Assalamualaikum WBT
SEJAK balik ke kolej selepas Cuti Hari Raya Aidiladha dan minggu ulangkaji, Iman belum lagi balik ke rumah. Tu la yang dia minta Sk jemput dia di kolej dan keluar makan tengahari hari Jumaat. Kononnya nak makan di Restoran Masakan Salai, tapi lewat dibuka pada hari Jumaat. Tu la yang jjcm sampai ke Taman Setia Tropika dan makan di MyViets dan kemudiannya beli pulak Durian Crepe di Restoran Nasi Kerabu Cikgu Siti.
SEBAIK sahaja masuk ke kereta, Iman cepat-cepat membuka bungkusan Durian Crepe yang dibeli dari Restoran Nasi Kerabu Cikgu Siti. Diambilnya sebiji, disuap separuh ke mulut. Sk mencapai sebiji, suap separuh juga ke mulut dan menelek intinya. Kelihatan isi durian telah dijadikan pes. Rasa DC, biasa-biasa aje, lebih didominasi rasa fresh cream perisa vanilla.
Taman Anggerik Emas,
pernah nampak yang dekat bandar, tapi tak pernah singgah lagi...
ReplyDeleteKat bandar susah parking. Datang yg kat Anggerik Emas ni senang, tempat pun luas Cik Sun!
Deletemenu saturday special tu suka la..rare menu salted egg toast
ReplyDeleteWah, ada kenangan manis di Sandakan rupanya!
ReplyDelete