MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Thursday, August 18, 2011

BERES SUDAH!


ASSALAMUALAIKUM wbt

LEGA campur berdebar... itulah perasaan saya tika dan saat ini. Agaknya beginilah perasaan pelatih-pelatih yang nak bertemu dengan saya bagi menyerahkan portfolio mereka untuk dinilai dan hari ini saya pula ada sesi pertemuan terakhir dengan Pegawai Penilai saya selepas dua sesi sebelum ini bagi menilai Portfolio Pentauliahan Pencapaian Terdahulu bagi membuktikan pencapaian saya sebelum ini.

Fuh kiri! Fuh kanan! Harap-harap portfolio ini lepas agar saya dapat melapangkan otak untuk sesi menyiapkan tempahan blueberry cheese tart dari pelanggan-pelanggan baru atau pelanggan yang masih setia dengan saya, hik hik. Di samping tu, di dalam batu jemala saya ni memang tak henti verangan kukis-kukis yang masuk buku untuk dibawa ke rumah ibu dan mak pada lebaran nanti. Yang paling saya mengidam sekali adalah sekut-sekut dari rumah Kak Ita masam manis... siang-malam terbayang, sampai terngigau-ngigau. Ibarat makan tak kenyang, mandi tak basah tau, hahaha.. itulah penangan blog Masam Manis sekarang.. meriahhhhhhhh!!

Paling manis kali ini apabila Kak Jun dari blog Cupcakekasih sudi mengabadikan entri buat saya. Aduh! Rupanya kalau jadi menantu orang Melaka, memang pandai bermadah seloka. Saya yang berjiran dengan negeri bersejarah ini sedikit-sedikit dapat juga tempiasnya. Tapi sepatah kata Kak Jun, kalau fikiran tengah lapang, memang banyaklah idea tapi kalu tengah sempit, nak bersin pun tak sempat... betul.. betul.. betullll!!!

1 comment:

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

FIESTA NANAS 60

Assalamualaikum... DIAM tak diam sudah hampir empat minggu cuti sekolah berlalu, kan. Tengok di laman sosial,  ramai kawan-kawan yang menga...