Assalamualaikum…
CAPITAL CITY MALL, JOHOR BAHRU buat julung kalinya akan membawakan satu kelainan sempena bulan Ramadhan yang akan menjelang nanti apabila menganjurkan Buffet Ramadhan Termurah dengan lebih 159 hidangan berbuka puasa tidak termasuk dessert dan minuman, berbuka puasa di Capital City Mall pastinya berbaloi-baloi.
Jangan lepaskan peluang untuk menikmati harga penjimatan sebanyak RM20 dengan setiap tempahan awal sebelum 7 May 2019 iaitu hanya RM39.90 (dewasa) dan RM19.90 (kanak-kanak 12 tahun ke bawah). Yang lagi bestnya kan, jika anda membeli buffet bagi kanak-kanak, bukan sahaja dapat makan tetapi juga tiket permainan dan menaiki gondola bagi menyusuri sungai buatan di dalam Capital City Mall.
Capital City Mall turut akan menyediakan kemudahan ruang untuk bersolat terawikh berjemaah kepada mereka yang ingin berbuat demikian selain kemudahan surau yang sedia ada.
Untuk tempahan awal, bolehlah menghubungi :
018 2754 136 (AZZA)
011 2875 7755 (ISKANDAR)
011 1140 4218 (MOHD ZHARIF)
011 1147 4127 (ANAS)
Selain itu, Capital City Mall juga akan membuka bazar juadah (outdoor) dan bazar kuih terbesar (indoor) yang diharapkan dapat membuka peluang perniagaan kepada peniaga yang mana dengan kemudahan 3,500 tempat letak kereta, pengunjung boleh membeli belah keperluan hari raya sebelum atau sesudah berbuka.
Alhamdulillah, baru-baru ini Sk telah diberi peluang untuk hadir ke Preview Ramadhan Buffet di Capital City Mall dan merasai sendiri sebahagian juadah yang bakal dihidangkan ketika buffet Ramadhan. Macam biasalah, hati ini tertarik melihat dessert yang dihidangkan, pelbagai jenis dan rasa dari yang manis berkrim hingga aneka dessert yang masin dan pedas.
Jangan risau jika anda mewajibkan pengambilan nasi ketika berbuka puasa. Terdapat pelbagai pilihan nasi seperti nasi goreng, nasi beriyani dan nasi putih dengan pelbagai jenis lauk pauk termasuklah masakan tradisi Tanah Jauhar iaitu Asam Pedas Ikan Pari. Haishhh! Kecur pulak sambil bercerita ni, kahhhh.
Ini hanya sebahagian jer tau. Kalau nak tengok semua kenalah beli dulu
Early Bird Ramadhan Buffet CCM ni, hehehe.
Nak awet muda, jangan lupa makan ulam-ulaman. Dicicah pula dengan sambal belacan, wallaweiii!
Pelbagai jenis masakan mee juga ada termasuklah Mee Rebus Hj Wahid yang terkenal di Johor.
Laksa Penang dan Roti Jala pun ada. Okey, dah telan ailio lagi, hehehe.
Untuk peminat Oden, Celup-celup, Steamboat atau namakan apa saja untuk cucuk-cucuk ni.
Budak-Budak memang suka nikannn.
Rojak juga pasti ada penggemarnya.
Untuk peminat sate, jangan lupa menikmati kelembutan dan keenakan sate yang berjus.
Jom ke Buffet Ramadhan Capital City Mall, Johor Bahru.
Tarikh Buffet : 8 Mei 2019 hingga 3 Jun 2019
Masa : 6.30 pm hingga 9.30 pm
Lokasi : Capital City Mall, Tingkat 3
Harga Walk In : RM59.90 (dewasa), RM29.90 (kanak-kanak bawah 12 tahun)
Early Bird
Harga : RM39.90 (dewasa), RM19.90 (kanak-kanak bawah 12 tahun)
Untuk menempah, hubungi :
018 2754 136 (AZZA)
011 2875 7755 (ISKANDAR)
011 1140 4218 (MOHD ZHARIF)
011 1147 4127 (ANAS)
Kita tengok je terus kata 'alaaaa lupa nak rasa Oden dialah' hahahaha..
ReplyDeleteSebab dah banyak sangat makanannya kan...blur nak makan apa heheheh
banyak juga pilihan makanan.. harga pun okay.. nak try lah nanti!
ReplyDeletebanyak jugak tu menu kat sini..nanti puasa boleh la berbuka kat Capital City Mall
ReplyDeletemak ai kakkkk...25 online users...tiberr aku komenn benda lain..hahaha
ReplyDeletenape tak post tempat solat sekali, nak tengok gak tempat dia.
ReplyDelete