RASA DITIPU

Seri Kandi Tanah Jauhar
13
Assalamualaikum…

BARU-BARU ini sebuah pasaraya baru dibuka di JB.
Sk tak nak sebutlah nama pasaraya tapi kalau anda suka shopping barang dapur dan barangan basah, anda mesti tau punya tempat ni. Sejak ia dibuka, dah dua kali Sk sampai. Apa yang Sk suka harga barangan basahnya agak murah berbanding pasaraya besar. Tambahan lagi buah-buahan seperti anggur juga boleh didapati dengan harga yang murah.


Jadi, pergi kali kedua tu, Sk memang dah plan awal nak beli lagi anggur hitam panjang-panjang tu. Yang tu sepeket (tak ingat berat berapa) cuma RM7.99 saja masa Sk beli sebelum ni. Jadi, lepas beli beberapa barangan mentah lain, Sk pun terus ke bahagian buah-buahan. Sk nampak ada dua pekerja asing sedang memindahkan peket anggur ni ke rak pameran. Sebaik sampai dekat, terkejut sikit sebab tengok harganya dah jadi RM8.99. Erkkk.. dah naik singgit. Lepas tu fikir nak makan punya pasal, tak apalah. Lagipun kalau kat tempat lain pun tak dapat harga tu. Sambil berfikir-fikir tu, barulah Sk terperasan kerja yang dilakukan dua pekerja asing tu. Macam pelikkkk aje.. apa dorang buat ni?? 


Peket-peket anggur dalam kontena kecil tu perlu disusun ke rak pameran tapi apa yang mereka buat? Peket anggur yang sudah diletakkan tanda harga itu dibuka dan dikeluarkan sedikit gugusannya di asingkan di dalam penutup kotak yang diletakkan di lantai. Lepas tu sambil asingkan gugusan anggur sambil ngap masuk mulut. Kalau berat sepeket tu 900 gram, maknanya timbangan tu tentu sudah kurang dicuri dua ekor pekerja tak amanah ni!

Peket anggur tu yang dah dibuka tu, dilap, diselotep dulu barulah disusun ke rak.

Kalau ikutkan hati, memang Sk nak jerkah aje dua toyol anggur ni tapi disebabkan Sk bimbang terjadi pulak rusuhan dalam pasaraya tu, maka Sk diamkan saja. Peket anggur yang Sk dah ambil tu, SK letak balik sebab rasa ditipu. Tu yang kita nampak, yang kita tak nampak?? Patutlah kadang bila beli buah dalam pek ni ada yang nampak sikit, ada yang nampak banyak, hurmmmm!

Sk juga telah membuat aduan terus ke seorang penyelia pasaraya. Eh, tak mengaku pulak tu. Memang kurang ajar betul, padahal kami siap ambil gambar muka (Sk tak letak gambarnya di sini). Sk tak pastilah adakah mereka akan dikenakan tindakan atau sebaliknya. Mungkinkah dilepaskan sahaja dan aktiviti mencuri makanan yang dah dipek ni tetap berleluasa?

TAK MUSTAHIL!



Tags

Post a Comment

13Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Tengok anggur di buat macamtu, so datang mananya di kata FRESH ek...yang di lantai tu kenapa? Busuk ke? Kalau dia keje asingkan busuk dan gantikan yang baru takpe...Ni siap paket siap ngap plak ek, memang betullah kurang timbangannya nanti..

    Hurmm rasa-rasa semua pasaraya ke derang bt gini ek? Lepas ni beli, pergi timbang dulu, jangan amik main bayarkan..

    ReplyDelete
  2. iskk.. tak baik diorang buat camtu.. siap ngap tu..

    ReplyDelete
  3. Mmg tertipuuuu..ishhh3... Mentang2 boss x nmpkkk

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum seri...kurang asam betul 2 ketul ni asyik nak tipu org jer...

    ReplyDelete
  5. ishhh!!! geram pulak nengoknya.. dah lah kita selalu beli yang pack cenggini... uwaaa!! tipah tetipu kekdahnya!

    ReplyDelete
  6. Haish! Mrs. A pun geram kalau macam ni.
    KEna viralkan kan ni biar semua orang tahu

    ReplyDelete
  7. kalau nampak kat pasaraya kan, yang dah packing tu, mesti ada yang part diorang bukak dan nampak kesan dah kena amik orang.tak amanah langsung..rugi kalau beli sebab mesti dah kurang anggur tu kan..baik beli yang timbang je.

    ReplyDelete
  8. eeeee kat mana ni haaaaa....geram nyeee

    tu belum lagi kategori customer pilih2 buah stroberi dalam pack, mana yang dia tak nak dia tukar ke pack lain...geram gilerrr nengok

    ReplyDelete
  9. Allahuu melampaunya dua ketul ni.. 🤦‍♀️🤦‍♀️🤦‍♀️

    ReplyDelete
  10. lahai...... tak baiknya... patut pihak pengurusan pasaraya perlu pandang serius perkara. lama-lama nanti pelanggan boleh lari..... xmahu ditipu. kita beli balik rumah terua nak makan. takkanlah nak check timbang dulu.... bahaya ni pencuri senyap...

    ReplyDelete
  11. Better beli yang loose dan timbang sendiri.

    ReplyDelete
  12. haisyyy...lepas ni kalau nak beli..baik beli yang timbang sendiri je la..
    x patut sungguh

    ReplyDelete
  13. Bukan dekat tempat SK je tempat miza pun sama. Hurm pastu taknak kecewa beli yang timbang betul bukan dalam pack

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!