SMOKEY-PISTONS CHARCOAL GRILL & PIZZERIA

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

Assalamualaikum...

MINGGU lepas sahaja, sebanyak empat kali Pak Inche ke stadium bola sepak untuk bertugas. Dua kali di Pasir Gudang (tak silap), sekali di Stadium Sultan Ibrahim dan malam semalam di Larkin. Disebabkan PI bertugas di sebelah petang semasa di PG dan bertugas malam di Nusa dan Larkin, jadi, Sk akan pastikan makanan tengahari disediakan awal kecuali pada hari bekerja, kena ingatkan PI untuk makan nasi tengahari.


Beef Pepperoni Pizza yang ditapau Pak Inche dari Smokey-Pistons Charcoal Grill & Pizzeria semasa dalam perjalanan pulang dari bertugas di Stadium Pasir Gudang, Sabtu lepas. Memang Sk dan Iman serahkan sepenuhnya pada PI untuk membeli apa sahaja makanan untuk makan malam hari tu. Tapi tak sangkalah pulak dia beli pizza. Iman kata, dia bayangkan babah beli mee goreng aje.


Selain tu, PI beli juga Sayap Ayam Panggang. Tengok gambar ni teringat pulak Sayap Ayam Air Fryer Kak Amie nun di Lahat Datu sana. Ayamnya makan berapa ketul jer sebab kenyang makan pizza, tinggal empat ketul Sk panaskan masa sarapan semalam. Ayam panggang dia sedappppp sangat!


Ada lagi, tiga set burger. Setiap set burger datang bersama kentang goreng dan coleslow. Burger tu kemahen besar, PI makan separuh, tak habis. Sk pulak, baru makan malam tadi, itupun bahagi dua. Burger Iman, Sk suruh dia buat makan sarapan pagi tadi, entah dia dah makan belum. Yang mana tak habis tu, masuk peti sejuk ya, boleh ulang makan nanti malam pulak 😜


Kentang dia besar-besar macam kentang di The Fat Burger. 
Hurmmm.. TFB tu pun dah tutup.


Smokey-Pistons Charcoal Grill & Pizzeria
128-G, Jalan Permas Jaya 15/1, Permas Jaya, 81750 Masai, Johor

Tel : 0125025611


Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Mmg x terhabis tu.. byk sgt menu berkarbohidratnya.. hahahaha

    ReplyDelete
  2. Kannnnnn.....
    Saya pun kalau tengok sayap ayam teringat Cikgu Amie...hihihi

    ReplyDelete
  3. wahh sedapnya.. tergoda tgk pizza tu..

    ReplyDelete
  4. Apesal la ada kat Johor je xde kat NS..suh la depa buka cawangan satu kat sini ha...jauh na la..asyik telan air liur je tgok ni

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!