MEN-TAUFUFA DI four beans

Seri Kandi Tanah Jauhar
13

 Assalamualaikum WBT

HARI tu masa pergi Mengopi di Kopiloco, lalu depan sebuah Soy Dessert. Pertama kali Sk nampak cafe khas yang menjual dessert yang menjadikan soya sebagai bahan utama. Sk yakin untuk singgah di sini kerana penyediaannya tidak mengandungi alkohol. Memandangkan dah kenyang mengopi dan juga sebelum tu baru Makan di MyViets, jadi kami plan pergi di lain hari.


Harinya tiba jua, macam selalu la, berdua dengan Iman jer, Pak Inche kerja. Pak Inche pun bukan boleh dibawa tempat macam ni, dia suka kedai mamak jer makan tosei, hahahaha. 


Ada pelbagai pilihan topping Taufufa di sini atau kami biasa panggil Tauhu Ceduk. Selalu beli di pasar malam plain aje, di sini ada kelainan cara menikmati taufufa.


Kami ambil Classic Cold Taufufa dan pilih perisa pandan. Selain pandan, boleh pilih perisa asli. Set ini datang bersama jus soya dan air gula melaka serta kacang tumbuk. Sudu dan mangkuk kecil disediakan di kaunter, juga air masak (kosong), sila layan diri.


Duduk tepi pepokoks. Sk suka suasana makan di cafe ni, boleh makan dalam mangkuk cantik berbanding jika ditapau.


Semangkuk ni boleh kongsi dua orang. Topping yang diberi adalah cincau, biji sagu dan yang lain tu tidak dikenali, hahaha. Mungkin ianya dibuat dari tepung pulut sebab ada rasa kenyal-kenyal macam Topokki tapi ni versi manis la.


Tengok mangkuk-mangkuk comel ni macam banyak jual di Good 2 U, hehehe.


Suka! Suka! Suka! Nanti nak pergi lagi.



Iman penggemar taufufa, setiap kali pergi pasar malam memang kena beli la. Lepas ni dia kata, tak nak dah taufufa pasar malam, eh, kacang lupakan kulit ni!



Sajalah buat kunyah-kunyah, Taiwanese Fried Tempura. Sedap jugak, macam nugget rasa dia tapi liat-liut, hehe. Selain dessert ada jua minuman tapi tak yah, minum jer air masak free kat situ, hehehe.

4 Beans Impian Emas

No 107, Jalan Anggerik Emas 1,
Taman Anggerik Emas,
81300 Johor Bahru, Johor

No Telefon : 011-35693066
Tags

Post a Comment

13Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. feveret taufufa nih...kalau cenggini gayanya, mmg lupakan yg pasar malam...too plain..hihi...ni dah lain level...

    ReplyDelete
  2. sedap tu semangkuk tu kongsi berdua

    ReplyDelete
  3. Menariknya. Sebagai penggemar soya, tergoda tengoknya. Kat Seremban pun ada cafe berasaskan soya, The Soya. Tapi belum mensoya atau mentaufu fa kat situ.

    ReplyDelete
  4. adoiyai sedap-sedap nampak menu nya , kak ana pun suka menu berasas tauhu ni dan soya gini :)

    ReplyDelete
  5. Cantik kedainya kak.. tp sy x mkn taufufa.. kalau lepak sini sy mkn nuggut je lah

    ReplyDelete
  6. Kak, kedai gini kegemaran anak Lin si Kakak, dia suka makan menu camni, Emaknya tak berapa reti hahahaha

    ReplyDelete
  7. Fried tempura tu nampak yummy lah.

    ReplyDelete
  8. Taufufa next level ni ..padanlah Iman dah tak mau hat pasaq malam :D

    ReplyDelete
  9. Peminat taufufa hadir! 🙋🏻‍♀️

    ReplyDelete
  10. kalau Khilfi...awal-awal bagi cadangan confirm dia dah reject sbb rasanya antara semua makanan yang biasanya dia tak tolak...makanan berasaskan soya memang tak masuk kat tekak dia..biarlah tauhu putih gedik2 tu, air soya lagilah

    ReplyDelete
  11. SA x makan taufufa...x tau kenapa x suka...air soya SA suka...

    ReplyDelete
  12. menarik nampaknya kak.. boleh la pergi bebila nanti.. kami pun peminat taufufa

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!