NASI GORENG SEAFOOD UNTUK DINNER

Seri Kandi Tanah Jauhar
6
Assalamualaikum...

BEBERAPA hari ni cuaca memang panas berdenting, kan.  Hari ini di beberapa tempat dikhabarkan disinggahi hujan tapi tak ada pulak Sk jumpa. Gerimis mengundang pun tidak,  tapi tadi memang perasan ada tempias-tempias air masa nak sampai ke tempat kerja Iman.  Langit pun gelap masa tu, sejuk sikit rasa.

Disebabkan cuaca panas ni jugak,  akhirnya Pak Inche terpaksa mengadap doktor di Bio Sucinas tu.  Padahal kalau tak iya-iya jangan haraplah dia nak bertunggu tangga dekat klinik yang sentiasa penuh tu.  Ialah,  Pak Inche ni bukan kerja pejabat doplohpat jam.  Kena berkejar ke sana ke mari jumpa client.  Ditambah dengan faktor umur yang tak berapa nak muda tukan.

Adeh..  Apa Sk nak cerita ni? Haaa. . Nasi goreng. . Kekeke..

Pada mulanya nak singgah kedai tomyum belakang rumah ni jer beli makan sebab sampai rumah dah lambat,  sekali tutuplah pulak Kedai Abang Lan ni.  Baru teringat hari ni rabu, kedai tak buka. Dahlah tak ada stok cili kisar kat rumah,  nak pergi kedai lain rasa malas.  Tapi gigih jugaklah memasak nasi goreng dengan harapan adalah selera orang nak makan.  Maklumlah,  orang sakit ni kan mengada-ngada lebih..  Nyampahs!


Perghhh!  Dalam tak ada cili kisar,  siap jugaklah nasi goreng seafood Sk ni haaa. Yang paling surprise sekali bila tengok orang sakit makan banyak. Iman pun nakan bersungguh-sungguh.  Oh,  ya..  Mangkuk kecik yang comot tu ada sambal belacan kelmarin punya kelmarin punya kelmarin.  Berapa kali punya kelmarin daaaa.. 

Iman kata nak nasi goreng hitam macam kat kedai Abang Lan.  Kenapa nasi goreng bonda tak hitam? 

😤😤😤

Tags

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. hahaha...iman curah la kicap, jadi hitam nanti..hahahaha

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.
    Orang sakit suka.
    Semoga cepat sembuhnya

    ReplyDelete
  3. Nak juga sama dengan kedai abang Lan ko eh Iman! kalau ko jadi anak Sis, Sis jawab 'masak sendiri' hahahahahahha

    ReplyDelete
  4. hahahahhh nak nsi goreng hitam 😂😂😂😂

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!