SARAPAN LONTONG KERING, NASI LEMAK & SATE DI PASAR PELADANG

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT

RAMAI bertanya Sk, port sarapan best di Johor Bahru. Banyak sebenarnya port sarapan yang best di JB ni dan antara yang terbaik dan harga berpatutan adalah di Pasar Peladang yang terletak di persimpangan jejambat Taman Ungku Tun Aminah. Alaaa.. anda waze saja Pasar Peladang, mesti sampai. Dah sampai nanti, nampaklah sebuah medan selera dengan pelbagai pilihan makanan sehingga rambang mata dan tekak kita dibuatnya.


Tapi tu la.. tetap jugaklah Lontong yang menjadi pujaan hati. Nasi impit dengan Sambal Goreng, Sambal Kacang, Sambal Tumis dan Sambal Paru sangatlah sedap di tekak Sk. Pak Inche pulak dengan Nasi Lemak Daun Pisang memang sukar dipisahkan. Sambil tak sedar secucuk demi secucuk sate disuap ke mulut sambil berbincang masalah negara, hahahaha.

Burppp.. Alhamdulillah.

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Wah, masalah negara dibawa berbincang di meja sarapan ye SK.

    ReplyDelete
  2. Teringin nak rasa lontong goreng... satu lg kalau ke johor ada 1 menu yg glamer dulu.. tauhu bakar

    ReplyDelete
  3. Pernah makan lontong kering, orang johor masak. Sedap, sedap! Tu dia menu dalam gambar pertama, banyak sungguh, bihun putih ada, bihun merah ada. Banyak pilihan.

    ReplyDelete
  4. teringin juga saya nak makan lontong...belum jumpa lagi setakat ini di sarawak...mungkin belum habis pusing

    ReplyDelete
  5. Teringin nak makan lontong kering tu, tapi blom jumpa kat Seremban

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!