MESTI KLIK

Sahabat Seri Kandi

Pada-Mu Ku Bersujud

Pada-Mu Ku Bersujud

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
Untuk pertanyaan, hubungi (call)/ whatsapp : 0127799705 atau sms 0127844524

Labels

aaron aziz aboo acar ady putra aidilfitri ais krim apa cerita apam arab asam pedas award ayam bali Bandung Batam BelangaSatu belasungkawa belimbing bengkel bihun biskut raya blogger bloglist blueberry BMI Boboiyot bola Bono boycott buah burasak burger cake in jar cendawan cerita bersiri chocolate lava Cik Lang coconut shake coklat cookies cookies & ginger cream puff cucur cuti jumaat cutiecakemaker daging diabetes doa donut durian embun fear factor malaysia fettucinne filem GA goreng gulai kawah gunung kinabalu gyoza hari lahir hidayah ikan ikan bakar Ilham Iman itik jalan-jalan jeruk Johor jus kacang kad kaki kambing Kapten Zaharie karaoke kari kasut keju kek kek cawan keluarga kenangan kentang kepala kerang kerutub ketam kisah pelajarku kucing kuey teow kuih melayu kuih tradisi kurma laksa laksa janggus lala lawak legoland legoland water park lembu lemon lempeng lepat link best lobster lontong love u mr arrogant macaron makan makanan laut mangga MAS masakan barat maulid meatball medan mee melaka merdeka mesin MH17 minuman mistik monopod muffin Munduk murtabak myChef Mykad nangka nasi nasi ayam nasi padang nenas ngeteh no label novel nukilan untuk teman nutella ombre oreo page Pak Chu Pak Itam panduan pasta pastri pau pavlova Pekanbaru Penang pencuci mulut pengantin penne petua pie pie maker pisang pizza pod Ponti premix promo pulut racun rahsia rainbow cake ramadan ramadhan raya red velvet rendang resepi adigun resepi ibu Riau rock roselle roti roti canai roti jala rumah terbalik sabah safee sali saja salam salam maulid sambal sardin sayur sejarah selfie semur seram SeriKandi Cintaku siput soto sotong spaghetti sup swans cream puff tagged tapai tart tauhu tayar tazkirah Teluk Kumbar telur tempahan tempoyak terbang tetel tinggi tomato tortilla tudung tulang twisties ubi udang ulangtahun perkahwinan untuk dijual upin ipin villa nabila wang western wheels wordless wednesday yang popular Yaya zonan

Search Alam Sari

Loading...

Friday, March 30, 2012

NUKILAN UNTUK TEMAN 3 - KALAKATAR

ASSALAMUALAIKUM...

Sambungan dari Nukilan Untuk Teman 2

Riuh-rendah bunyi di luar rumah menarik perhatian Marlin. Dia mengintai di sebalik langsir yang ditempah dari jiran sebelah kiri rumah mereka yang pandai menjahit pakaian, langsir malah sarung kusyen. Kebolehan Kak Norli itu menjadikan dia selalu sibuk apatah lagi menjelang perayaan. Memang susah betul nak nampak batang hidung Kak Norli, asyik menjahit sajalah kerjanya sehingga ke malam raya. Sesekali mereka terserempak juga dengan Kak Norli bila pergi ke pasar Ramadhan atau solat terawih di surau. Itupun tak dapat bersembang lama sedangkan realitinya mereka hanya tinggal sebelah menyebelah.

“Apa yang disorak-sorakkan budak-budak tu ya?” Marlin bertanya kepada kawan-kawannya yang masih mengadap komputer riba masing-masing. Sabariah menoleh sekilas, Rahayu tidak menjawab, dia masih tekun merenung skrin bisu di depan mata. Hanya Ismaliana yang bangun menyelak langsir merah jambu di bahagian yang satu lagi.

Kelihatan lima enam orang budak yang masih memakai uniform sekolah rendah sedang berdiri mengadap longkang tidak jauh di seberang rumah mereka. Mereka sedang memerhatikan seorang lagi kawan mereka yang berada di dalam longkang dan seperti cuba hendak keluar dari situ. Dia kemudian menghulurkan tangan lantas ditarik oleh kawan-kawannya yang lain. Tangan kirinya pula memeluk seekor anak kucing yang basah lencun, mungkin terjatuh dalam longkang tersebut. Rupa-rupanya yang berada di dalam longkang tadi ialah anak Kak Norli. Dia berlari ke rumahnya sambil kawan-kawannya tadi berderet-deret mengekor di belakang.

“Mama.. mama... abang jumpa anak kucing dalam longkang,” tanpa rasa geli dia masih memeluk anak kucing yang lencun dan agak kekelabuan dibasahi air longkang itu. Hujan lebat malam tadi mungkin masih memenuhi longkang yang tak berapa dalam itu. Norli yang baru hendak mengeluarkan kuih yang dibakar dari ketuhar berlari keluar bila terdengar jeritan anaknya.

“Ya Allah, kenapa dengan abang ni?” Norli terus memegang lengan pakaian anaknya yang comot. Dia memerhatikan pula kawan-kawan anaknya seorang demi seorang. Norli kenal mereka semua yang memang berkawan dengan anaknya sejak kecil. Anak Siti Naemah pun ada. Pandangan Norli akhirnya jatuh semula kepada anaknya. Tanpa bercakap banyak, Norli terus menyuruh anaknya memandikan anak kucing yang kesejukan itu menggunakan paip di luar rumah sementara dia masuk mengambil tuala bersih. Tuala itu diserahkan kepada kawan anaknya, “ambil tuala ni, nanti lap kucing tu, kesian dia sejuk. Makcik tengah bakar kuih tu, karang hangus pulak. Tolong kawan kamu tu ya.”

“Assalamualaikum, Kak Norli, amboiii, buat kuih rupanya, tak nak jemput kita makan sekali ke?”Sergah Marlin. Hampir gugur jantung Norli. Dia tak sedar langsung kehadiran Marlin dan Ismaliana yang berada di tepi pintu rumahnya.

“Astaghfirullah, terkejut akak, meh masuk.. meh masuk. Akak tengah buat Kuih Kalakatar ni,” pantas Norli mempelawa Marlin dan Sabariah. Pintu rumahnya ditolak luas-luas. “Mana kawan kamu lagi tiga orang tu?”

“Ada kat sebelah, Kak Norli buat kuih kalakatar? Kuih apa tu, kak?”

“A’ahlah, tak pernah pulak kita dengar, sedap tak? Makan dengan apa?”Sampuk Marlin pula.

“Kalakatar tu kuih tradisi orang Banjar macam akak ni, kamu dua orang ni Jawa ke Bugis?”

“Saya jawa, kak,” akui Ismaliana.

“Saya kacukan,” Marlin pula berkata. “Nenek saya cina, atuk saya jawa, jadi tak tahulah saya ni jadi apa ya.. hehe,” sambung Marlin lagi.

“Oh, kamu cina ke? Patutlah putih, mata sepet, tapi kamu cantik, mesti mak kamu masa muda pun cantik macam kamu. Besok kalau kamu kahwin, anak kamu mesti lagi cantik dari kamu, kamu tengoklah nanti,” Marlin tergelak mendengar kata-kata Kak Norli. “Kahwin?? Belajar pun belum habis lagi, Kak Norli.. hihi.”

“Ya tak iya tak,” Kak Norli terus tergelak. Dia menarik bangku meja makan enam kerusi itu dan menyuakan pada Ismaliana yang paling hampir dengannya. Marlin meletak punggung di kerusi sebelah Ismaliana. Kak Norli terus menuju ke rak pinggan mangkuk dan mencapai dua mug warna merah berbentuk empat segi dan meletakkannya di hadapan mereka berdua.

“Saya tak cantik ke, Kak Norli?” Ismaliana pura-pura merajuk.

“Ishhh, sapa kata kamu tak cantik, mata bulat bersinar-sinar, kulit putih bagai telur dikupas lagi,” puji Kak Norli. Memang relaitinya Ismaliana cantik di matanya.

“Eh, apa kata kamu pergi panggil kawan kamu yang tiga orang lagi tu. Kesian pulak diorang tak dapat makan sekali kuih kalakatar ni. Diorang pun mesti tak pernah makan, kan,” lawa Kak Norli ikhlas. Sebagai jiran dan orang yang lebih tua, dia kasihan melihat mereka tinggal berjauhan dengan keluarga. Masa ini tiada siapa yang paling dekat untuk diminta pertolongan melainkan jiran-jiran berhampiran. Apatah lagi budi bahasa mereka sungguh bagus dan menghormati masyakat di taman tempat mereka tinggal.

Marlin menyeluk poket seluar jeansnya. Dia memang tidak pernah berenggang dengan telefonnya. Dia menyentuh-nyentuh skrin sehingga terpapar nama Sabariah.

“Hello, eh.. ini Abang Kasim Selamat nak jumpa kaulah,” mengekek-ngekek Marlin ketawa. Dia meluruskan jari telunjuknya dibibir memberi isyarat agar Kak Norli dan Ismaliana tidak bercakap. Ismaliana turut menahan ketawa. Kak Norli terus membayangkan membayangkan P Ramlee yang menyucuk matanya dengan garfu dalam filem Ibu Mertuaku.

“Eh, betullah, mana aku ada tipu. Dia kata, dia bawakan lagi terung bakar sambal berlado ni, hihihihi,” Marlin semakin galak. “Haaa.. dia ada kat rumah Kak Norli ni, cepat tau.”

Berderau darah Sabariah bila terdengar nama Kasim disebut Marlin. Entah mengapa sejak kebelakangan ini nama itu cukup mendebarkan dirinya. Apatah lagi bila Marlin memberitahu Kasim berada di rumah Kak Norli. Macammana pula Kasim boleh kenal dengan Kak Norli, dia tertanya-tanya.

“Hah, kenapa dengan kau Oeya?” Rahayu hairan melihat Sabariah menggelabah sambil telefon masih di telinga.

“Errr.. errr..,” Sabariah terhenti bila mendengar suara Marlin tergelak besar di sana. Indrawati yang baru hendak melangkah ke dapur terhenti melihat kelakuan Sabariah.

“Eh, aku guraulah.. ni Kak Norli ajak kita minum petang kat rumah dia. Kau pesan Mak Et, bawa sekali kuih seri muka dia tau,” terdengar suara Marlin di hujung talian.

Merah padam muka Sabariah. Nak kena agaknya Si Marlin ni, suka menyakat. Dia memberitahu tujuan Marlin menelefon kepada Rahayu dan Indrawati.

“Kebetulan pulak, aku memang nak potong kuih hantar kat Kak Norli ni. Korang tunggu sekejap ya,” Indrawati terus berlalu ke dapur. Sebentar kemudian dia keluar menatang sepiring penuh kuih seri muka. “Jom, kita makan kat sebelah, seronok juga makan ramai-ramai ni nak-nak sambil dengar Kak Norli cerita zaman dulu-dulu, hehe,” kata Indrawati.

Mereka terus masuk melalui pintu hadapan yang terbuka sambil memberi salam.

“Waalaikumsalam, ha.. masuk-masuk, mehlah kita makan kuih kalakatar ni,” Kak Norli mempelawa. Dia baru saja meletakkan sepiring kuih kalakatar ke atas meja. Indrawati meletakkan piring kuih seri muka di sebelah kuih kalakatar. Marlin dan Ismaliana leka menikmati kuih kalakatar yang tidak pernah mereka temui sambil memuji-muji keenakan kuih tersebut.

“Kak Norli, ajarlah kami macammana buat kuih kalakatar ni, sedaplah,” pinta Ismaliana.

“Alah, kuih orang dulu-dulu. Kalau korang nak tahu, ini kuih orang Banjar. Kak Norli ni anak banjar tau,” Kak Norli bangga dengan darah keturunan yang mengalir dalam tubuhnya.

“Kebetulan kelapa pun ada lagi, kalau kamu nak, jom kita buat lagi. Haa.. pergilah belah kelapa muda tu, jangan lupa pulak keluarkan airnya dulu, karang banjir pulak rumah akak,” Kak Norli cuba membuat lawak.

“Alah, kak. Saya tahulah, hehe. Mehlah saya belah kelapa tu, err.. memang guna kelapa muda ke kak?” Rahayu menawarkan diri.

“Macam tulah, tu yang buat kuih ni sedap, lemak, isinya pun nanti kamu korek ya,’”Kak Norli memberi arahan. Dia menyuakan parang ke Rahayu sambil mengunjukkan kelapa muda di tepi pintu dapur. Rahayu terus bersila mengadap kelapa muda empat biji di depannya. Masa inilah dia dapat menunjukkan kepakarannya kepada kawan-kawannya. Sebagai anak peneroka, dia telah biasa melakukan kerja-kerja tersebut. Kelapa ditakik. Ismaliana menghulurkan jag untuk menadah air kelapa. Kemudian Rahayu membelah kelapa dan diserahkan kepada Ismaliana yang bersedia dengan sudu untuk mencungkil isi kelapa. Walaupun masih tidak diberitahu resepi sebenar menghasilkan kuih kalakatar ni, mereka tidak membantah arahan Kak Norli. Sementara itu, Indrawati dan Sabariah membantu Kak Norli menyukat tepung beras, tepung gandum dan gula. Marlin pula memanaskan semula ketuhar yang baru digunakan Kak Norli tadi. Selepas itu dia melengser pula loyang dengan margerin seperti yang disuruh Kak Norli.

“Nak belah lagi tak, Kak Norli?” Tanya Rahayu. Dua biji kelapa yang siap dibelah dan dikorek isinya terbongkang di depan pintu dapur.

“Cukuplah tu, dua biji cukup untuk satu adunan,” Kak Norli tersenyum. Rajin betul budak-budak ni. Kalau aku ada adik lelaki memang aku kenen-kenenkan dengan diorang, kata hatinya.

Kak Norli memecahkan telur ke dalam mangkuk besar. Dia menuang gula yang telah disukat Sabariah. Tanpa disuruh Sabariah memukul adunan dengan whisk. Kak Norli kemudian memasukkan air kelapa berselang-seli dengan tepung beras dan tepung gandum. Sabariah terus memukul hingga sebati. Kak Norli menyuruh Sabariah menuang adunan ke dalam loyang yang disediakan Marlin. Loyang diletakkan ke rak paling bawah ketuhar. Sambil menunggu mereka berbual-bual . Kak Norli membuka cerita, khabarnya sekumpulan kanak-kanak yang pergi mengaji terserempak dengan lembaga putih di simpang masuk. Malam itu, anaknya kebetulan demam dan tidak pergi mengaji. Esoknya kecoh mereka bercerita di sekolah. Hanya ternganga mendengar cerita rakan-rakannya dan diceritakan pula pada Kak Norli.

“Isk.. Kak Norli ni, naik bulu roma saya, dahlah saya ni penakut... eiii, takutlah nak tidur lambat-lambat lepas ni,” Ismaliana memeluk tubuh. Dia memang selalu tidur lewat kerana menyiapkan tugasan pensyarah. Selepas itu Ismaliana menyambung pula menerjah blog kawan-kawan mayanya. Marlin menggosok-gosok batang tengkuknya. Entah kenapa bulu romanya berdiri mendengar cerita Kak Norli.

“Betul tak betul, akak tak tahu. Tapi budak-budakkan, manalah diorang nak buat cerita tipu pulak,” Sabariah merapatkan kerusinya ke Rahayu. Walaupun hari masih siang, tapi cerita tentang hantu syaitan ni cukup untuk meremangkan bulu romanya.

“Eh, dah 15 minit, bawa keluar dulu loyang tu, “ Marlin mengeluarkan loyang dari ketuhar. Dia menggunakan alas periuk yang agak tebal namun kejanggalan memasak di rumah orang membuatkan tangannya menggigil-gigil memegang loyang.

“Ha.. baik-baik, jangan terlungkup kat aku pula,” acah Sabariah. Mereka semua tergelak.

Kak Norli mengacau kuih di dalam loyang yang masih belum masak. Kemudian dia menabur pula isi kelapa muda yang telah dipotong-potong kecil oleh Ismaliana. Loyang tersebut dimasukkan kembali ke dalam ketuhar.

“Kak Norli, sambunglah cerita tadi,” walaupun agak menyeramkan, Indrawati masih berminat hendak mendengar.

“Hah, nanti sekejap, akak panggilkan si abang, biar kamu dengar dia cerita sendiri. Jangan tak tidur malam sudahlah ya, jangan malam karang kamu jerit-jerit panggil akak pulak, haha.”

Bersambung... ;-))))

P/S Nak resepi kuih Kalakatar?? Klik sini, terima kasih untuk Kak An PERIUK TANAH.

10 comments:

  1. Salam kak yus! ssh betul nak sebut nama kuih KALAKATAR akak nii, nak kena sebut byk2 kali baru betul ehehe..pestaim dgr nama kuih tu kak, kita ni mmg jakun... haish! ada lagi berapa episode kak? leh baca sambil2 makan pop corn ni hihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam, Ijayuji, episod brp tak psti lagi, nak berehat skejap brsama kit kat, hihi

      Delete
  2. Salam Jumaat kak..wow makin menarik episod ke 3..suka sangat dan akan setia menanti episod seterusnya:)terima kasih sekali lg kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam, Indrawati. Rasa cam nak botak gak kepala ni mengarang, hehe. Sama2 kasih ;-)

      Delete
  3. Salam..
    Hahhaa pandai ghupenya ye saya memasak..hahahhaa

    *kita mmg suka menyakat..klu sergah org mmg no-1, sebatu dh dengar sore..kakakakah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis Lin, oh, mmg kenalah karakter ni ya, haha.

      Delete
  4. hhhahahahahhahaha
    ayu gelak sangat2 tak ingat dunia...

    mai2...
    layan ayu kopek buah kelapa...
    anak peneroka katakan...
    hahhahaha


    kak nie.....
    hah! sis lin tu ada2 jer.. entah2 mmg betul dia lagi sedap memasak..
    kannnnnnnnn kak yus?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayu, akak tgh mmbayangkan Ayu kopek buah kelapa.

      Sis Lin tu tau masak, saja jer merendah diri tu, hiks

      Delete
  5. Yus, tulis novel lah Yus. Bakat mmg dah ada , cuma perlu digilap jer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naz, nak gilap tu yg payah sebab dah berkarat, hehehe

      Delete

terima kasih kerana sudi mengomen... jangan mengomel sudahlah ya.. hihihi

DEMI MASA

MENGHITUNG HARI

Anda Sukakan Ini?