KANTIN KAK SAB TERBAKAR

Seri Kandi Tanah Jauhar
6
Assalamualaikum…


INNALILLAHIWAINNA ILAIHIROJIUUNNN

SALAM takziah buat Kak Sab,  pengusaha kantin di kolej tempat Sk mengajar kerana ditimpa musibah kelmarin. Kejadian berlaku selepas maghrib dan mujur disedari oleh pengawal keselamatan yang mendengar bunyi letupan. 


Menurut Kak Sab, beberapa hari sebelum kejadian, beliau merasa tidak sedap hati seolah ada sesuatu akan berlaku. Bukan sahaja hati tak sedap tapi seluruh badan sehingga kaki bisa-bisa. Anehnya, semua kesakitan hilang tiba-tiba selepas maghrib waktu kejadian dan beliau merasa sedikit pelik. Lebih kurang jam 8 malam, beliau mendapat panggilan telefon yang membawa khabar duka ini.


Kebakaran ini memusnahkan sebahagian dapur kantin yang menempatkan tempat menyediakan minuman, panel hidangan, peralatan catering dan sebuah dapur memasak yang digunakan untuk kerja-kerja memasak yang mudah. Begitulah api, bila kecil menjadi kawan sudah besar menjadi lawan.


Tindakan pantas dari staf dan pelajar yang tinggal di asrama berdekatan berjaya menyelamatkan bahagian memasak dari musnah yang tentunya lebih teruk lagi akibatnya. Mujurlah semasa pihak kolej membina kantin ini ia dipisahkan kepada dua bahagian yang dapat menghalang api dari merebak.

Akhir kalam, Sk doakan semoga kejadian ini membawa hikmah dan kehilangan yang berlaku akan digantikan dengan yang lebih baik, insyaAllah..

Wassalam.






Tags

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Allahuakbar...teruk jugak terbakarnya tu...peliknya kak sab sampai tak sedap badan sebelum benda ni berlaku..huhuhu

    moga dipermudahkan segala urusan beliau...ameen

    ReplyDelete
  2. Takziah...kesiannya..betul la kalau bab api ni..dah besar memang jadi lawan..nasib baik takde meragut nyawa..semoga Kak Sab tabah hadapi dugaan

    ReplyDelete
  3. ya allah kesiannya.. semoga allah permudahkan urusan kak sab. 😪

    ReplyDelete
  4. Allahu.. semoga dipermudahkan urusan kak sab.. mujur tak terbakar habis..

    ReplyDelete
  5. Innalilah...salam dukacita buat Kak Nab..moga ada hikmah di sebalik kejadian ...

    ReplyDelete
  6. nampak serius juga kebakarannya.
    Mujur tiada kemalangan jiwa.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!