MAKAN KUEY TEOW CELUP

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum WBT

SEJAK malam semalam, Sk marathon k-drama netflix series, Bloodhounds yang mendebarkan. Drama 8 episod ini mengisahkan tentang kehidupan warga Korea semasa pandemik yang terjerut akibat diperangkap dengan hutang oleh lintah darat terpaling kejam. Banyak adegan pergelutan dan pertumpahan darah sampai rasa susah nak bernafas, hahahaha.


Pagi ni, sarapan Kuey Teow Celup yang ditapau dari Restoran Tomyam Ainoni petang semalam. Tapau tu untuk makan malam sebenarnya dengan Nasi Daging Merah dan Sup Ekor untuk Pak Inche. Balik kerja terus beli untuk makan malam sebab malas nak keluar semula. Tapi, bila dah malam rasa macam kenyang nak makan sebab petang tu dah pulun makan berkeping-keping Popiah Otak-Otak dan Karipap Sardin, hahaha.


Banyak kali dah datang sini, Sk cuma makan Kuey Teow celup cuma tak berkesempatan lagi nak tulis di blog. Semalam tu la pertama kali bungkus. Sedap sangat sup dia tu. Selain kuey teow, boleh pilih mi kuning, bihun atau mi segera (maggi).


Pak Inche makan Nasi Paprik dengan Sup Tulang.


Mee Celup lagi sebab sedap sangat. Tak pernah jemu, hahaha. 


Ni tiga-tiga beranak makan Kuey Teow Celup. 


Ni masa bila pulak ek? Dah tak ingat, hahaha.

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Saya pulak, suka maggi celup, kalau pergi kedai tomyam. Sup dia, sedap, kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, lain kali nak maggi celup pulak. Sup dia lagi sedap dari Johnnys Rest.

      Delete
  2. mee celup sini takde telur rebus kak... terliur lak nengok

    ReplyDelete
  3. kalo jenis menu celup ni suka bihun celup...1st time tgk ada menu telur dlm tu...

    ReplyDelete
  4. sedap2 semua menu kat sana. di Kelate ni mmg popular mee celup sbg hawker's food.

    ReplyDelete
  5. Cantik kuah mee celup & kuetiaw celup.

    ReplyDelete
  6. tetiba terigin plak nak makan mee celup ni. tapi mama tak penah cuba lagi versi kue teow

    ReplyDelete
  7. berbaloi repeat byk kali...nampak sedap..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!