MESTI KLIK

Sahabat Seri Kandi

Pada-Mu Ku Bersujud

Pada-Mu Ku Bersujud

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
Untuk pertanyaan, hubungi (call)/ whatsapp : 0127799705 atau sms 0127844524

Labels

aaron aziz aboo acar ady putra aidilfitri ais krim apa cerita apam arab asam pedas award ayam bali Bandung Batam BelangaSatu belasungkawa belimbing bengkel bihun biskut raya blogger bloglist blueberry BMI Boboiyot bola Bono boycott buah burasak burger cake in jar cendawan cerita bersiri chocolate lava Cik Lang coconut shake coklat cookies cookies & ginger cream puff cucur cuti jumaat cutiecakemaker daging diabetes doa donut durian embun fear factor malaysia fettucinne filem GA goreng gulai kawah gunung kinabalu gyoza hari lahir hidayah ikan ikan bakar Ilham Iman itik jalan-jalan jeruk Johor jus kacang kad kaki kambing Kapten Zaharie karaoke kari kasut keju kek kek cawan keluarga kenangan kentang kepala kerang kerutub ketam kisah pelajarku kucing kuey teow kuih melayu kuih tradisi kurma laksa laksa janggus lala lawak legoland legoland water park lembu lemon lempeng lepat link best lobster lontong love u mr arrogant macaron makan makanan laut mangga MAS masakan barat maulid meatball medan mee melaka merdeka mesin MH17 minuman mistik monopod muffin Munduk murtabak myChef Mykad nangka nasi nasi ayam nasi padang nenas ngeteh no label novel nukilan untuk teman nutella ombre oreo page Pak Chu Pak Itam panduan pasta pastri pau pavlova Pekanbaru Penang pencuci mulut pengantin penne petua pie pie maker pisang pizza pod Ponti premix promo pulut racun rahsia rainbow cake ramadan ramadhan raya red velvet rendang resepi adigun resepi ibu Riau rock roselle roti roti canai roti jala rumah terbalik sabah safee sali saja salam salam maulid sambal sardin sayur sejarah selfie semur seram SeriKandi Cintaku siput soto sotong spaghetti sup swans cream puff tagged tapai tart tauhu tayar tazkirah Teluk Kumbar telur tempahan tempoyak terbang tetel tinggi tomato tortilla tudung tulang twisties ubi udang ulangtahun perkahwinan untuk dijual upin ipin villa nabila wang western wheels wordless wednesday yang popular Yaya zonan

Search Alam Sari

Loading...

Wednesday, March 28, 2012

MEE PAK CIK PENDEK KAMPUNG PASIR

ASSALAMUALAIKUM...

LAMA sungguh saya mengidam nak makan Mee Pak Cik Pendek (MPCP) yang gerainya terletak di Kampung Pasir. Urmmm, memang nama gerai tu, Gerai Pak Cik Pendekkah?? Eh, bukan, sebenarnya kitorang saja yang pandai-pandai letak nama pakcik tu Pak Cik Pendek sebab orangnya comel dan tak tinggi tapi bukan kerdil. Sebenarnya bukanlah nak merendah-rendahkan fizikal pakcik tu tapi nak bagi senang cam sebab memang ramai orang yang jual mee kat Kampung Pasir, kan. Tapi dalam ramai-ramai tu, kami sekeluarga paling suka dengan MPCP sebab meenya bertimbun dan dibungkus dengan cara yang klasik macam orang dulu-dulu.. hehehe. Bertahun berniaga, PCP masih mengekalkan cara tradisi membungkus makanan yang dijual di kedainya dan itulah salah satu sebab kenapa saya suka sangat makan MPCP ni. :-)))

Suatu ketika dahulu, kami tinggal di Kampung Sri Jaya yang berjiran dengan Kampung Pasir. Boleh dikatakan selalu sangat kami beli MPCP ni bila dah tiada idea dan lauk pun dah habis. Masa tu harga MPCP ni RM2.50 murah 50 sen dari kedai lain yang menjual makanan yang sama. Bukan sahaja murah, tapi sebaik saja kita buka bungkusan mee tu, bertimbun mee kat dalam tu, boleh makan berdua, tu pun belum tahu habis. Biasanya mesti ada lebih bungkusan makanya nanti jadilah menu sarapan pulak, hehe. Maklumlah, masa beli tu, tamak, semua nak sorang satu, huhuhu.

Tidak lama selepas saya berkahwin dan menetap di tempat sekarang, saya masih lagi singgah membeli MPCP. Tapi masa tu harganya dah naik 30 sen. Alah, 30 sen jer pun... tempat lain semua jual RM3.50 tau. Tapi rasa MPCP tetap tak berubah dari dulu. Dan saya masih lagi mengitar semula MPCP untuk dibuat sarapan sebab terbeli lebih... punyalah tamak.. kan :D

Semalam petang, semasa saya memandu pulang ke rumah dan melalui Plaza Angsana, saya cakap dengan Yaya. Nak makan MPCP tak? Yaya tanya, MPCP??? Alahhh, PCP yang kat Kampung Pasir tu... punyalah lama saya tak pergi sana sampai Yaya pun dah lupa. Saya rasa dekat 3 4 tahun juga tak membeli MPCP, ialah.. keluarga saya (ibu, adik, kakak) pun dah tak tinggal di Kampung Sri Jaya lagi, jadi memang tak lalu lagi kedai MPCP. Yaya tak memberi jawapan. Saya kata, tiba-tiba teringatlah dan saya berniat kalau PCP tu masih buka kedai, saya nak beli lebih sebab nak hantar rumah kakak saya, Angah. Ibu dan adik saya tinggal bersama Angah dan suaminya. Anak Angah tiga tapi yang kecil tu, baru 5 tahun, Indah namanya takkan boleh makan habis sebungkus. Saya mencongak-congak nak beli berapa bungkus agaknya kalau MPCP tu buka.. ;p

Amboiii.. saya rasa senyuman saya sampai ke telinga bila nampak gerai PCP buka. PCP masih sama macam dulu, ramah dengan senyuman. Taklah macam sesetengah peniaga tu, masam mencuka jer rupanya. Kadang bila pelanggan datang buat bolayan jer. Memang alamat saya tinggal balik ajelah kalau macam tu. Yaya kata, "oooo, kedai ni.... nak.. nak...," hah, tengok, Yaya pun suka MPCP tau.. ;-)

Saya menyapa PCP, "Assalamualaikum, Pak Cik... Sihat??"

"Eh, sihat.. dari mana ni??"

"Balik kerja, Cik.." senyum lebar-lebar untung-untung dapat diskaun.

Kakak pembantu kedai yang dari dulu kerja dengan PCP dan suka senyum bertanya, "nak order apa?"

"Errrr... 6 mee kuning, 4 bihun.." uishhhh, tamak sungguh.. cemana leh beli sampai sepuluh bungkus?? Eh, takpe, lebih leh buat sarapan ;p

Rupa-rupanya selepas 3 4 tahun tak datang tu, harga MPCP naik lagi. Saya pasti PCP menaikkan harga meenya sedikit-sedikit sehinggalah semalam sebungkus harga MPCP menjadi RM4. Agak terkejut juga tapi memikirkan dengan kenaikan harga barangan mentah yang mendadak sejak kebelakangan ini, memang wajar PCP menaikkan harga, kalau tidak macammana PCP nak menampung modal bahan mentah, gas, bil api dan elektrik di kedainya, ye tak?


Bila ibu buka bungkusan MPCP tu, ibu terkejut. Macam ni RM4??? Apa untungnya PCP ni, punyalah banyak mee dalam bungkusan tu siap ada udang (walaupun bukan L) dan daging. Oh! Ya, menu di gerai PCP ni bebas dari ayam memang sesuai untuk ibu yang tak makan ayam.
Sudahnya ibu makan syer dengan anak Angah, Izzat. Izzat share juga mee dengan Yaya. (Banyak tak Izzat makan?? ;p) Angah boleh makan mee dia tiga beranak. Bila saya nak balik tu, saya tengok ada berbaki 4 bungkus, dalam kereta memang saya tinggalkan dua bungkus. Satu untuk ER dan satu untuk bekalan sarapan hari ini. Tulah, tamak lagikan.. hihi. Tapi tak apa, MPCP makin perangat, makin sedap. Goreng telur dulu dalam kuali, bila telur separuh masak, campakkan jer MPCP, licinnnnnnnnnnn... hehehe.

Oh, ya.. semalam saya cakap dengan PCP.

"Pak Cik, saya sekarang dah ada blog, nanti saya promosikan gerai pak cik dalam blog saya."

"Oh, kamu dah ada belog ya?? Apakebenda belog tu?? Errr... sama tak dengan Cool Blog tu???"

"Ish, mana sama pak cik. Cool Blog tu ice blended, saya punya blog. Masuk dalam internet."

"Ooooo... gituuuu.."

"Errr... boleh tak saya nak ambil gambar pak cik, nak masukkan dalam blog saya?"

"Eh, tak payahlah... pak cik dah tua, dah tak berapa hensem. Dulu masa pak cik muda-muda, kamu tak nak ambil gambar."

"Alah, dulu tu saya ingat artis jer yang boleh ada blog ni, hehehe."

"Alah, tak usahlah.. pak cik malu... dengan sudip kuali kat tangan ni... tak usahlahhhh.."

Setelah puas memujuk akhirnya dapat juga saya ambil gambar PCP tu. Okey apa pak cik. Taklah tak hensem sangat... hehehe.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

p/s Tulisan berhuruf merah adalah rekaan penulis semata-mata... ampunnnnnnnnnn!!

Saya nak bagi soalan matematik kat sini, siapa dapat jawab akan menerima hadiah berupa Kredit Top Up Handphone (betul ke ayat ni???) dari mana-mana rangkaian telekomunikasi bernilai RM10... Eleh... RM10 jer punnn... Eh, okeylah tu, RM10 boleh dapat 2 bungkus MPCP ngan air 2 bungkus tauuuu...

Soalan : Berapa kali gandakah harga MPCP telah dinaikkan?

p/s Sebab soalan tu senang, boleh dikatakan semua orang boleh jawab jadi ada soalan tambahan... hehe. Teka warna baju yang PCP pakai semalam. Baju belang maknanya ada dua warna tau.

Jika tiada tekaan warna yang betul, pemenang akan dipilih berdasarkan jawapan yang hampir tepat.

Selamat Menjawab.

Eh, tertinggal nak cerita, dulu kalau nak buat hari jadik ibu, kalau tarikh tu jatuh hari kerja, saya bawa tupperware besar gi kedai PCP ni, "Pak Cik, buatkan bihun goreng RM10." Penuh satu tupperware tu tau...

32 comments:

  1. Salam kak yus! ahahahaha... akak mmg berbakat! :D kita nak susun ayat pun kdg terbalik terbalik, dgn noktahnyer yg takde dgn komanyer yg hilang ntah kemana :D mahalnyer 4 ringgit kan tp kalau dah sedap tak yah dgr harga tu berapa, kat tempat kita ada satu kedai yg epok2nyer dr kita kecik sekolah rendah sampai skrg rasa mmg tak ubahhhh! baik epok2 dia mee dia, sume2 lah, kita pun tak tahu mcm manalah dia sukat tu dah berbelas tahun tau! lepas tu harga kuih2 kat kedai dia paling murah, dulu2 seringgit 10 lah kan, tahun lepas kita balik dia cuma naikan seringgit tu 7 ketul, kdg tu dia bg lagi free klu bwk budak2 :D kalau tgk keliman epok2 dia mmg kelakar hihihi tp siyeesss sedap! tak meresap minyak inti pun sedap ehehe... panjang pulak komen kali ni hihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ijayuji, Seringgit 7 epok2??? Murah beno, bagi lokasi, hihi. Orang meniaga ni bab campak baling tu dah biasa kan. Kita ni (mksudnya akak) msk pun dok tengok tablet/lappy smpi putih screen kena tepung, haha

      Delete
  2. Pakcik encemmm ;-)

    Kenaikan 43%

    Hitam-Putih

    :-)

    ReplyDelete
  3. amboiiii...pandai m'reka2 citer eaaa..report kak PCP karang..:) lia dulu selalu pi kg.pasir ni kak sbb pakcik lia dulu dok kat situ....klu x silap kat Jalan Limau tp lia x penah plak jumpa kedai ni...

    ada soklan pulak...

    RM2.50 menjadi RM4 ...ermmmmm.....(sambil garu2 kepala..heheee) klu 2x ganda mesti jd RM5 kan..alamak failed la kak.....huhuhuuuu

    lagi 1 soklan...agak2nya kaler putih/kelabu kot... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mamamya, alaaa, sesaja jer, hehe. Kaler tu ada sikit lagi tembak bleh kena, hehe. Tp sbb soalan prtama tk dpt jwb kira pnyertaan batal, huhuhu

      Delete
  4. Sebelum K.Ita nak jawab soalan Yus tu, jawab dulu soalan cepumas dari K. Ita ni...
    Kenapakah pakcik itu dipanggil PAKCIK PENDEK? Adakah kerana :
    a) rambutnya pendek
    b) umurnya pendek
    c) sudipnya pendek
    d) ketinggiannya yang tak berapa nak tinggi
    e) misainya yang pendek????


    Nak jawab soalan cepumas Yus pulak :
    [(4.00-2.5) / 2.5 ] * 100
    = (1.5/2.5)*100
    = 0.6*100
    = 60%
    ::kenaikan sebanyak 60% ataupun 0.6 kali ganda...

    Hmmm...kemeja belang2 ya...! Rasanya pakcik ni minat biru & merah ataupun hitam & merah. Betul tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Azita, kita bg test kat dia, dia test kita blk ya, hihi. Jwpnnya D ;-).

      Peh! Jwpn org bljr kat Jepun jgn main2 tu, siap bg formula, kira dpt mrkh penuh ni, hihi. Malangnya bab warna baju tu meleset terus, huhu.

      Delete
  5. sian pakcik tu..dapat tittle pendek..hehe..ke pendek betul? hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jaja, kurang tinggi jer. Tapi pak cik pemurah. Mudah2an pnjg umur pakcik tu ;-)

      Delete
  6. Salam kak Sari,
    :D yum yum.. beruntung betul kalu dapat cari gerai yang mampu kekalkan kesedapan mee dia. Saya suka mee goreng.
    untuk soalan, saya jawab no 2 jer. putih-merah. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Indahhouse, jwpn tu hmpir tapi batal sbb soalan 1 tak jwb, hehe

      Delete
  7. Hahaha..
    gigih tau nak kire siap kuar calculator..:D

    60% jawapanye..

    kite teka kaler kuning hitam..ala2 harimau malaya gitu..

    kat mane MPCP ni kak? kg pasir tang mane? nak terjah gak ni..;P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Winnie, kamu mmg gigih tapi jwpn no 2 salah. :-P.

      Lokasi Mpcp : dari stesen minyak BP kg pasir, msuk jln manggis jumpa simpang 4, belok kanan. Depan sikit sebelah kanan gerainya brdepan dgn rumah sewa brpintu2.

      Delete
  8. kak yus...
    klu mas kan..klu dah tempat tu makanannya sedappppp...
    memang akan beli selalu..
    apa lagi murah dan banyakkk...
    bungkus pun klasik mcm dulu..
    mas suka..
    kira ok la tu rm4 sebungkus..
    masih murah..
    banyak lagi kan....
    susah nak cari sekarang bungkus makanan ngan paper...
    teringat dulu mas selalu beli nasi lemak..
    bungkus gini la..
    sedappp, murah dan banyak lak tu....
    hmm..tengok mee ngan bihun pun mas dah terasa kat tekak ni..
    memang sedapp....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mas, apa yg Mas katakan tu semua citarasa akak tau ;-)

      Delete
  9. Akak peminat mee goreng... kalau yang sedap tu boleh berulang2 kali makan...

    Banyak sungguh rm4 tu... kenyang ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Anie, samalah kita. Kalu nmpk mee goreng dah tak ingat bnda lain. Hehe

      Delete
  10. amboi...cikgu free ke hari ni, panjang plak entry meraban ye? Jgn la panggil pkcik mat pendek, eh...tertambah mat pulak....kot2 jd besan esok2?

    Akk psl jwb soalan ni keje paling susah rasanya, soh masak tkpe. Errrr....jwb belang baju je la....biru n putih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Zana, jwpn batal, soalan 1 tk jwb :-P

      Delete
  11. msti mee pakcik ni special sgt2 kan... hik2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. LYAfrina, memang special, kat fb tadi rmi juga yg komen positif tau

      Delete
  12. saya bayangkan mee nye pun pendek pendek, rupanya tak...heheh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. gadisBunga, yg tu kena tukar tajuk - meenya pendek2, hehe

      Delete
  13. hehehe..siap bagi soalan teka teki lagik..kita nak pass je jawapan tu kat org lain sebab malas nak mengira...hahahahha

    dah 4 ringgit rega mee pakcik tu ye..tapi berbaloi jugak dgn yg membeli sebab kuantiti byk...ada udang daging lagi...hehehhe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Quinnie, memang berbaloi, puas makan sedap pulak tu.

      Delete
  14. kak yus...
    ala2 dikedai ayu..
    tapi sebungkus hanya rm 3.50.
    ayu pasti kesedapannya lebih pada kedai pakcik tu

    tang pendek. pada ketinggiannya kan>
    kak...

    ala...
    ayu nie bab2 mate fail..
    tapi rasanya kenaikkan harga 0.5peratus..
    hehhehe.. dikit2... naik 0.50sen kan..

    belang eik?
    selalu nampak pelanggan ayu guna baju belang2 warna merah putih..

    betul tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayu, satu masa nanti akak nak try sume jualan di kedai Ayu. Bab bungkus mcm ni mmg fav akak, hehe. Warna belang baju tu melecet sikit, hehe

      Delete
  15. hehehehe, cerita ni sweet. terasa mcm baca blog rasa hati pulak. hehehe

    teringat beli nasik goreng mamak dekat bandar baru selayang dulu. hari2 beli sampai naik muat.

    jawapan..

    1)2kali ganda kenaikan.
    2) pakai baju belangmerah hitam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zulfikar, eh eh, akak pun raa begitulah, hihi.
      Jarang pulak dgr nasi goreng mamak, klu mee goreng mamak tu slalu.

      Jwpn tu meleset betul ;-)

      Delete
  16. Yus...nanti kalau Naz jalan2 ke Johor, belanja mee ni yer.. Tak yah mknn yg mahal2 pun tak pe..

    Kelakor la ko ni Yus.. Teringin nak jumpa bersembang2 dgn Yus secara life..

    Yg gambar pakcik tu, sabor jer lah.. Kuingatkan ada lah gambar betul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naz, wokeh, no problem (selamat duit aku, haha)

      Kalau jumpa live aku ni pemalu lah Naz, hihi.

      Delete

terima kasih kerana sudi mengomen... jangan mengomel sudahlah ya.. hihihi

DEMI MASA

MENGHITUNG HARI

Anda Sukakan Ini?