PROGRAM CSR IKEA TEBRAU KE RUMAH ANAK-ANAK YATIM SHAFAR

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum..

SEMINGGU berlalu.. hari ini SK nak kongsikan kisah minggu lepas, di mana Sk berpeluang mengikuti wakil dari Ikea Tebrau  menjalankan Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Sosial Responsibilty) dan bagi program Ramadhan tahun ini mereka memilih Rumah Anak-Anak Yatim Shafar yang terletak di Jalan Limau, Kampung Pasir, Tampoi.

Sejujurnya, Sk sendiri baru tahu tentang kewujudan rumah anak yatim ini yang diasaskan pada November 2014 dan menempatkan anak-anak yatim perempuan dan asnaf yang berusia antara 7 hingga 12 tahun.

Antara anak-anak yang tinggal di Rumah Anak Yatim Shafar. Sepatutnya mereka akan ke Ikea Tebrau tetapi memandangkan kes Covid 19 yang semakin meningkat, maka Ikea Tebrau yang datang ke tempat mereka dengan mematuhi SOP.


Wakil Ikea Tebrau, Linda menyampaikan sumbangan juadah untuk berbuka puasa bersama barangan cenderahati jenama Ikea.


Terima kasih Ikea Tebrau


Semoga lebih banyak lagi program seumpama ini diadakan agar anak-anak ini tidak merasa keseorangan.



Jom tengok apa ada kat dalam?


Gelang Cinta rupanya..


Antara ahli JDT Blogger yang terlibat, Blogger Sis Lin dan  Blogger Aku Ain Kau Siapa bersama Ikea Tebrau.


Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Alhamdulillah, moga moga program macam ni boleh menggembirakan hati anak anak yatim Shafar. Comel je muka sorang sorang.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Sikap prihatin terhadap golongaan yang memerlukan perlu diteruskan. Moga mendapat berkat dari_nya.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah...Semoga memberi keceriaan kepada mereka.Mula baca CSR ingatkan gula pasir..hihihi

    ReplyDelete
  4. syukur anak- anak ni di dahulukan oleh mereka2 yang prihatin...tak ramai ye anak- anak yatim kat rumah ni

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!