CREME BRULEE

Seri Kandi Tanah Jauhar
4
 
DAH beberapa kali Iman minta Sk buatkan Creme Brulee ni.
Ya Allah.. kenapalah sekarang ni punyalah malas nak hidupkan oven.
Nak pecah telur pun malas.
Setakat nak goreng telur mata kobau
atau buat telur dadar tu memang tak kisah
tapi bab nak buat kuih muih ni haaa...
lemau!
 
Entah macammana
masa baring-baring tengok tv dengan Iman dia tanya lagi,
"Bonda.. bila bonda nak buat creme brulee tu?"
"Errr.. nanti laaaaaaaaa.."
"Alaaaaa... bonda ni asyik nanti jer," dengan muncung sedepa
"Apa kata Yaya jer buat?"
"Bonda ajarlah, Yaya mana tahu."
"Aaaa.. jomlah.. jomlah.. "
 
Sampai dapur terus suruh Iman sukat susu dan whipping cream
sementara Sk siapkan bahan-bahan lain dan pecahkan telur
Alah.. bukan banyak pun bahannya
tak payah nak ayak tepung pun
cuma M tu jer yang besar sangat.. huhu.
 
 
 
Creme Brulee :
 
200 ml whipping cream
200 ml susu segar
2 biji telur
2 biji kuning telur
1/4 cawan gula pasir halus
1 st esen vanilla
 
Caranya :
 
Panaskan oven 170 darjah selsius.
 
Bahan A:
1. Campurkan whipping cream, susu segar dalam periuk.
2. Kacau perlahan sehingga mendidih.
3. Tutup api.. masukkan esen vanilla.
4. Ketepikan.. biar suam.
 
Bahan B:
1. Campurkan semua telur dalam mangkuk.
2. Masukkan gula pasir halus.
3. Kacau perlahan guna handwhisk sehingga gula larut.
 
KEMUDIAN
Campurkan bahan A dan B.
Kacau guna whisk perlahan-lahan dan tapiskan.
Tuangkan adunan ke dalam remekin yang di letakkan dalam loyang mengandungi air panas.
Sukatan ini cukup untuk 6 biji remekin saiz M.
 
Masukkan loyang dalam oven yang telah dipanaskan.
Letak di rak tengah.
Bakar guna api atas bawah selama 20 -25 minit.
 
Sejukkan selama sejam sebelum disimpan dalam peti sejuk.
Bila nak makan.. taburkan sedikit gula pasir halus pada permukaan creme brulee.
kemudian bakar gula menggunakan blow torch.
 
Sebab Sk tak ada blow torch,
Sk bakar dalam oven sahaja.
Letak loyang remekin pada tray atas sekali
dan guna api atas sahaja
bakar selama 5 minit
atau sehingga gula sedikit perang hangus sedikit.
 
 
 
Kalau ada blow torch mesti lagi best kan
 
 
tekstur creme brulee yang dikacau penuh kasih sayang
oleh Iman Fatiha
hehehehehe 

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Bahannya mudah SK..
    Tapi renyah juga masa memasaknya..
    Sukalah iman tu dpt mkn apa yg diidamkan..
    Akak pun malas skrg nak buka oven..
    Smpi anak tanya..
    Kita tak buat biskut raya ke 😆😊😁

    ReplyDelete
  2. nampak simple jer bahannya...
    lynn pun kalau part buat kuih ni memang ler liat sket...
    tp kalau masak masak suka jer...

    ReplyDelete
  3. aduh selera mata biru ni
    sampai lani kaknor dok kata ja nak buat tapi belum lagi terbuat Seri
    tengok ni macam teringin lah

    ReplyDelete
  4. selalu dengar orang buat dan kata sedap... belum berpeluang buat dan rasa lagi setakat ni..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!