MAKAN-MAKAN DI MYVIETS

Seri Kandi Tanah Jauhar
16

 Assalamualaikum WBT


JUMAAT, Sk dan Iman pilih makan tengahari di MyViets cawangan Taman Setia Tropika. Ini kali pertama Sk makan di sini, rasanya Iman pun mungkin tak pernah. Kalau Nippon Sushi kat sebelah MyViets tu Iman pernah makan, masa tu dia dan rakan-rakan ada tugasan dan menjadikan Nippon Sushi sebagai salah satu subjek dalam tugasan mereka. Nippon Sushi dengan MyViets ni satu taukey.. siap tembus dalam restoran dan berkongsi tandas. Kami ni sebenarnya nak ke Nippon Sushi la, tapi ternampaklah pulak menu-menu yang menggiurkan pada buku menu yang diletak di luar pintu restoran. Tu takpa, sebenarnya nak pergi makan tempat lain, tapi tempat yang nak dituju tu dibuka lewat pada hari Jumaat, tu yang sampai ke Taman Setia Tropika cari makan, hahaha.


Kebetulan masa kami sampai, hampir habis waktu rehat atau lunch hour bagi kebanyakan pekerja pejabat, jadinya suasana kelihatan meriah dengan perbualan dari beberapa meja. Sk tengok kemahen besar dan lawa mangkuk yang digunakan untuk menghidang makanan. Dalam mangku tersebut, tentunya Pho Bo iaitu menu klasik dari Vietnam yang dibawakan oleh MyViets. Boleh pilih jenis-jenis daging dan jenis mee untuk diletakkan dalam sup mengikut citarasa kita. 


Walaupun buku menu diberi, namun pesanan hendaklah dibuat melalui aplikasi MyViets yang boleh diimbas pada QR Code yang diletakkan di tepi meja.


Seperti biasa, kalau ada Iman, dia yang akan uruskan pesanan. Yang membayarnya tetaplahhhh...



Dalam masa 7 minit, semua menu yang dipesan terhidang di depan mata.


Pilihan Sk, Rice Marinated Chicken with Lemongrass, RM17.50.

Tak menahan menengok pinggan yang digunakan, cantik giler.. dari mata turun ke hati. Oleh sebab terpegun dengan hidangan ini, Sk lupa nak pusingkan kedudukannya untuk diambil gambar.


Mujur teringat nak ambil gambar dari atas, maklumlah, orang yang ada masalah mental pasal makanan ni, camera eat first, kan.. hahaha. Inilah rupanya hidangan yang mengandungi semangkuk besar nasi putih, ayam yang diperap dengan perapan istimewa, keropok ikan dan salad seakan somtam. Datang bersama, sos jernih yang ditaburi hirisan cili padi. Porsi nasi dan ayam agak besar dan cukup bagi seorang yang kuat makan macam Sk tapi somtam tu sikit beno.. Rupa-rupanya, Iman kata, boleh note dalam pesanan. Masakan ini tak pedas, tapi rempah perapan ayam tu sedap di lidah Sk. Nak rasa pedas, makan dengan cili padi tu, kalau tak cukup, boleh minta lagi, staf di sini akan bagi tanpa banyak soal.. contohnya, eh, tadi kan dah bagi.. hahaha. Dan dia tak caj lebih nampaknya. 


Sebagai pembuka selera, Sk pesan Mini Sharing Platter, RM19.90.

Set ini mengandungi Popiah Basah Goreng dengan taburan kacang yang banyak, Popiah Vietnam dan yang satu lagi tu, Sk tak pasti, isi ikan yang diperap atau isi ayam ke.. hahaha.. ayam dengan ikan pun kau tak reti bezakan, Sk??? 


Iman makan Pho Bo dengan pilihan Beef Tenderloin dan Kuey Teow, RM17.90. Kuey Teownya jenis kecil tak macam kuey teow yang dibuat di Malaysia, lebar-lebar. Bagi membangkitkan aroma Vietnamese Cuisine, ada taburan helaian daun kesum dan daun selasih. Pun sama, tak pedas, kena makan dengan cili padi tu, nak lagi pedas, minta jer lagi cili padi nanti dia hantar, hehehe.


Haaa.. kepedasan la tuuuuuu.. letak lagi cili banyak-banyak.


Sedar tak sedar... suasana yang riuh-rendah tadi kembali sunyi apabila pekerja pejabat beransur-ansur meninggalkan restoran.


Suka tengok penerapan warna dan cahaya yang meneduhkan.


Tinggal kami dua beranak dan sebuah meja di hadapan kami jer yang sedang menghabiskan sisa-sisa minuman, hihi.


Dalam perjalanan balik, singgah Restoran Nasi Kerabu Cikgu Siti di Taman Impian Emas. Iman kata, kawan dia kata, Durian Crepe kat situ sedap.. ahhh.. kena pow lagi bonda!!!

Post a Comment

16Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. menu viet dengan malaysia nampaklebih kurang sama je kan?

    ReplyDelete
  2. Tertarik dengan pinggan mangkuk hidangan tu. Food plating dia pun menarik. Rugi kan kalau tak ambil gambar. Mujurlah camera first. Cepat juga hidangan sampai tu. Of courselah bonda yang tetaplah membayarnya. hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Fiza.. yg terror ambil gambar macam Fiza mesti banyak angle nak digambarkan, hihi.

      Delete
  3. aduh menggodanya seemua menu tu kak oi....

    ReplyDelete
  4. tak lama dah bonda nak merasa duit gaji anak belanja...kalau saya ni ye makan tahun lagi kena powww

    ReplyDelete
  5. Sesekali bonda...SA pun selalu kena paw ngan anak dara tu..SA pun suka makan kat sini sebab Pho Bo dia tu sedap..daging dia lembut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita suka rasa daun selasih dalam pho bo tu. Siap ambil daun selasih Iman makan dgn ayam dan nasi kita.

      Delete
  6. Makanan meriah dan warnapun pelbagai. Rasa cerah biji mata menengoknya.

    ReplyDelete
  7. menarik SK nanti akk nk gi try jgklh..pandai iman pau mama..hihii

    ReplyDelete
  8. Hebatnya!
    Dalam masa tujuh minit semua pesanan sampai ke meja.
    Ini yang buat pelanggan hendak datang lagi!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!