Assalamualaikum..
SAYUR yang sesuai digandingkan dengan apa juga hidangan sama ada asam pedas, kari, masakan siam, korea, jepun atau apa sahaja. Juga penambah rasa dalam hidangan mee goreng, soto, laksa dan pelbagai lagi. Satu lagi keistimewaannya, ia adalah sayur yang tersangat murah dan amat mudah pula jika hendak ditanam sendiri.
Hari ini saja nak kongsi cara masakan taugeh yang paling Sk gemari
iaitu menggorengnya bersama daging pekasam.
Sk juga selalu menggoreng taugeh bersama ikan pekasam,
ikan masin atau ikan kering.
Jom kita memasak...

Bahannya.. taugeh.. dibersihkan.. tos

Bawang besar sebiji dimayang
bawang putih 3 ulas diketuk
Cili merah setangkai dihiris

Daging Pekasam hiris nipis

Panaskan minyak di kuali

Masukkan daging pekasam

Goreng hampir garing

Ketepikan daging
masukkan bawang besar dan bawang putih

Cili merah

Goreng bersama hingga bawang layu

Goreng lagi

Masukkan taugeh

Gaul rata-rata

Siap!
Perahkan limau kasturi sebelum menghidang.
Wassalam.
SK kakak ni ketinggalan sebab tak pernah jumpa daging pekasam hihi... (malu ni)
ReplyDeleteMana SK beli? Atau buat sendiri ke? eh.. banyak tanya dah kan:)
TQ share resepi....
ReplyDeleteSelamat berpuasa..