Assalamualaikum...
SEMALAM petang tetiba tekak Sk teringin beno nak makan Sotong Masak Hitam. Selain tu teringin jugak nak makan Asam Pedas Ikan. Rasa tekak ni dah tak boleh terima nak makan daging dan ayam setelah ditala benda yang sama hampir seminggu lamanya. Jadi, bila petang semalam Pak Inche tanya, nak beli apa di pasar ramadhan terus Sk jawab, Sk nak masak Sotong Masak Hitam. Sk tak beritahulah yang Sk nak masak asam pedas. Saja nak 'test' Pak Inche. Nak tengok berapa banyak lauk dia tapau kalau Sk masak satu lauk jer.. hahaha. Siapa yang dah lama baca blog ni tentu tahu keobsesian Pak Inche terhadap pasar ramadhan. Sehari tak jejak, macam nak demam dibuatnya.. huhu
Jadi, sampai rumah, Sk terus ambil tipuware sotong dan bungkusan plastik ikan kembung dalam peti ais dan rendam air. Bulan puasa ni kami dapat kebenaran balik awal sejam dari biasa. Memang kalau nak memasak dua tiga lauk tu sempat sangat cuma letihnya yang lebih bila memandu dalam kesesakan jalanraya. Lagipun Pak Inche tak lokek membeli lauk di pasar ramadhan tu yang Mak Inche pun bukan main naik lemak.. huwa huwa huwa.
nah.. Asam Pedas Ikan Kembung.. tayang dari dalam kuali jer.. jangan marah ha.. sebab.. sebab... tak muat meja nak letak lauk.. aduyaiiii...
Tu diaaaaaaaa... kadang-kadang nak marah rasa macam tak bersyukur dan berterima kasih pulak. Jadi.. kita pakat-pakat geleng kepala sajalah.. huhu.
Pak Inche ingat kari daging masa nak beli tu..
rupanya asam pedas tetel.. yang ini wassalam masa berbuka tu juga.. hihi.
Siput Sedut Masak Lemak RM5 sesenduk
pun dah selamat masa berbuka tu jugak.
ER tanya, okey tak harga tu?
Pada Sk okeylah.. penat wo potong buntut siput.. hahaha
beli sambal kerang jugak
yang ni habis masa bersahur tadi
Ayam Percik yang langsung tak berusik
malam ni boleh panaskan
Peha Ayam Madu
satu bapak satu anak
Mak tak payah..
malas masuk pinggan..
lepas senduk nasi terus masukkan dalam pinggan bapak dengan pinggan anak.. huhu
Haaa... kisah Sotong masak hitam
masa nak bersihkan sotong, baru perasan yang sotong dah bersiang dan dah tak ada dakwat hitam.
maka terjadilah Sotong Masak Kunyit.
Pun sodappppppppppppp.. dan sengaja masak lebih untuk bersahur.
Alhamdulillah.
meriahnya juadah berbuka
ReplyDeleteHihihi..
ReplyDeleteDakwat hitam dah buang ye SK..
Jadilah .. asalkan sotong ..
Walupun masak kunyit :D
sedapnyer...
Org lelaki kalau beli mana boleh sikit SK
ReplyDeleteKakak tiap-tiap hari dah lali dah dgn abang...
Janji beli sudah tak mahu komen - kita panaskan dlm microwave kan kerja senang:)
Entah kenapa, saya berselera pula nengok ikan asam pedas tu...
ReplyDelete