Assalamualaikum...
Metana atau Methane ialah hidrokarbon paling sederhana yang berbentuk gas dan merupakan salah satu komponen utama gas asli.
Metana tidak berbau, tidak berwarna, sangat mudah terbakar, dan mempunyai ciri asfiksian (asphyxiant) iaitu mampu mengurangkan kadar oksigen dalam udara.
Untuk penggunaan komersial, gas metana kebiasaannya akan ditambah dengan bahan kimia lain, seperti Hydrogen Sulphide, untuk mengesan sebarang kebocoran.
Kita dapat menghidu gas ini apabila kebocoran berlaku dan baunya adalah seperti telur busuk. Jika tercium bau ini, ia bererti konsentrasi gas metana sudah tinggi dan ianya membahayakan kesihatan.
Apabila kita terhidu atau terdedah kepada gas metana dalam konsentrasi yang tinggi, fasa asfiksia (asphyxia) boleh berlaku di mana gas metana akan menggantikan gas oksigen di udara.
Keadaan ini mampu menurunkan konsentrasi oksigen sehingga di bawah paras 15 peratus dan badan kita akan kekurangan oksigen kerana kandungan oksigen yang disedut tidak mencukupi.
Kekurangan oksigen dalam badan akan mengakibatkan:
1. Sukar untuk bernafas, sesak nafas
2. Loya dan muntah
3. Pening kepala
4. Dehidrasi
5. Denyutan nadi meningkat
6. Lemah badan
7. Hilang kesedaran
8. Koordinasi badan semakin berkurangan
Sekiranya mengalami simptom-simptom ini, dapatkan rawatan segera di klinik atau hospital berdekatan. Sebagai langkah berjaga-jaga, pakai “face mask” dan cuba sedaya upaya untuk jauhkan diri daripada kawasan yang menjadi punca kepada pengeluaran gas metana ini.
Sebagai warga Johor, Sk amat terkesan dengan situasi yang berlaku di Pasir Gudang dan kini dikatakan melarat ke kawasan Tiram. Ia bukan sahaja melibatkan pelajar sekolah malahan orang awam cuma mungkin persekitaran sekolah yang terbuka itu yang membuatkan pelajar sekolah lebih terdedah kepada bahaya gas mentana. Semoga pelajar dan masyarakat yang teraniaya ini cepat sembuh dan semoga keadaan pencemaran di sana dapat diatasi segera.
Sumber gambar: Google
Mudah2an warga Pasir Gudang selamat semuanya
ReplyDeletelagi satu sebab imuniti kanak-kanak dan remaja ni kurang sikit dari dewasa..jadi diorang lebih mudah untuk dapat kesannya...moga Allah lindungi kita semua dan beri kesembuhan kepada mangsa-mangsa yang terlibat..
ReplyDeleteAda 8 jenis ke 5 jenis gas yang di buang tu, memang kerja gileee, Dajjal!
ReplyDeleteDoakan kami di sini ya ..
pray for pasir gudang 😪😪😪😪
ReplyDeleteada tengok video orang share.. menggigil terketar2 anak anak tu semua.
ReplyDeleteYa Allah seram tengok.