Assalamualaikum...
KADANG-KADANG kita sebenarnya bukan lapar tapi bosan.
Haaa.. tu cerita kalau di rumah, asyik nak cari makan di dapur. Kalau dah tak ada apa, didihkan air (kami tak ada kowe, kuko atau apa-apa seumpamanya 😝), bancuh kopi, celup biskut kaka. Paling hebat, masak ramen la.. hahahaha.
Jadi, disebabkan terlanjur dah berada di luar kawasan masa hari Sabtu tu, Sk terus teringat untuk mengajak Iman ke The J Seri Alam yang terletak di Bandar Seri Alam. Kalau dari rumah Sk, semata-mata nak ke BSA ni memang idok ler.. jauhhhhh dan jammed pulak lagi. Bak kata Iman, rasanya kali akhir ke BSR ni masa tu nak makan di Der Cabin, lepas tu macam tak ada lagilah datang situ semata nak makan.
The J ni merupakan sebuah medan selera di bawah satu bumbung yang bukan dalam mall. Yang bestnya di sini, kita tak perlu untuk bergerak memilih makanan dari satu stall ke stall lain. Selepas mendapatkan meja, kita akan diberikan satu buku menu merangkumi semua stall di The J dan kertas pesanan. Selepas menulis pesanan, bawa pesanan tu ke kaunter untuk bayaran, lepas tu tunggu jer makanan dihantar ke meja tak kisahlah dari stall mana pun. Cakap ajalah nak makan apa, semua ada dari masakan tempatan, western, arabian, indian, korean.. semua ada la...
Dah berpuluh tahun tak jumpa kombinasi dua makanan ni yang biasa Sk makan di Medan Selera Sungai Segget setiap kali balik dari mengajar kelas malam dulu. Masa tu, Sk mengajar di sebuah kolej swasta yang menawarkan kursus separuh masa untuk mereka yang dah bekerja. Zaman tu, belum ada kereta dan Sk perlu menukar bas di hentian Sungai Segget, jadi, sebelum balik tu wajiblah singgah situ makan Roti John dan Sup Kambing, haha. Sungai Segget tu pun dah tak ado apatah lagi medan seleranya. Lepas dipindahkan ke celah-celah kedai di Jalan Wong Ah Fook tu, adalah sekali dua Sk ke sana, itupun duluuuuuu. Tak sanggup dah nak makan kat situ, huhu. Dan tak tahu masih wujud lagi ke tidak tempatnya, hahaha. Memang ada jer tempat lain yang jual Roti John tapi tak ada Sup Kambing. Ada jugak yang jual Sup Kambing tapi tak ada Roti John. Kalau ada pun Roti John, tak menepati selera, penuh dengan sos dan mayonis macam yang pernah Sk kongsikan
DI SINI.
Dah lama Iman teringin nak makan Bakso Beranak katanya.. hahaha. Kadang nampak ada jer tempat jual Bakso Beranak ni tapi fikir tiga empat kali kalau tengok kedai dan orang yang menjual. Jadi, bila ada menu bakso beranak kat sini, walaupun tak lapar sangat, terus order semangkuk sebab tak tahu bila ada masa boleh datang lagi ke sini. Nak nak, minggu depan dah mula puasa, lepas tu raya, lepas tu boleh merentas negeri, lepas tu three
Bakso Beranak ni pulak ada macam-macam, yang Iman pilih ni, Bakso Beranak Cili, hahahah.. orang beranak keluar anak, dia beranak keluar cili, kikiki.
Makanan dari Pantai Timur pun ada termasuk
Nasi Dagang Tak Atas Tol. Tak tahulah saja letak nama atau memang cawangan.. Sk tak tanya pulak. Tapi, tak yakin la nak order nasi dagang kat tempat lain, takut tak kena dengan selera, huhu. Lainlah kalau memang betul-betul ada kat Ganu sana, kan.
Lima belas gerai yang berada di The J Seri Alam.. nampak tak, banyak betul pilihan. Ini bukan lagi tepuk dada tanya selera, ini rasa macam nak makan semua. Tempatnya bukan sahaja cantik dan selesa tapi sangat instagrammable kata orang sekarang. Sesuai nak datang dengan sahabat handai dan keluarga tersayang.
The J Seri Alam
6J, Jln Suria, Bandar Baru Seri Alam, 81750 Masai, Johor
Telefon 018 9644202
Buka setiap hari 12 pm hingga 12 am
bakso beranak api eh....
ReplyDeletesedap makan panas2, pedas2.. perghh nikmat dia lain machiam hahaha
wak pon baru smpi sekali the J nih.. 😅
ReplyDeleteKreatif betul nama menunya, bakso beranak cili hahaha
ReplyDeletewow menarik
ReplyDeletetp bila la dpt jln2 ke johor ni he heee
Selamat menjamu selera
ReplyDeleteVersi nadi kerabu tu...alahai kalau akak tak tau nk pilih
ReplyDeletekalau bawa family ke area sini best ni
ReplyDeleteada 9 permainan poker menarik di AJOQQ :D
ReplyDeleteayo segera bergabung dan dapatkan bonusnya :D
WA : +855969190856