Assalamualaikum WBT
TAHU tak.. hampir setiap malam Pak Inche ni mengajak makan tosei di Al-Safa. Ahh.. dari dulu lagi la.. suka ajak makan tosei di kedai mamak malam-malam. Thoufeeq la.. Bismi la.. Ainali laaa.. cuma sekarang kan dah kena mandrem ngan Al-Safa, hahaha. Sk ni bukan apa, nanti bila dah ke kedai mamak tu, dengan Sk sekali lupa diri. Mee Goreng la.. Maggi Goreng laa.. Roti Telur la.. Teh Tarik laa.. ammaaaaaaakkk!
Selalu Sk beri alasan, malas nak keluar sebab esok kerja. Jumaat malam tuari pun ajak lagi. Alasannya, esok tu kan tak kerja. Jadi, Sk beritahu, kalau nak sangat makan tosei, esok pagi-pagi, kita keluar sarapan di Ashoka. Nak makan tosei ke, teh tarik ke, suka hati, sebab pagi, hihi.
Pertama kali pesan Tosai Rawa kat sini. Selain Tosai Rawa, ada jugak Rawa Masala. OMG.. sedap giler Tosai Rawa Ashoka. Tak kedekut bahan dan dipotong kasar. Teksturnya rangup-rangup gebu, bila tergigit hirisan bawang dan daun kari dalam tu, syahduuuu!
Dahlah tong kuah tu dia tinggal kat situ, memang berkali-kali la ceduk dhal, kari dan chutney. Memang sesuai sangat la aku jadi bini mamak, hahahaha. Tapi...
Orang yang nak sangat makan tosai tu, nak makan Puree la pulak. Tu tak pa, pureenya kempisssss. Patutnya, kalau dah kempis mintak tukar la kan, tapi malas nak gaduh-gaduh pasal puree, tak berbaloi. Cuma kalau puree kempis, dia jadi macam berminyak gitu. Pak Inche mintak apom jugak, tapi habis katanya. Tipu betul, baru pukul 9 dah habis, hahahaha.
SA tengok pun nampak sedap tu ha....bertabahlah SK ye...of course kalau dari rumah cadang nak makan lain sampai situ lain jadinyaaa...
ReplyDeletePH pun biasa juga gitu, aim nak makan lain tapi bila sampai kedai berubah fikiran haha..
ReplyDeleteWak tak pernah masuk kedai makan mamak dan yang seangkatan dengannya
ReplyDeletealah tak syok pulak kan kalo puree kempis..kembung-kembung baru sedap
ReplyDeletedana pun suka sarapan tosei rawa, dahla garing berempah lak
ReplyDeleteJarang-jarang mamak tinggal tong kuah atas meja kita. :D
ReplyDeleteYa ampun!
ReplyDeleteRindu nak makan tosei.Lagilah bila tengok segala tong kuah tu. Sedapnya.
dah serupa capati puree nya
ReplyDeletesedapnya tosai rawa...puri & apom blm makan di kedai mamak..
ReplyDelete