Assalamualaikum WBT
MALAM tadi, lepas hantar Iman balik kolej, Pak Inche ajak makan di Restoran Al Safa. Memang Sk nak nak sangat makan kat sana, sebab rindu sungguh dengan Tosai Rawa dia. Adoh, nampaknya Sk pun dah kena mandrem nih!
Balik dari Al Safa, Pak Inche ajak cari Durian Kang Hai. Dah berapa kali Sk sebut-sebut pasal Durian Kang Hai. Kawan Sk, hantu durian beritahu, banyak-banyak durian dia makan, Kang Hai tu paling sedap di tekak dia dan harga pun tak kayangan. Sk juga buat carian google, DKH ni untuk pasaran Singapura.
Sejak bermula musim durian, ada gerai durian ni dibuka di hadapan jalan utama Taman Nusantara menghala ke Ulu Pulai. Ada Buffet Durian RM35. Tapi, Sk tak berani la makan durian banyak-banyak, ghisauuuu. Tak pasti durian apa yang ditawarkan dalam buffet ni. Semalam, ke sini la kami, nak cari Durian Kang Hai. Dalam gambar, di sebelah kiri yang tangkai dibalut tu, durian Black Thorn atau Duri Hitam, RM60 sekilo.
Ada abang pekerja kat sini, rajin nak layan kami laki bini. Sk tanya dia, anggaran harga sebiji berapa? Dia pun tanya, nak timbang yang mana, Sk tunjuk yang paling comel, dia ambil dan timbang, RM61.20 sebiji. Tu tatawlah berapa ulas dalamnya. Tapi durian macam ni insyaAllah, jarang menipu macam cempedak, kan.. hahahaha.
Ini la durian Kang Hai yang kami nak sangat makan. Sekilo RM25, kalau ambil dua biji, dia kira RM23 sekilo. Dia tengok muka pun tau ini orang tak ada duit banyak, hahahaha.
Durian Kang Hai didaftarkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia iaitu daftar D208 pada tahun 2019. Ia telah diklonkan oleh Encik Samsari Ahmad di Segamat, Johor.
Kami setuju ambil dua biji.
Yang ni orang lain pulak, bagus cara dia layan pelanggan dan abang yang timbangkan Black Thorn beritahu, dia memang pakar durian. Kami mintak dia kekah siap-siap. Dua biji selepas ditimbang, RM74. Dekat gerai ni jugak ada offer, RM100/4 biji tapi tak pasti jenis durian. Sk pun tak bertanya, memang aim nak Kang Hai ni jer, hahaha.
Idaman kalbu.. kat Penang hari tu kenyang makan nasi kandar jer.
Durian pertama, tak banyak ulasnya, isinya kuning dan tebal. Rasa pahit manis dan sedikit berasid.
Ni durian satu lagi.. yang ni banyak sungguh ulasnya, biji dia kecik-kecik macam kacang gajus jer saiz biji dia tu. Kalau biji kecik, tentulah duriannya tebal, kannnn. Aaaaaaaaa... suka.. suka... nak suruh Pak Inche beli lagi, hahahaha.
ooo DKH pasaran Singapore patut tak pernah jumpa disini..di Kuantan dah banjir durian MK pun dah turun 15rgt sekilo,dapat la rakyat marhaen merasa durian kayangan dulunya
ReplyDeletewaduh sedapnya durian itu... menahan diri dr makan durian lagi ni kak oi...
ReplyDeletesana musim durian ye skrg... bestnya
ReplyDeleteTerbayang-bayang biji durian saiz kacang gajus.
ReplyDeletePuaslah makan isi durian ye SK.
Pertama kali dengar durian Kang Hai. Cantiknya isi dia, kuning. 😋
ReplyDeletedurian kat Batam ni harga bole tahan mahal., huhu
ReplyDeleteUii..durian kayangan ni...kena zikir ni..semoga ada rezeki dapat makan DKH ni..hihihi
ReplyDeleteMerata orang jual durian bila tiba musim durian ni. Elok elok buahnya. Risau tang harga tu je lah. Belum pernah lagi rasa Black Thorn. Teringin juga. Sekarang memang trend penjual kopek sikit kulitnya tengok isi dalamnya sebelum dijual. bagus juga macam tu kan.
ReplyDelete