BOMBOLONI GEBU GEBAS

Seri Kandi Tanah Jauhar
6
Assalamualaikum…


TENGAHARI semalam, sebelum menghantar Iman ke tempat kerjanya, Sk bawa dia ke UDA Business Center sebab katanya teringin sangat nak makan kek chocolate moist. Hurmm.. Budak seorang ni memang macam-macam sikit. Padahal masa Sk mengandungkan dia dulu taklah pulak teringin nak makan macam-macam. Sk teringat di Uda Business Center ni ada satu kedai kek yang menjual pelbagai jenis dessert. Dan terus teringatlah, dah terlanjur sampai kot-kot boleh singgah beli Bomboloni Gebu Gebas Mira Oven yang tular kini.


 Dari jauh dah Nampak orang sudah mula berkerumun. Yey! Bolehlah kami join kerumun sekali, hahaha.Rupanya, belum siap lagi daaa. Sk bertanya pukul berapa mula jual, katanya 1.30. Tengok jam di tangan, baru pukul 1 oi!


Bomboloni Pandan Custard yang baru siap dipaip intinya. Walaupun dah siap beberapa tray namun belum boleh dibeli lagi, kena tunggu semua siap baru boleh dijual. 


Creamy Oreo yang wallaaa. Ada 13 flavor yang kita boleh pilih antaranya  strawberry, blueberry, mango, durian, butterscotch, sirap bandung, red velvet, nutella, dark choc dan beberapa flavor lagi.


Belum siap paip inti lagi. Harap bersabarrrr..


Dah siap bersusun dan sedia untuk dijual.. tapi… nanti duluuuu!


Sila ambil nombor dulu tau!
Ni mesti pasal dulu orang berebut-rebut nak beli sampai bergaduh, hahaha.. penyelesaiannya sediakan nombor giliran. Satu nombor boleh beli maksimum dua pek sahaja. 


Yey! Sk dapat no 6.

Dah makan, Alhamdulillah, tak mengecewakan. Harganya pun taklah cekik darah sangat cuma tak patutlah kan paksa kami makan bomboloni banyak-banyak.. hahahaha.
RM14 dapat 11 biji (campur flavor)

Gambar? Maaf.. lupa nak ambik plak, huwa huwa huwa.

Tags

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Mak Inceh selalu gitu, asyik lupa je nak amik gambonya hahahahaha....
    Hahaha lepas ni pastikan amik gambo dulu sebelum ngap!

    ReplyDelete
  2. wahhh.. bestnya.. kalau dekat boleh beli.. terliur pulak tgk..

    ReplyDelete
  3. yang ni lerrr ibahh duk sebut tu...lalu lalang situ tak jumpa lagi..maybe time lalu tu dia tak bukak lagi atau da tutup..hahahah..boleh cuba nanti!

    ReplyDelete
  4. Okey..SA tengah diet so takleh nak terliur sangat..kena disiplin ni...

    ReplyDelete
  5. Baru dengar 'bomboloni' ni
    Makan belum pernah agaknya.

    ReplyDelete
  6. ahahah memang sungguh gebu2.. hahaha geram !!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!