MAKAN-MAKAN DI HARI JADI NENEK

Seri Kandi Tanah Jauhar
9
Assalamualaikum...

ALHAMDULILLAH, termakbul sudah niat untuk buat makan-makan sempena ulangtahun kelahiran ibu yang ke 79. Untuk jamuan makan-makan di sebelah malam ni, tanggungjawab dipikul oleh Angah selaku tuan rumah dan Cik Ani selaku bekas ahli rumah, hahaha.

Malam tu, Cik Ani memasak Nasi Mentega.
Memang sesuai sangatlah digandingkan dengan lauk pauk yang dimasak oleh Angah.

Satu dulang besar Shell Out. Kami memang tak ada konsep Shell Out selambak atas meja, kita buat cara lebih sopan, longgok dalam dulang, hehehe.

Ketam, Udang dan Kupang sekawah, puas masing-masing meratah. Meh tengok satu-satu. 

Ikan Sebelah Bakar Kosong
Bakar dalam magic pan,  memang magic sebab walaupun namanya ikan sebelah,  tapi dua-dua belah masak,  hehe. 

Udang Goreng Tepung

Air Asam 

My fav - Sotong Goreng Tepung

Sayur Campur

Yang ni Sk masak - Lamb Grill,  makan cicah ngan air asam tadi. 

Nenek dab cucusss

Kek Sirap Bandung oleh Mek Yana
Nanti Sk cerita detail pasal kek ni ya

Doa dibacakan oleh Ilham

Iman nak balik jugak sebab Izzat balik

Ibu ibu
Engkaulah Ratu Hatiku

Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu

Chef-chef yang bertugas

Cikwa,  Zulaikha dan nenek

Burppp!  Alhamdulillah
Syukur dapat dilaksanakan majlis ini. 

Dan marilah kita sama-sama berdoa agar Perintah Kawalan Pergerakan yang telah masuk hari ke lapan ini akan berjaya mencapai matlamatnya.  Doakan semoga ada penawar untuk jangkitan Covid 19 dan vaksin bagi mengelakkan terkena virusnya yang tidak mengenal siapa. 

Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!