Assalamualaikum...
MASAK makan masak makan.. sesuatu yang membahagiakan.
Lebih bahagia kalau boleh masak apa yang kita suka dan boleh makan sebanyak mana yang kita suka, hahaha. Duluuuu.. Sk selalu bangga bila makan banyak mana pun tak gemuk. Maklumlah, masa tu orang kata, apa tu... jappp.. haaa.. metabolisme... Metabolisme tinggi, katanya. Jadi, makan banyak pun tetap slim. Ada juga yang fikir, Sk ni aktif bersukan, padahal setiap kali lumba lari, SK la yang paling corot, hahaha.
Tapi, kan.. Sk rasa, semua kita pun pernah ada pengalaman macam tu, kan.
Pengalaman kurus semasa muda remaja. Sebab tu sekarang, kalau tengok orang muda kurus, hati kata, takpe, dulu aku pun dah rasa kurus. Nanti doploh tahun lagi korang pulak rasa gemuk, hahaha. Sekarang bolehlah kan nak bangga kurus, ko tengok besok-besok, hahahaha (ayat dengki).
Jadi, rutin Sk, memasak adalah wajib setiap hari selasa sampai rabu, eh! Dua hari jer masak?? Hahahah, ingatkan setiap hari. Taklah.. ceritanya macam ni, hari selasa masak, rabu masak, khamis keluar makan, jumaat tengok mood selalunya keluar kad dang kad dang masak, sabtu masak banyak-banyak, ahad panaskan lauk hari sabtu dan setiap hari isnin Pak Inche akan beli makanan di pasar malam. Seronok gilerrrrrr kot, taklah stress kena masak hari-hari.
Jadi, bila tiba satu hari di hari isnin tu, Sk cakap dengan Pak Inche, nak ikut dia pergi pasar malam. Sebab selalu memang balik kerja tu, Pak Inche singgah sorang sebab Sk kan dah balik awal. Sekali, pada hari isnin yang dijanjikan, Sk dah bersiap nak ke pasar malam, Pak Inche kata, jomlah pergi NSK, kata barang mekap dah habis.
Memang betul pun, koret-koret semua skincare Sk. Sampai kering kulit. Dahlah tak lawo, kulit pulak kering menggelupas haaa. Lalu, kami pun ke NSK, huiii, NSK apa tak ada, semua ada sekarang, tapi tahu sajalah kalau dah ke NSK, kata nak beli lain, barang lain pun dibeli… hihi. Lepas tu, Pak Inche tanya, nak makan kat mana? Terus keluar mentol kat atas kepala.
Tingg!!
Sebab Pak Inche dah belanja kat NSK, jadi kita ajak dia makan di tempat kegemaran dia.
Di mana lagi kalau bukan, Restoran Makanan Laut Yeo Sekeluarga. Pak Inche, kalau kita ajak dia makan kat sini, dia suka beno.. sebab dia suka makan Hot Plate Taufu ni. Kayu alas tu memang nampak lama no, kan, ialah, dah veteran tempat ni, ingat murah ke nak beli kayu alas baru, pakai jerlah yang lama, janji tak berkulat, hahaha.
Hot Plate sini memang sedap, feberet Iman jugak ni. Nasib baik dia tak buka blog. Nasib baik Sk tak post kat IG. Haaa.. tu salah satu sebab kenapa Sk jarang post gambar makanan kat IG sekarang, tak mo kasi Iman tengok, hahaha.
Sekarang Pak Inche memang dah tersampuk Kangkung Belacan. Mana jer makan, mesti dia order sayur ni. Selain tu kami pesan juga sepinggan baby kailan, tak ambil gambar kailan tu, malas!
(Sebenarnya dah delete pasal tengah snap tetiba ada tangan makhluk asing lalu nak ambil lauk, hahaha)
Siakap Stim Lemon yang wajib ambil setiap kali ke sini. Memang dah pesan masa nak ke sini, tak yah pesan banyak-banyak lauk, ambik ikan, sayur, nasi, dah. Tapi tulah, degil jugak nak ada hot plate tu, kegemaran sangat katanya, hahaha. Nasiblah semua licin. Seronok, kan.. shopping, lapar, makan, balik.. bahagia ui kalau hari-hari macam ni, hahahaha.
Syukurrrr.. Alhamdulillah.
Haha bukan NSK je, kalau huda pun kata nak beli satu barang. Sekali keluar shopping mall, eh ada dua tiga barang gak hahaha
ReplyDeleteLamanya tak makan macam ni..dulu ada bf sudi bawak makan kat sini..la ni takde dah....
ReplyDeletekan best kalo masak makan masak makan tak gemuk-gemuk...huhuhuhu
ReplyDeleteayo daftarkan diri anda di 4g3n365*c0m :D
ReplyDeleteWA : +85587781483
ayo segera bergabung dengan kami hanya dengan minimal deposit 20.000
ReplyDeletedapatkan bonus rollingan dana refferal ditunggu apa lagi
segera bergabung dengan kami di i*o*n*n*q*q