BILA AIR TAK ADA

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

Assalamulaikum...

ENTAH kenapa kali ini, tak diambil kisah langsung notis dari Syarikat Air Johor (SAJ) tentang ketiadaan bekalan air yang akan berlaku pada minggu ini. Telah diingatkan berkali-kali oleh Pak Inche tapi Sk hanya memandang ringan. Dia pun tahu cakap sajo, tak ada tindakan pun yang diambil 🤭 Sk pun buat tak tahu sajalah 🤣

Sebelum ini ada simpan tong untuk menadah air tapi hilang di kolej. Sebabnya masa tu, Sk bawa tong air ke kolej, tujuannya untuk senang mandi sebab masa tu nak kena keluar daerah lepas kerja. Tup tup, bila kembali ke kolej, tong air tu hilang tanpa kesan. Jangan kata tong air, kalau bawa gayung ke, paip getah ke, semua kena rembat, heran, pelik, ajaib 😂 

Jadi, semalam baru teringat nak tanya balik dengan Iman, bilanya yang tak ada air tu? Iman kata, esok (hari ini). Alamak, memang belum tadah air langsung ni. Tong pun tak ada. Ada sebiji jer baldi saiz sederhana dan sebiji baldi mop. Ingatkan nak isi air dalam tong polisterin yang cuma guna sekali sekala bila beli ikan di pasar, tapi sampai dapur terus capai bawang untuk masak Spaghetti Bolognese. Lupa terusssssss 🤭

Sampailah pagi tadi, baru teringat, memang tak simpan air langsung. Sk capai notis bekalan air yang dihantar, nak pitam baca, bekalan air akan mula dihentikan bermula jam 8.00 pagi hari ini hingga 7.00 pagi esok, doplohpat jam wehhhhh... Apasal tak maklum betul-betul 😭😭😭

Dahlah Iman nak kena cucuk vaksin hari ni 😅😅😅

Bawa bertenang.. nasib baik ada tangki. Dijangkakan air tangki boleh bertahan sehingga esok dengan penggunaan yang cermat. Haaa.. baru tau nak berjimat 😂


Dari pagi tadi Sk dan Iman makan guna pinggan kertas. Itupun makan roti jer cicah Sup Tulang Merah hari tu. Lepas minum, gelasnya tambah semula air, letak dalam peti sejuk. Air untuk cuci tangan nasib baik sempat Sk tadah pagi tadi, dapatlah dua besen letak tepi sinki dapur. Semasa mandi, Iman tadahkan air sebaldi untuk kecemasan. Tapi dia kata, tak sanggup simpan air kat baldi mop 😂. 

Pak Inche tadi pulak, dia kata, balik kerja nak take away KFC Nusantara, Sk fikir bagus jugak, senang makan dalam pinggan kertas juga. Tapi, sampai KFC, kenapa tutup? Takkan ayam dah habis??? Baru pukul 6 kot. Noratiqah tolong jawab 😅
Lepas tu, Pak Inche kata, nak pergi KFC Taman U, dah satu hal nak berpatah balik. Kemaruk sangat nak makan KFC 🤣 dah kenapa?
Sk suruh PI balik jer, Sk terus order makanan delivery dari Bismi Curry House. Terpaksa jugaklah guna mangkuk yang bukan dari kertas untuk isi kuah sebab tak simpan mangkuk kertas kat rumah. Nasib air tangki masih laju lagi. Tapi kena guna sinki bilik air la nak mencuci, buka air pun kecik, sekarang baru tauuuu jimat kalau tak, kemahen ko putar kepala paip sampai habis ya!

😭😭😭


Tags

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. tu la ada baca kat group geng sekolah pasal JB xde air.. bertabah ye kak!!
    semoga cepat la air ada balik kan

    ReplyDelete
  2. I feel you SK :(
    Moga cepatlah airnya ada semula

    ReplyDelete
  3. Huh,baca pun termengah2 macam kita pulak takdak air...hihihi.
    Teringat 1998.
    Masa tu dgn kecoh refomasi..dengan Sukan Komenwel..Dengan krisis air teruks..
    Apapun semoga SK dimudahkan urusan

    ReplyDelete
  4. Akak pun baru baca notis tu hari isnin..tp x tadah air jugak..pagi semalam bila air kecik baru teringat semula..nasib ada tong polistrin satu..tadah jgklah sikit..

    ReplyDelete
  5. Dah ada air ke tu Kak, mandi dah ke? hehehehe..
    Kita kalau sini takde air, macam nak pecah roup taman bagi warning berulang-ulang hahahaha

    ReplyDelete
  6. Takda air, makan minum settle jerrr..tapau luo....hoho~
    Dah leh start simpan tong besor la..masuk air dlmtu..hehehe

    ReplyDelete
  7. Aduhai! Air air air.... itulah yang boleh hidup jadi huru-hara hihihiiii! Teringat kalau bali Selangor, selalu air mati. Nak basuh pinggan pun susah.

    ReplyDelete
  8. Alamak..kalau air takde ni memang stress...masa takde air tu la perut nak memulas la..nak buang air la..semua la kan...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!