TIPS MASAK ASAM PEDAS TELUR MAYONG DAN CERITA PASAL ASAM PEDAS

Seri Kandi Tanah Jauhar
6
Assalamualaikum...

KALAU Melaka terkenal dengan Asam Pedas Tetel,  Johor tidak kurang terkenalnya dengan masakan asam pedas. Malah di Johor kita boleh jumpa berbagai jenis masakan asam pedas daripada Asam Pedas Ikan,  ayam dan juga daging. Dulu..  Sk pun pernah bercerita tentang seorang rakan sekerja Sk yang berasal dari Perak tentang kehairanannya dengan orang Johor yang katanya semua benda nak masak asam pedas,  hahahaha.  Ada yang kata,  asam pedas Johor lebih pekat dari asam pedas Melaka tapi ada juga yang membangkang mengatakan asam pedas Melaka yang lebih pekat dari Johor.  Haish!  Tak usahlah nak digaduhkan asam pedas siapa lebih pekat atau lebih hebat.  Bagi Sk yang penting siapa yang masak asam pedas tu,  hahahaha.  Kalau Sk yang masak,  haruslahhhh sedap,  kui kui.

Sepanjang pengetahuan Sk memasak asam pedas,  kepekatan asam pedas tu bergantung kepada hero utama dalam asam pedas kita tu.  Contohnya jenis ikan,  ikan pari,  ikan kembung, ikan selar,  ikan mayong mempunyai tekstur kuah yang berlainan.  Penambahan lada hitam yang ditumbuk kasar dalam asam pedas juga tidak sesuai untuk semua jenis ikan.  Begitu juga dengan aksesorinya sama ada memasukkan daun kesum atau daum limau purut kerana ia akan menentukan keunikan rasa asam pedas itu sendiri.  Kalau semasa tinggal dengan ibu dulu pun,  pelbagai genre asam pedas ada.  Asam pedas tumis,  tak bertumis,  tumis darat,  semuanya ada dan tidak semua cara sesuai untuk semua jenis ikan atau masakan ayam dan daging.  Hurmmm..  Panjang betul cerita asam pedas Sk ni ya.  Banyak masa lapang nampak 😆😆😆


Hari ini,  Sk memasak telur mayong yang dibeli dari pasar kecil di tebing Sungai Pontian.  Entah kenapa kecur sangat tengok telur mayong dalam kantung tu.  Beberapa biji telur berwarna keemasan yang terkeluar dari kantungnya bagai memanggil-manggil untuk bertemu asam dan garam dalam kuali di dapur rumah Sk. Disebabkan stok cili dan bawang kisar Sk masih ada lagi,  kerja memasak jadi lebih mudah dan cepat.  Seperti selalu jika memasak asam pedas Sk hanya memasukkan daun limau purut yang disiat-siat untuk menambahkan aroma.  Daun kesum memang jarang nampak bayang dalam rumah ni,  hahaha. 


Sebelum menyediakan rencah asam pedas,  Sk terlebih dahulu merebus telur di dalam kuali.  Tujuan rebus dalam kuali tu supaya lebih senang dikacau berbanding guna periuk.  Haa..  Yang sebenarnya Sk lebih suka nak masak apapun dalam kuali,  senang menghogah sudip,  hahaha. 


Masukkan hirisan halia dan serai yang diketuk juga ketika merebus telur supaya tidak hanyir.  Haiii..  Takkan nak letak esen vanila pulak kan,  kah kah kah. Tengok,  masa ni air rebusan masih jernih lagi.  Telur-telur pun masih duduk molek di dalam kantung. 

Boleh tengok video di ig atau fb bagaimana telur-telur ini mula meletus. Masa tu air rebusan dah mula keruh sebab ada telur yang pecah.  Tu sebab kalau kita terus masukkan telur dalam asam pedas,  kuah asam pedas kita jadi macam kuah lemak dan cepat muak. 


Haaa. . Bila telur tu dah mula masak bolehlah diangkat dan diasingkan dari air rebusan tu.  Lepas tu bolehlah masak kuah asam pedas kita macam biasa.  Ini memang Sk masak telur jer semata,  tak ada ikan.
Telur tu bolehlah anda masak ikut citarasa.  Ada orang suka yang cair di dalamnya.
Sk pula suka yang tiga suku masak,  masa ni kalau suap ke mulut kita kunyah dia lembut dan sedikit kenyal.  Kalau terlalu masak tu mantul pulak. Ikutlah tekak masing-masing kan,  tepuk dada tanya selera,  orang kata. 

Sehingga jumpa lagi dengan cerita makan-makan yang lain. 

Wassalam. 

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Suka2.
    Nak2 yang meletop dalam mulut

    ReplyDelete
  2. Macam-macam versi memasaknya ye SK. Kita tau makan ja hihi :D

    ReplyDelete
  3. geram pulak tgk telur ikan tu kak

    ReplyDelete
  4. Sama kita, kita suka makan meletop-letop dalam molot..
    Dan ada masa pun kita suka masak terus dalam asam pedas, sebab kuah dia jadi pekat macam lomak tu tapi kalau cecah gan roti, fulamakkkkk Bonda lalu pun daku tak nampak hahahahaha

    ReplyDelete
  5. sama dengan kak seri, suka makan yang lembut kenyal2...tak suka yang meletop-letop tu...pelik rasa..hahahaha

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!