DISKRIMINASI TERHADAP BUDAK TINGGI

Seri Kandi Tanah Jauhar
10
ASSALAMUALAIKUM...

ALHAMDULILLAH, esok kita akan kembali menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak. Masih terasa-rasa lagi meriahnya suasana Ramadhan tahun lepas dan belum hilang lagi penat meredah kesesakan lebuhraya pulang ke kampung sempena Aidilfitri, baju raya tahun lepas pun masih elok lagi. Begitulah masa sekarang berlalu begitu pantas, saya masih ingat lagi kata-kata Ustazah Ju semasa saya bersekolah menengah dulu, 'Masa itu ibarat pedang, kalau kita tak potong ia, ia potong kita', masih terngiang-ngiang suara beliau yang tegas setiap kali mengajar. Kepada sahabat-sahabat, saya mohon maaf sekiranya sepanjang saya berblog dan meninggalkan komen ada kata-kata saya yang mengusik hati. Kita manusia tak dapat lari dari kesilapan dan ketersasulan.

Urmmmm...

PAGI semalam saya keluar agak lambat, kalau dah lambat tu faham-faham sajalah, sesak juga nak lepaskan pondok pengawal tu. Berhampiran pondok pengawal tu ada sebijik perhentian bas. Kelihatan berpuluh juga murid-murid sekolah rendah yang mungkin dikumpulkan dari satu jalan/ lorong taman di situ bagi memudahkan pemandu bas mengangkut mereka tanpa perlu berhenti-berhenti di setiap rumah. Selalunya saya jarang terjumpa mereka ni beramai-ramai, biasanya baru seorang dua yang menunggu bas di situ sebab saya keluar awal. Saya perhatikan murid-murid ini dah siap-siap beratur walaupun bayang bas pun tak nampak lagi. Murid sekolah rendah memang berdisiplin, kan. Tak tahulah kenapa bila berada di tahun kedua atau ketiga di sekolah menengah disiplin itu tidak diterapkan lagi. Bila masuk Tingkatan Empat tanduk masing-masing dah mula tumbuh. Makin lama makin panjang. Makin lama makin panjang. Bila dah masuk Tingkatan Lima, dah masuk kolej/ IPTA/ IPTS, tanduk mereka ni dah jadi macam tanduk rusa. Berbelit-belit dan memang degil kalau nak diluruskan alamat boleh patah.. tapi tak semuanya macam tu. Ada juga yang tanduknya tak tumbuh-tumbuh, yang itu Alhamdulillah, saya memang kagum bagaimana didikan yang diterima. Bukan nak kata anak orang, anak saya sendiri pun bab melawan boleh tahan juga ;p

Errr.. sebenarnya bukan nak cerita bab disiplin tapi...

Saya terus tergelak bila tengok cara mereka beratur tu, urmm, yang rendah (ketinggian tubuh badan) depan, yang tinggi belakang. Erkk!! Ingatkan dekat sekolah jer kena begitu, rupanya nak naik bas pun macam tu. Maknanya nanti kalaulah bas tu penuh dan tak cukup kerusi, rata-rata murid yang tinggi kenalah berdiri sebab semua kerusi telah diduduki oleh murid-murid yang kurang ketinggian ini. Ini namanya diskriminasi, okeyyyy.

Pengalaman menjadi budak yang tinggi sejak zaman tadika hinggalah ke sekolah menengah bukanlah sesuatu yang menyeronokkan. Sebagai budak yang paling tinggi saya selalu merasa dibuli. Kalau beratur mesti kena beratur belakang sekali. Begitu juga kalau duduk dalam kelas, wajib duduk belakang sekali (kecuali dalam kelas malam Cikgu Samad) di mana kalau cikgu tu jenis yang pemalu, yang macam ada emas dalam mulut, suaranya akan terdengar bagai angin lalu, orang kata sepoi-sepoi bahasa. Paling bosan kalau cikgu tu lebih menumpukan pada murid di depan dan amatlah berat kakinya untuk mengajar sambil berjalan-jalan ke belakang. Begitulah juga dalam perhimpunan dan sebagainya. Nak ambil gambar ramai-ramai pun macam tu sampai sekarang pun... ;p

Nasib yang sama menimpa Yaya. Selalu sangat dia mengeluh kerana terpaksa duduk di belakang sekali, beratur belakang sekali, masuk koir berdiri belakang, ambil gambar berdiri belakang.. urm. Mujur juga Yaya ni Penolong Ketua Darjah, jadi kalau ambil gambar kelas dapat duduk sebelah cikgu. Tapi ada juga bagusnya, dalam satu persembahan pentas tu disebabkan cikgu nak buat gimik seorang murid bermain gitar dan semua murid saiznya lebih kecil dari gitar jadi Yayalah yang melakonkan watak pemain gitar.. hehe.

Apapun, saya tetap bersyukur, walaupun dulu saya selalu mengeluh kerana sering dilabel sebagai zirafah, galah panjang, papan lapis dan ada juga yang kata saya ni 'bini popeye' kerana kekurusan yang terlampau (sebab kurus tinggi), tapi sehingga ke detik ini saya dikurniakan tubuh badan sihat dan banyak juga kelebihannya yang dianugerahkan Allah SWT terhadap orang-orang yang tinggi ni. Jadi, kalau Yaya mengeluh saya selalu mengingatkan dia supaya bersyukur dengan kelebihan yang ada padanya dan menyedarkan kebaikan-kebaikan yang ada pada orang yang tinggi ni.


P/S Walaupun saya tinggi tapi saya tak kuat lari... hihihi
P/S Ada sesiapa yang nak bagi komen.. err.. diskriminasi terhadap budak rendah???

Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. hehheee..lia budak rendah kak..mmg selalu dapat dok kat depan.. :) smpi skrg bila dah kawin pun klu join apa2 event yg ada sessi b'gambar b'ramai2 lia mmg sentiasa terpilih dok kat depan...

    dalam family w'pun lia anak sulung tp lia lah yg paling rendah & adik bongsu lia plak yg paling tinggi... :)

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum Sari,

    Selamat menyambut kedatangan Ramadhan Al Mubarak dan selamat menjalani ibadah puasa ya. :)

    ReplyDelete
  3. Saya antara insan yg bergelar 'org rendah'. Alhamdulillah tak pernah rasa ada diskriminasi terhadap org rendah. Cuma kdg2 terasa rendah diri bila bersama org2 yg tinggi.. :-(

    ReplyDelete
  4. As salam Kak,
    selamat menyambut Ramadhan......:)

    ReplyDelete
  5. Yus.. kakak jenis rendah untungnya selalu duduk depan. Tapi bila dah gemuk ni macam bola bulat pendik hihi.. kesian tak?

    Selamat berpuasa Yus..

    ReplyDelete
  6. tak mau komen bab tinggi tu..sbb anak kak semua tinggi dari kak hahaha...asyik kena kutuk dgn depa jer..dah faham... kak ilah nak ucap selamt meyambut ramadan ampun maaf dipinta selama kita kenal ada kak buat salah..

    ReplyDelete
  7. kita nk sgt tinggi cam model sbb dulu g interview stewardess mas x lps sbb height, huwaaaaa, ramadhan kareem ya yang, semoga ramadhan kali ini yg terbaik, insyaAllah

    ReplyDelete
  8. kalau bab diskriminasi budak rendah ni kena tanya suami saya kot. Dia selalu cerita orang pangil dia ketot masa di sekolah, skrg melekat dekat anak-anaknya. Semua anak2 saya kalau beratur mesti di depan, mmg kalau datang kelas mereka, anak2 sayalah paling comel, Abid tu ada yang ingat baru nak masuk 4 tahun, padahal tahun depan dah darjah 1. Semua cakap, larat ke bawa beg tu....huhu.

    Tengok gambar kak Sari, mmg jelas nampak tinggi. Orang tinggi biasa lawa, orang rendah biasa comel....:)

    ReplyDelete
  9. masa kecik dulu saya kategori budak tinggi antara kawan-kawan, tapi agaknye tumtinggian saya dah terberenti sejak form 5 kot. sekarang saya jeles pulak tgk org tinggi2. huhuhU~

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!