MAKAN DI RESTORAN RANGKAIAN WAK RADOL

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

Assalamualaikum...

CERITA pasal makan lagi,  boleh?
Hehehehe.


Wak Radol,  siapa yang tak kenal,  kan? Kalau daerah Kajang di Selangor terkenal dengan Sate Hj Samuri,  Johor Bahru pula terkenal dengan sate Wak Radol.  

Wak Radol memang terkenal di kalangan warga Johor Bahru dengan rasa satenya yang sedap dan cukup rempah serta kuah kacang yang enak.  Pendek kata,  setiap kali gaji mesti nak cari sate Wak Radol.  Nak raikan apa-apa mesti nak sate Wak Radol..  Gituuu. 

Itu dululah,  masa zaman belum ada cafe-cafe hipster. Sekarang ni dah banyak pilihan nak makan di mana namun bagi Sk sate Wak Radol masih relevan lagi di JB ni. 

Dahulu,  Sate Wak Radol ni dibuka di Kempas namun bagi memenuhi permintaan ramai dan melebarkan empayar,  ia telah membuka beberapa cawangan baru.  Oh,  ya..  Wak Radol dah lama tak ada jadi anak-anaknyalah yang kini meneruskan tradisi Wak Radol (Al-Fatihah).

Kali ini Sk pergi ke Restoran Rangkaian Wak Radol yang dibuka di Taman Sri Skudai. Tak silap Sk cawangan ini baru dibuka dalam tahun ini juga. Setiap hari Sk melalui jalan ini dan setiap hari rasa macam dilambai-lambai untuk singgah,  hahahah. 


Walaupun hari-hari lalu tapi tak pernah berpeluang nak singgah. 
Belum rezeki agaknya... 

Disebabkan restoran ini terletak di laluan balik kami,  maka biasanya kami dah makan di tempat lain. 
Kadang tu kami dah plan nak masak di rumah. 
Kadang memang plan nak singgah tapi restoran tutup. 
Macam-macam kan..  Dahlah ada kawan cerita Mee Bandung Wak Radol sedap,  lagilah membuak-buak hati nak makan. 
Sk ni memang tak boleh dengar pasal mee bandung sedap,  mesti nak cari dan rasa sendiri.  Kalau Air Bandung sedap tak lah heran sangat,  kih kih kih. 


Akhirnya semalam dengan satu tekad dan matlamat,  Sk berjaya singgah makan di sini berdua dengan Iman.  Padahal dah janji dengan Encik Rizar nak masak kari ayam dengan ayam goreng,  kah kah kah. 

Haaa..  Kalau nak tahu selain terkenal dengan satenya,  restoran WR juga mempunyai pelbagai menu masakan panas yang lain dan juga Yong Taufu.  Shell Out pun ada.  Tapi semalam Sk memang teringin nak makan mee bandung jadi memang tak pandang dah menu lain. 

Sedap ke Mee Bandung WR?

Sedap..  tetapi kurang asli.
Bagi Sk,  mereka tak memasak menggunakan cara sebenar memasak mee bandung Johor, 
Namun begitu Sk sukakan rasa kuah yang agak pedas dan telur separuh masak tu. 


Dah pergi ke sini,  maka wajiblah ambil sate. 
Ambil sepuluh cucuk aje sate campur.
Secucuk sate di sini 90 sen..  Wowww sangat
Tak padan dengan saiznya yang semakin kurus,  huhuhu. 


Tags

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sekarang ni harga sate pun sudah bukan main mahal walaupun saiznya kurus melidi...

    Gambar mee bandung itu buat kakcik telan air liur walaupun tak tahu rasanya. :)

    ReplyDelete
  2. macam ada perasan jugak rangkaian wak radol ni.tapi tak ingat kat mana..tapi masa try kat bukit dahlia hari tu..frust gila dengan sate wak radol ni

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum seri...tu la selalu ternampak tapi belum tersinggah lagi seri...next time leh cuba juga...
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!