Assalamualaikum...
BALIK kerja laju-laju goreng Popiah Otak-Otak, beli dengan kawan sepejabat. Sk teringat dulu, seorang bos Sk semasa menjadi stringer di Berita Harian. Beliau ni orang Perak, bila ditugaskan ke Johor, ada dua makanan Johorean yang dia tak boleh terima. Salah satunya, otak-otak, hihi. Dia tak tahu ke otak-otak tu sedap. Sk rasa, dia mungkin trauma dengan perkataan otak tu. Mungkin dia membayangkan otak lembu atau otak udang, atau otak mana-mana haiwan pun, hahaha. Padahal, otak-otak ni dibuat dari isi ikan yang dimasak bersama rempah-ratus istimewa. Kemudian ia dibungkus dalam dua kepingan daun kelapa dan dibakar sehingga garing.
Kemudian, orang kita kan kreatif, otak-otak tu, dibungkus pulak guna kulit popiah macam buat popiah sayur tu. Ada jugak SK jumpa yang bungkus bentuk segitiga macam samosa. Kali ini, ia digoreng, jadilah popiah otak-otak atau samosa otak-otak. Pun sedapppp lagilah bila ditemani minuman Teh O panas, hihi.
Sekarang ni, dah ada pulak yang namanya Pepes. Kalau otak-otak dibuat dari isi ikan, pepes pulak dibuat dari isi ayam dan dibungkus dalam daun pisang. Haaa.. seorang kawan lama Sk, sekarang ni dah jadi tauke pepes yang kilangnya terletak di Kota Tinggi. Trademark pepes kawan Sk tu, ada sehelai daun selasih di permukaan pepes, namanya Pepes Warisan. Bagi Sk, dalam ramai pengeluar pepes, pepes kawan Sk tu paling sedap la.. bukan pasal dia kawan Sk, tapi memang jujur, pepesnya sedap di tekak Sk.
Eh, ter-promot pulak, hihi.
psl pepes tetibe wak tringt kuih pukis yg fofuler kat indon tuuuh., huhuhu
ReplyDeleteOtak otak memang sedap tp otak lembu minta maaf..akak takkleh telan
ReplyDeletebaru first time dgr pepes tu hehe
ReplyDeleteJACKPOT yang besar hanya di AJOQQ :D
ReplyDeleteWA : +855969190856
Penah makan pepes kat LC catering kat JB...sedapnyaaaaaaa
ReplyDelete