RESTORAN SEMANGKUK 2+1

Seri Kandi Tanah Jauhar
10
Assalamualaikum…


SEKARANG ni memang banyak restoran atau café yang dibuka dengan konsep RM2 semangkuk, kan. Jadi, kali ini Sk ingin membawa anda ke Restoran Semangkuk 2+1 yang dibuka di Jalan Enau 11, Taman Teratai, Kangkar Pulai. Yang best di sini, kalau agak-agak nak makan untuk portion seorang makan, anda bolehlah minta saiz biasa tapi kalau nak makan jamah-jamah dan banyak jenis, bolehlah pilih hidangan saiz kecil yang berharga hanya RM2.


Disebabkan datang dua beranak saja dengan Iman, tak banyaklah yang Sk pesan. Cuma Mee Bandung, Bakso, Nasi Paprik, Lempeng Klasik dan Lempeng Kelapa. Lagipun kita nak cuba-cuba rasa dulu. Orang kata, kalau sedap bagitahu kawan-kawan. Kalau tak sedap bagitahu tuan kedai, tak gitu??



Pendapat Sk? Alhamdulillah.. tak mengecewakan dari segi rasa tapi macam lempeng tu macam tak berbaloilah sebab kalau dekat Warung 60-an boleh dapat seringgit sekeping siap kuah asam pedas lagi, hahaha. Tapi kalau anda teringin nak mencuba, apa salahnya kita berkongsi rezeki.

Menu lain :
Laksa Utara
Mee Hoon Sup
Mee Kari
Mee Rebus
Soto Ayam
Nasi Putih Ayam Goreng Kunyit

Ice Blended :
Ais Kepal Coklat
Soursop
Mango
Asam Boi
Asam Limau
BlackCurrent
Guava
Chocolate
Cappucino
Vanilla
Cendol Mangga

Ais Krim

dan pelbagai minuman panas dan sejuk.

Jom ke restoran Semangkuk 2+1
Taman Teratai JB
Buka sampai 9.30 malam tau.....





Tags

Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. wahhh.. mcm menarik je kak seri.. restoren ni sederet maslee ke? awat tak perasan pun..

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Terutamanya bagi org yg ada byk makanan kegemaran macam sy 😂

      Delete
  3. Banyak betul tempat makan best kat Johor kan...

    ReplyDelete
  4. bestnya small portion macam tu bolehla kita order banyak menu. dengan RM2 tu pun sebenarnya banyak dah pulangan dia dapat. dalam dunia serba mahai ni memang syukur ada kedai jual murah macam ni =D

    ReplyDelete
  5. eh kenapa seketul sunah tak perasan kewujudan kedai ni..hahahahha...bole la ajak hosmet ku ke sini

    ReplyDelete
  6. mangkuk kecik² ni boleh try banyak menu kan...

    ReplyDelete
  7. Kenapa si Sunah tu tak pernah ajak kita ek hahahahaha kesah dia pun tak nampak hahahaha

    Baca juga : https://www.sislin76.com/2019/03/the-shore-ocenarium-melaka-daya-tarikan.html

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!