KABUT

Seri Kandi Tanah Jauhar
0

Assalamualaikum...

PENUH kejutan dan kezaliman, itulah yang dapat Sk simpulkan selepas membaca naskhah berat tulisan Fitri Hussin. Jika anda peminat novel thriller, novel ini wajib ada dalam koleksi anda.

Kabut bermula dengan kisah 'ragging' yang selalu berlaku di asrama-asrama penuh setiap kali kemasukan baru. Intronya sahaja telah membuat Sk berdebar-debar sehingga hampir tidak mampu untuk meninggalkan novel ini walau seminit. Kemudian babak demi babak diselang seli dengan kes kejadian dan imbas kembali yang mendebarkan.

Novel ini bukan sahaja menceritakan tentang seorang yang psiko malah kita sendiri pun boleh psiko dibuatnya.. hahahaha. Seperti watak yang saling menuduh antara satu sama lain, kita juga tak lari dari menerka sehinggalah kita dah tahu angkara siapa. Masa tu lagilah berdebar sebab tak sabar pulak menunggu bila semuanya akan terdedah.. aduyaiiii.


Banyak watak yang mewarnai novel ini dan hampir kesemuanya penting.
Jangan abaikan satu pun ya.

Sehingga jumpa lagi.
Wassalam.
Tags

Post a Comment

0Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!