BERBUKA 29 RAMADHAN DENGAN JUADAH BAZAR RAMADHAN DATARAN SHAHBANDAR

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT


DAH masuk hari ketiga Syawal.. masih lagi bersiaran dari Kuala Terengganu. InsyaAllah, dalam pukul 9 pagi nanti, kami akan memulakan perjalanan pulang. Mudah-mudahan perjalanan pulang nanti selancar perjalanan pergi hari tu, Amiinnnn Ya Robbal Alamiiinnn.


Sebuah lagi kisah berbuka yang belum sempat diblog, hari terakhir puasa tahun ini, kami sepakat berbuka di homestay dengan juadah dari Bazar Ramadhan Dataran Syahbandar. Pilihan Pak Inche dan Iman, nasi minyak. Sk yang malas nak beratur di gerai nasi kerabu dan nasi dagang, ahhh.. beli ajelah jugak nasi minyak di gerai yang sama. Nasi minyak datang bersama kuah gulai, sambal dan ayam goreng.


Beli tepung pelita, cara manis dan onde-onde. Minuman pun semua beli. Pak Inche beli pedal ayam jugak, semuanya licin ya, tapi tak la licin sekelip mata, hehehe.

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Nak balik ke rumah nanti pesan pada Inche Suami agar berhati-hati memandu. Kereta banyak di jalan raya.. Bersabarlah..

    ReplyDelete
  2. Kadang gitulah, kita beli je di tempat yang sama. Malas beratur dan malas nak berleceh buang masa. Kalau di rumah ni, confirm ada yang masuk peti ais kan. Lambat licinnya.

    ReplyDelete
  3. Adui.... tengok tepung pelita tu terasa-rasa keenakannya! Cepatlah cuti, nak terbang balik cari kuih tepung pelita.

    ReplyDelete
  4. Kue tepung pelita itu saya penasaraaan nak coba 😍😍😍. Harap2 nanti adalah di KL dan Penang saat saya kesana 😄

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!