LAKSA ANEKA RAGAM.. SEDAP JUGAK

Seri Kandi Tanah Jauhar
6
Assalamualaikum...


MASA Sk sampai ke rumah Senai semalam,  Cik Ani tengah masak kuah laksa.  Laksa Sarawak katanya,  guna rempah Laksa Sarawak. Uiii.. Best jugak tu,  lama tak makan Laksa Sarawak.  Terbayang isi ayam yang banyak dan bihun yang lembut dicelur. Pehhh..  Padahal hari tu baru jer balik dari Preview Ramadhan Buffet di Amari Hotel,  haa. . Tu nanti cerita kemudian.  

Berbalik kepada kisah Laksa Sarawak tadi,  tup tup nampak Cik Ani celur laksa tepung beras. Eh,  setahu Sk, Laksa Sarawak guna bihun tapi Cik Ani jawab apatah,  macam tak dengar aje dan abaikan dekat situ.  Jadi,  masa nak makan tu Angah pun cakap,  kenapa rasa kari sikit.  Ibu kata,  tadi rempah tu macam tak cukup jadi dorang bancuh rempah kari sikit,  gitulah. Dah rasa macam kuah kari sikit tapi tetap best la.  Ibu kata Laksa Sarawak campur Laksa Johor.  Entahlah..  Sk tengok dah serbaneka ni ada ni.  Siapa ada tauhu pok dan guna laksa tepung beras.  (Laksa Johor guna spaghetti) . Dan letak sambal belacan macam Laksa Johor,  bukankah Laksa Sarawak letak sambal tumis,  hahaha. Jadilah ia Laksa Aneka Ragam..  Hahaha. 

Tapi,  serius sedap sampai Sk lupa kelazatan makanan masa preview Ramadhan tadi,  hahaha. Siap tapau bawa balik dan panaskan masa sarapan pagi tadi.

Pendek kata,  kalau dah pandai masak tu,  campak apapun dalam periuk,  mesti jadi sedap.

Tak gitu Cik Ani?

Eleee. . Kembang montot nampakkk

Tags

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. hahahhahaa...betul2 banyak ragam dia kan .....tapi betul lah orang kata air tangan , kalau dah masak sedap , campak2 keletang keletung sampai kecoh 1 dapur pun tetap akan sedap kan masakannya.

    ReplyDelete
  2. kan...kalau dah memang pandai masak, campak pun menjadi jugak

    ReplyDelete
  3. Nengok pun dah sedap..tak kisah le dari negeri mana pun hehehehe

    ReplyDelete
  4. boleh jadi menu baru ni..hahahahah

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!