PERBEZAAN BAKTERIA DAN VIRUS

Seri Kandi Tanah Jauhar
7
Assalamualaikum...


Bakteria dan virus adalah mikroorganisma halus yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar, namun sangat penting dalam bidang perubatan dan kesihatan manusia

Terdapat bakteria yang berguna kepada kita, tetapi kebanyakan virus adalah berbahaya kepada manusia.

APA ITU BAKTERIA?

Bakteria adalah mikroorganisma bersel tunggal dan dijumpai di mana-mana, termasuk tubuh badan manusia dan boleh dilihat dengan mikroskop cahaya dan berupaya untuk berganda sendiri.

Apa itu jangkitan bakteria?

Jangkitan bakteria adalah jangkitan yang disebabkan oleh bakteria dan penyakit yang berpunca darinya disebut bakteria patogenik.

Bakteria menyebabkan jangkitan melalui:
Saluran pernafasan; Bordetella pertussis.
Luka terbuka; Escherichia coli.
Sentuhan langsung dengan haiwan terjangkit; Bacillus anthracis.
Pengambilan makananan yang tercemar; Brucella abortus.
Bakteria juga tersebar melalui hubungan seks (Treponema pallidium) dan daripada ibu kepada anaknya semasa kelahiran (Neisseria gonorrhoeae).

Apa simptom jangkitan bakteria?

Kebiasaannya, simptom jangkitan bakteria tertumpu pada satu bahagian tertentu dalam badan.

Simptom jangkitan adalah:
Kemerahan.
Bengkak.
Sakit.
Sakit tekak.
Demam.
Sakit kepala.

Apakah penyakit yang disebabkan oleh bakteria?

Bakteria menyerang tubuh dan melemahkan sistem imun. Penyakit disebabkan bakteria adalah seperti berikut:
Batuk kokol (Bordetella pertussis).
Jangkitan saluran kencing (Escherichia coli).
Ulser (Helicobacter pylori).
Leptospirosis (Leptospira interrogans).
Batuk kering (Mycobacterium tuberculosis).
Demam kepialu (Salmonella typhi).

Bagaimana mengesan jangkitan bakteria?

Jangkitan bakteria dikesan dengan pemeriksaan mikroskopik, pewarnaan, pengkulturan dan pemencilan bakteria daripada spesimen.

Spesimen yang digunakan adalah seperti berikut:
Kahak untuk jangkitan salur pernafasan.
Nanah dan wound swab untuk jangkitan pada luka.
Darah untuk jangkitan aliran darah.
Najis bagi masalah cirit – birit.
Bendalir cerebrospinal untuk penyakit meningitis.
Air kencing untuk jangkitan saluran kencing.

Semua spesimen akan diperiksa untuk mengesan kehadiran bakteria.

Bagaimana mencegah dan merawat jangkitan bakteria?

Jangkitan bakteria biasanya dirawat dengan antibiotik, yang boleh membunuh atau mencegah pertumbuhan bakteria.

Pencegahan jangkitan bakteria termasuklah;
Amalan gaya hidup yang sihat.
Elakkan pengambilan makanan dan minuman tercemar.
Selalu mencuci tangan dengan bersih.
Pengendalian makanan yang bersih.
Hubungan seks yang selamat.

APA ITU VIRUS?
Virus adalah agen jangkitan paling kecil dan hanya boleh dilihat dengan mikroskop elektron.

Virus hanya bereplikasi dalam sel hidup dan berupaya menjangkiti tumbuhan, haiwan, bakteria dan manusia.

Apa itu jangkitan virus?

Jangkitan virus adalah jangkitan disebabkan oleh virus dan biasanya menjangkiti manusia melalui:
Saluran pernafasan; virus influenza, virus measles.
Mulut atau saluran usus; virus herpes simplex.
Luka pada kulit; HIV, virus hepatitis C.
Gigitan serangga terjangkit; virus dengue oleh nyamuk.
Gigitan haiwan terjangkit; virus rabies oleh anjing.
Virus juga disebarkan melalui hubungan seks (herpesviruses) dan daripada seorang ibu kepada anak yang dikandungnya (cytomegalovirus).

Apakah simptom jangkitan virus?

Kebanyakan simptom jangkitan virus adalah sama dan bergantung kepada jenis virus yang dijangkiti.

Simptomnya adalah:
Hidung berair.
Sinus.
Batuk.
Sakit tekak.
Ruam.
Sakit.
Demam.

Apakah penyakit yang disebabkan oleh virus?

Virus berbeza menyebabkan penyakit yang berlainan. Sesetengah penyakit disebabkan virus ialah seperti berikut:
Penyakit tangan, kaki dan mulut (virus coxsackie).
Penyakit hepatitis kronik (virus hepatitis B).
AIDS (human immunodeficiency virus).
Cacar air (varicella-zoster virus).
Beguk (mumps virus).
Ketuat (human wart virus).

Bagaimana mengesan jangkitan virus?

Jangkitan virus dikesan dengan pelbagai kaedah dan spesimen, bergantung kepada kawasan jangkitan dan jenis virus yang disyaki.

Antara spesimen untuk mengesan jangkitan virus adalah seperti berikut:
Kahak, throat and nasal swab untuk jangkitan salur pernafasan.
Conjunctival swab untuk jangkitan mata.
Air kencing untuk jangkitan saluran air kencing.
Darah, air kencing dan genital swab untuk penyakit jangkitan kelamin.
Najis and swab rektum untuk jangkitan saluran gastrointestinal.
Coretan kulit, bendalir daripada vesikel dan darah untuk jangkitan kulit.
Kaedah yang digunakan termasuk teknik PCR, pengkulturan dan mikroskop elektron dalam mengesan antibodi, antigen atau partikel virus.

Bagaimana mencegah dan merawat jangkitan virus?

Tiada rawatan khusus untuk jangkitan virus dan biasanya dirawat dengan antiviral dan dicegah dengan vaksin.

Antiviral hanya bertindak merawat simptom jangkitan dan meningkatkan sistem imun badan supaya tubuh dapat melawan sendiri jangkitan virus.

Virus tidak boleh dibunuh dengan antibiotik, namun kita boleh mencegah jangkitan virus dengan:
Selalu mencuci tangan dengan bersih.
Perlakuan aktiviti seks yang selamat (safe sex).
Elakkan daripada mengambil minuman dan makanan tercemar.
Elakkan perkongsian jarum suntikan.
Amalkan pemakanan seimbang.

Semoga memberi manfaat.

Sumber
Tags

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kalau yang virus Vovid19 tu, Akak dah tengok tak yang ada derang share 2600 kali zoom dan gambarnya kuss semangat menakutkannnn...huhuhu

    ReplyDelete
  2. thanks for the info kak seri.

    ReplyDelete
  3. oh, baru tahu dua ni berbeza..selama ni tak terfikir pun..ingat bila orang sebut demam virus tu, sama je dengan demam bakteria jangkitan kuman ke..lain rupanya

    ReplyDelete
  4. dedua kite rasa seram sbb dedua kita tak nampak.. kalo nampak senang nak tepis.
    huurmmm.. take care..

    ReplyDelete

  5. admin numpang promo ya.. :)
    cuma di sini tempat judi online yang aman dan terpecaya di indoneisa WA : +85587781483

    ReplyDelete
  6. Join yuk di chanelku yang seger...
    banyak film terbaru yang memanjakan mata loh...

    STREAMING NONTON BOKEP GRATIS ..!!
    Kumpulan BOKEP Terlengkap Terbaru Terpopuler & Ter-Update By SUKABOKEP

    SUKABOKEP

    BOKEP INDO NGENTOT ASIK

    BOKEP BARAT NGENTOT MANTAP

    BOKEP JEPANG NGENTOT NIKMAT

    BOKEP KOREA NGENTOT PUAS

    FILM SEMI NGENTOT SERU

    SKANDAL ARTIS, MODEL, SELEBGRAM TERBARU 2020

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!