Assalamualaikum...
BILA Pak Inche request nak makan Nasi Lemak semalam, tak mampu nak kata tak, sebabnya, dia dah minta nasi lemak dari Khamis lepas. Tapi, disebabkan Khamis tu, Sk dah pergi Senai, mesti balik lambat dan penat punya, Sk cuma tapaukan Pak Inche, Nasi Lemak Kayu Keramat.. apalah punya mengelat, hahaha. Jadi, semalam, kita masaklah jugak nasi lemak untuk beliau.
Cukuplah geng nasi lemak Sk semalam. Dah beberapa kali asyik masak
nasi lemak tak cukup korum, hehehe. Semalam balik kerja, singgah kedai runcit Hj ASK, kedai runcit baru yang dibuka di Taman Mutiara Pulai, bersebelahan dengan taman perumahan Sk. Yang penting, laluan balik kerja, parking pun banyak. Tak ambil masa nak masuk kawasan kedai. dapatlah Sk beli kacang dan timun.. ah.. beli lada
giling kisar jugak sebab tak ada stok lada kisar kat rumah. Malaslah pulak nak gunting dan rebus cili kering, huhuhu.
Alhamdulillah, ada orang makan bertambah.. syukurrrr!
telan ailio pulak nengok nasik lemak SK ni... maunya hari minggu nanti buat jugak nih!
ReplyDeleteDapat sambal kerang..or ambal sotong rendam..walaweiiii sedapnyaaaa......
ReplyDeleteStandard la kalau kita- kita masak tak cukup korum,sebab kita bukan penjual nasi lemak ..hihihi
ReplyDeleteCantik pinggan :p
ReplyDeleteRajin SK masak nasi lemak. PH ni rajin juga, rajin beli haha...
kalau tak cukup korum tu, apa ja yg selalu tak ada ?
ReplyDeleteSudu mana garfu
ReplyDeleteWowwww meriahhhhh!! Psstt ada lg? Nak singgaahhh 😝
ReplyDelete