Assalamualaikum WBT
AWAL tahun ini, cuaca di Johor ni sejuk aje. Dia tak hujan tau, mendung pun tak, tapi redup dan sejuk. Panas matahari gitu-gitu jer. Air mandi pun sejuk. Lepas tu cuaca tiba-tiba panas membahang sehingga paras air di empangan membimbangkan. Awal Februari, TMJ mengeluarkan arahan agar surau dan masjid di Johor mendirikan solat sunat Istisqa' (mohon hujan) disamping usaha menabur benih hujan. Kemudian tu hujan hampir setiap hari dan lebat pulak tu. Minggu ni cuaca mula terik. Semalam petang, Sk keluar sekejap beli barang, pijor rasa kulit muka yang banyak dosa ni, Allahu.
Cerita sebelum puasa, pergi makan tengahari dengan Iman di Rumah Makan Haji Sendot. Sebelum ni Sk dah pergi ke sini dengan Cikwa dan Jaika, boleh baca
Iman pilih Nasi Ayah Din iaitu nasi putih bersama Kambing Bakar Kicap, Tauhu dan Tempe Goreng serta ulam dan telur masin.
Pilihan Sk kali ni, Nasi Mak Rokamah iaitu nasi putih bersama Ayam Bakar Kicap, Tauhu dan Tempe Goreng, ulam dan telur masin. Ulamnya subur dan segar macam baru petik di halaman.
Set makanan di Rumah Makan Haji Sendot ni semua sama harga iaitu RM16 dengan minuman free flow dan disediakan juga lengkong santan sebagai pencuci mulut. Lengkong tu bahasa Johor, dikenali juga sebagai agar-agar.
Dua-dua orang tak makan telur masinnya. Jadi, Iman bungkus macam ni guna tisu, macam orang dulu-dulu kahwin, hahaha.
Adoi, bawa handbag kecik pulak, sumbat aje la.
Gendang-gendut tali kecapi
Perut kenyang suka hati.
Lama tak dengor lengkong. Bungkus telur kenduri tu emmm nostalgia sungguh lah ni tiada orang buat macam tu kalau pi kenduri kahwin sebab telur mahal. Pakai tisue je balut kan.
ReplyDeleteWah, masih sebut lengkong. Dulu-dulu selalu jumpa lengkong merah atau hijau di tempat kenduri.
ReplyDeletenampak sedap plak dua2 nasi tu...
ReplyDelete