajak seberapa ramai yang boleh. Kita cari waktu mustajab untuk berdoa, bila???

11 Waktu Mustajab Berdoa adalah...

1. Hari Arafah
2. Bulan Ramadhan
3. Hari Jumaat
4. Waktu Sahur
5. Di antara Azan dan Iqamat
6. Selepas Solat
7. Waktu Hujan Turun
8. Ketika Kita Berada di Jalan Allah
9. Di saat Sujud
10. Ketika Berbuka Puasa
11. Sepertiga Malam yang Akhir

Mari kita mulakan malam ini di sepertiga malam yang akhir secara serentak. Kita seluruh rakyat Malaysia bersatu berdoa di mana-manapun kita di sepertiga malam terakhir bermula malam ini. Dan kalau anda masih ingat, ya, inilah waktunya lebih 106 jam yang lepas MH370 hilang dari radarnya.

Pada sepertiga malam yang akhir, dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda, 'Allah Taala turun ke langit dunia pada setiap malam, iaitu sepertiga malam terakhir seraya berfirman, "Siapa yang berdoa pada-Ku, nescaya akan Aku kabulkan dan sesiapa yang meminta pada-Ku nescaya akan Aku berikan dan sesiapa yang meminta ampun pada-Ku nescaya akan Aku ampunkan" (HR Bukhari dan Muslim)

Ambillah wudhu, tunaikan solat sunat jika tidak uzur dan bacalah doa dengan mengadap kiblat. Jika anda uzur, tak apa.. kita boleh berdoa juga bersama-sama mereka yang tidak dalam keuzuran.

Mulakan doa kita dengan beristighfar. Mintalah ampun bersungguh-sungguh dari Allah SWT.

Baca Al-Fatihah.

Baca Ayatul Qursi.

dan bacalah doa ini.

Dengan Nama Allah Wahai Penunjuk Segala Kesesatan dan Pemberi Balik Barang yang hilang. Berikanlah balik Pesawat kami yang hilang dengan berkat kemuliaan-Mu kerana pesawat itu adalah dari pemberian-Mu dan limpah kurnia-Mu. Berilah semula kepada kami dalam apa jua bentuk sekalipun sesungguhnya kami redho Ya Allah agar lerailah segala kekusutan kami.

Aamiiinn... aamiiinnn.. Ya Rabbal Alaminnnn.

Post a Comment

1Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Semoga pesawat tersebut dapat dijumpai bagi mengelakkan lebih banyak spekulasi dan tekanan daripada pihak luar.

    Ikhlas,
    Arieon.my

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!