MESTI KLIK

Sahabat Seri Kandi

anda pengunjung ke

MENGHITUNG HARI

DEMI MASA

CHEESE TART SELAMANYA DI HATI

CHEESE TART SELAMANYA DI HATI
Untuk tempahan hubungi Sari 012-7799705 (JOHOR BAHRU SAHAJA)

Pada-Mu Ku Bersujud

Pada-Mu Ku Bersujud

Search Alam Sari

Loading...

Thursday, May 26, 2011

UPSIDE-DOWN PIZZA


ASSALAMUALAIKUM wbt

BUKAN sahaja sedap tapi mudah, itulah yang dapat saya gambarkan tentang Upside-Down Pizza atau pizza terbalik ni. Tidak rugi mencuba terutama bagi peminat pizza. Tidak perlu menguli doh, senang sangat, pakai campak-campak pun jadi tau. Terima kasih ya, Tun Telani kerana berkongsi resepi hasil kerajinannya menonton
Quick Fix Meals with Robin Milller.

p.s: Orang suruh study dia dok tengok rancangan masak-mema
sak, bagus.. bagus, amalkan selalu, hik.. hik.

Upside-Down Pizza
Sumber: Tun Telani

Upside-Down Pizza
saiz loyang 9x9 "

Dough

2 biji telur
1 cawan susu (saya guna low fat milk)
1 cawan tepung gandum
1 sb minyak (saya guna minyak zaitun)
1/2 sk garam

- gaul sebati (saya guna hand whisk) semua bahan.
- sedia untuk diguna

Inti

1 keping dada ayam- kerat-kerat (saya tak letak)
4 -5 batang sosej- hiris (lagi banyak lagi sedap)
1/2 tin cendawan butang- hiris
1/2 bawang besar- dadu
3 ulas bawang putih- hiris halus (saya pecah-pecahkan jer)
2 sb tomato puree
1 sb oregano
garam

- tumis bawang besar dan bawang putih sampai layu
- masukkan ayam dan tumis sampai ayam masak (boleh ganti dengan daging cincang)
- masukkan sosej, cendawan, dan tomato puree. masak sekejap.
- gaulkan oregano dan perasakan garam. (Boleh tambah bahan-bahan lain seperti hirisan lada benggala atau sayur campuran jika suka)

Keju secukupnya (saya guna cheddar)

Cara-cara:

  • Panaskan oven 180 degree
  • Letakkan inti dalam loyang
  • tabur cheese atas filling.
  • curahkan adunan 'dough' kat atas.
  • Bakar selama 25 minit, hingga keperangan.(saya bakar 30 minit)
  • Biarkan selama 5 minit sebelum dipotong dan hidangkan.

Selamat Mencuba ;D

12 comments:

Ila said...

saya dah 2 3 kali wat pizza tp masih tak menepati selera lagi..huuhhu

naza said...

macam nak cuba...nmpak senang....dia lembut mcm roti jgk ke?

Che Mid said...

maaf jarang singgah sini.. asek terlopeh yo..

wah nampak sedap la piza tu..

Sheila Shafeareen said...

Salam Sari
wooo boleh try ni mmg ank punsuka ingat weekend cuti sekolah ni boleh buat...x sabar nan kari bhyn nya...

HALAMANKU said...

Ahaks gulp... sedap tu.. ha ha ha ni yang nak makan banyak ni...kak x tahannya tgk chese tu nym2 terliur dibuatnyer...

Chik Mimi said...

best ni sari boleh cuba nnti

Mamamya said...

wahhhh...nampak lazat n berkrim ni....nak try la kak...blh tambah koleksi dalam "mamamya kitchen" ^______^

Zana~Sweet Rose said...

salam yus.. akak dtg sini, nak minta sekeping pizza tu boleh? nampak mudah..tp x taulah bila nak mencubanya. ape2 pun tq krn share resepi nie ya.

tun_telani said...

muahahha.. duk kt kg pun duk wat keje sekolah nii.. iA hari ni blh hantar.. huhu....
sedap kan? sedap kan?? mintak 2-3 keping wat jd pengeras.. ;p

Yatie said...

mmng nmpk mudah ya menyediakan pizza ni...rasa nak wat gaklah..terliur je tngk..

aNIe said...

Yummy...sedap nampaknya...

aida-myasara said...

kak sari askm?
wah sedap nye mcm ner nk diet ni
tgk akk nya resipi jek rasa nk makan huhuhh..
xoxo
aida

Share It

Anda Sukakan Ini?