PENANG LAGI!

Seri Kandi Tanah Jauhar
3
Assalamualaikum...

LAMA beno gambar Nasi Lemak Sambal Sotong Kering tu terlentang kat situ ya.. hehehehe. Mehlah kita tukar gambar pulak.. hurmmm.. ke mana kita? Penang lagilah nampaknya.


Alhamdulillah, baru-baru ini pelajar-pelajar Sk telah tamat menjalani peperiksaan akhir dan lawatan verifikasi. Kebetulan pulak, ER pun agak lapang. Mencuri waktu cuti sempena Maulidur Rasul pada Isnjn lalu, kami mengambil kesempatan untuk menjengah ke utara. Haiiii... dah tak terkira berapa kali kami balik tahun ni. Macam balik Batu Pahat sahaja gayanya. Lepas tu memang tak sahlah kalau tak singgah ke Tanjung.. gituuuu.


Kali terakhir kami ke Penang adalah pada cuti sekolah bulan Ogos tak silap. Rasanya ingat-ingat lupa ada tulis dalam blog ke tak.. hahaha. Masa tu duduk di Batu Feringgi.. kununnya senang nak pergi pasar malam tapi.. macam tak best gitu hotelnya. 
Apa yang tak best?
Bilik tak best.. makan pun tak best.
Jadi kami memilih untuk duduk di Four Points By Sheraton yang terletak di Tanjung Bungah. Ini kali ketiga atau keempat kami di sini.
Faktor best di Four Points adalah :
1. Dekat dengan pusat bandar.
2. Dekat dengan laut/pantai.
3. Bilik cantik, moden, selesa dan sangat bersih.
4  Buffet sarapan yang sedap dan pelbagai
5. Harga yang berpatutan.

Tapi ada juga yang tak best iaitu tempat letak kereta yang terhad tapi jangan risau sebab mereka ada ramai staf yang akan membantu kita.. apa tu orang panggil.. jockey eh.. hahaha.. aduyai.. lupa plak apa ke namanya. Apa yang penting bawa bertenang dan bersabar.


Setelah beberapa kali akhirnya kali ini kami dapat bilik seaview. Wowww.. rasa nak lompat bintang depan kaunter. Tak pernah tau dapat bilik seaview.. asyik penuh aje. Akhirnya tertunai jugak hajat di hati nak tidur pandang laut.. hahahaha. 


Ni mesti tuah pasal bawa mak mertua.. kan En Rizarrrr... hehehe.

Haaa.. kali ini ibu Sk ikut sekali. Yelah, Tok Min (ibu mertuaku) asyik bising kenapa tak nak bawa besan dia datang... huhuhu.


Alhamdulillah, ibu okey sepanjang perjalanan dari JB ke utara. Ibu Sk ni umurnya dah 75 tau. Sakit urat tu biasalah.. demam pun selalu bertandang. Lepas tu tak reti duduk diam, nak masaklah, sidai bajulah.. kita suruh rehat dia kata tak sedap mata duduk diam.. gituuu.


Kalau ke Penang tu tak lain tak bukan tekaknya mesti nak pekena nasi kandar. Malam pertama di Penang kami memilih untuk ke Nasi Kandar Kampung Melayu. Haaaa.. dah selalu sangat makan, Sk tak ambil gambar pinggan. Pehhh.. kenapa tertelan-telan ailio pulak sambil menaip ni.. hahahaha.
Ibu Sk tak makan ayam, kan.. jadi Sk ambilkan daging. Yang lain semua bantai makan ayam goreng.. hehe.


Sarapan Sk di hari pertama. Kalau dulu boleh bantai ronda semua buffet yang ada, kali ini tidak.. tak larat beno Mak Inche.. haha. Punyalah cantik susun dalam pinggan dah ambil gambar, dah post kat ig baru perasan ada orang campak telur kuning mata lembu dalam pinggan kita.. sob sob sob.


Lepas makan lepak dalam bilik aje menikmati keindahan laut dan pantai.
Cuaca agak panas, jadi tak ada orang nak mandi laut.. kalau masa muda-muda dulu, panas-panas pun belasah jer berendam.. hahahaha.


Petang tu, ER ajak makan Bihun Sup Pak Mat femes di Kepala Batas. Biaq betui.. takkan nak keluaq Tanjung pulak. Dia kata, nak jugak.. huhu.. tapi Pak Mat tutup.. hahaha. Nasib baik jiran Pak Mat pun ada meniaga bihun sup jugak.. lalalala.


Dekat dua jam jugaklah dari Kepala Batas nak balik semula ke Tanjung naik feri. Dengan kereta banyak, dengan feri tak banyak.. hehehe. Sampai Tanjung, pekena pulak Mee Sotong dengan Coconut Shake kat Padang Kota.. punah diet!

Sk cakap.. malam ni tak payah makan..
kununnnnnn.. 


Sekali.. dah pukul 9 lebih ER kata lapar.. lapar sangat ni. Huhuhu... dia ajak pergi Deen Maju tapi Sk cakap dah lewat sangat.. tentu dah bungkuih.. eh.. kita tengok dulu katanya. Sampai Deen Maju, memang depa tengah bungkuih pun.. hahahaha.

Pergilah pulak ke Nasi Kandaq Beratuq.. pehhhh.. dia punya beratur sampai hujung jalan nunnnn. Ibu cakap, tak sanggup. ER pun tak sanggup. Aikkk! Sk okey ja.. hahahaha.

Akhirnya kami ke Kassim Mustafa.. depa makan nasi kandar, Sk makan Nan Cheese dan Tandoori Ayam.. sekali, ibu kata dia boleh makan separuh jer nasi dia. Terus pas Nan Cheese kat Iman dan habiskan nasi ibu... Ampunkan dosaku Ya Allahhhhhh!!

Bersambung....


Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!