PASIR GUDANG KINI

Seri Kandi Tanah Jauhar
4
KEMAS KINI SITUASI PASIR GUDANG - TIMBALAN PERDANA MENTERI

20 Perkembangan Terkini dari Pusat Gerakan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pasir Gudang.

1. Semua mangsa yang mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah dan Hospital Sultan Ismail sudah dibenarkan pulang ke rumah semalam. Jumlah 531 orang.

2. Stadium Tertutup Pasir Gudang telah dijadikan sebagai Medic Base terbaru bermula 6 petang 14 Mac.

3. Kerja-kerja pembersihan yang dikawal selia oleh Jabatan Alam Sekitar masih diteruskan hingga ke saat ini. Orang ramai diminta untuk tidak menghampiri Sungai Kim Kim. Jarak Zon Merah ialah 3km dari Sungai.

4. Penduduk yang tinggal dalam radius 3 kilometer dari Sungai Kim Kim dinasihatkan supaya kurangkan aktiviti luar dan memakai Mask.

5. Majikan-majikan di sekitar Pasir Gudang dinasihatkan untuk membuat penaksiran risiko dan mengadakan langkah sewajarnya. Ini sesuai dengan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994.

6. Pihak yang ingin menghulurkan bantuan boleh hubungi Pusat Kawalan Operasi Bencana di talian 07-2522143 atau 07-2532143 atau terus ke Tingkat 3, Menara Aqabah Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

7. Bekalan makanan sudah terlalu banyak. Sampai tak termakan dan membazir di Stadium Tertutup Pasir Gudang. Tetapi Mask masih diperlukan ketika ini. Boleh hantar ke sana jika mahu.

8. Dakwaan kesan pencemaran jadi kronik kerana kelawataan kerajaan bertindak adalah tidak benar. Kerja-kerja Fasa 1 telah dijalankan bermula 7 Mac 2019 lagi. Waktu ini belum kecoh.

9. Blogger, Pengamal Media, Aktivis dan NGO digalakkan hadir ke Pasir Gudang sendiri untuk membantu apa adanya,  khususnya dalam kerja-kerja menyampaikan maklumat sebenar kepada masyarakat. Makan percuma disediakan.

10. Tidak ada kematian dilaporkan setakat ini seperti berita yang tular di media sosial akibat bencana ini. Pengarah Kesihatan Johor, Dr Salehuddeen mengesahkan perkara ini pada jam 12:00pm tadi dalam satu Kenyataan Media.

11. Pembersihan Fasa 1 dijalankan pada 7 Mac yang lalu bermula pada jam 3:00pm. Sisa kimia dari sungai dipindahkan ke beg guni dan dikumpulkan dalam tong sampah.

12. Pada hari yang sama jam 8:30 malam. Sisa yang dikumpulkan pada Fasa 1 tadi ( 7 Mac ) dihantar ke pusat pelupusan selamat milik 5E Resources di Pasir Gudang.

13. Sisa tanah yang tercemar dikategorikan sebagai SW408 ( Tanah tercemar bercampur minyak ) dan jumlah keseluruhan sisa tercemar yang dikumpul pada proses pembersihan fasa 1 ialah sebanyak 2.34 tan. Kerja ini siap pada 11:00pm.

14. Operasi pertama pada hari pertama 7 Mac selepas kejadian dilaporkan dijalankan sepenuhnya oleh HAZMAT Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan memantau tahap kualiti udara setiap jam sehingga 7:00am ( 8 Mac ). Ada bukti bergambar.

15. Gelombang yang berlaku sekarang adalah gelombang kedua. Maksudnya selepas 7 Mac masih berlaku kerja pihak tak bertangungjawab dengan membuang sisa kimia ke dalam sungai dalam kuantiti banyak.

16. Fokus kerajaan sekarang adalah untuk membersihkan sisa di Sungai Kim Kim secepat mungkin, seterusnya sentiasa mengawal kualiti udara di persekitaran ini.

17. Keadaan semua mangsa yang dirawat adalah terkawal dan kebanyakannya pulih dan dibenarkan pulang dalam tempoh 24jam oleh pihak Hospital. Terima Kasih kepada kakitangan hospital yang bertungkus lumus.

18. Setakat jam 4:00 petang ini, Jabatan Alam Sekitar juga melaporkan bahawa kualiti udara di Pasir Gudang berada dalam keadaan normal dan baik. Ini yang kita harapkan. Alhamdulillah.

19. Menurut Brid. Jeneral Ir. Abdul Hamid Md Isa dari Markas Medan Barat, pihak Tentera akan terus bekerjasama dengan HAZMART Jabatan Bomba untuk terus memantau kualiti udara setiap masa. Buat masa ini memang terkawal.

20. Kerja-kerja bantuan nyah-penyemaran sisa kimia ini ( CBRN ) sedang giat dikendalikan oleh pasukan 12 Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja, 2 Batalion Ubat dan Seksyen Operasi Geospatial BGSP Jupem.

21. Bantuan ketenteraan kejuruteraan ini terdiri daripada 7 orang Pegawai dan 33 Anggota pelbagai pangkat. Mereka kini terlibat dalam kerja-kerja 'sampling' bahan pencemaran dan mengenalpasti plot-plot kawasan pembersihan yang dibuat kontraktor dilantik.

22. Satu mesyuarat khas Jawatankuasa Bencana Negeri Johor dijadualkan berlangsung pada 5:00 petang ini 15 Mac di Pusat Gerakan Bencana Pasir Gudang yang dipengerusikan oleh Dr Haji Badrul Hisham, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor ( Pengurusan ).

23. Tujuan mesyurat khas ini adalah untuk membincangkan dan membuatkan perancangan susulan merangkumi tindakan operasi, pentadbiran, logistik dan mengemaskini tindakan sedia ada.

24. Orang ramai khususnya yang berada di sekitar Pasir Gudang dinasihatkan agar tidak panik dengan penularan pelbagai berita palsu di media sosial sejak beberapa hari ini. Mohon dapatkan info sahih dari Bilik Gerakan sahaja.

25. Untuk info tepat, Hubungi Pusat Kawalan Operasi Bencana di talian 07-2522143 atau 07-2532143 atau terus ke Tingkat 3, Menara Aqabah Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Semoga apa yang berlaku ni dijadikan iktibar kepada semua pihak dan harap pihak yang bertanggungjawab akan dibawa ke muka pengadilan dan dikenakan hukuman yang setimpal atas apa yang telah terjadi. Aminn

    ReplyDelete
  2. Mudah2an dah beransur reda.
    Kat sini kami buat solat hajat di masjid.

    ReplyDelete
  3. allahuakhbbar dugaan betul. semoga mudah semuanya cepat2 clear seperti dulu..

    ReplyDelete
  4. kesian dak yana, terkesan dengan pencemaran ni...saya duduk sana dua hari pun tekak rasa perit aje..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!